2012-06-09
Presenting Sotong
2012-05-22
Ketupat sotong
Ini ketupat sotong.
Cerita pasal sotong:
Dulu saya masak sotong tak buang kulit luar dia. Pastu mak mertua dtg, saya tengok dia buang kulit luar. Baru lg dpt ilmu kena buang kulit sotong thn lps, adik ipar kata kalau tak buang rasa gatal.
Baru2 ni tanya mak saya pulak, mAk kata dulu dia buang jugak pastu ada jiran kata kulit sotong tu memaniskan kuah, so si omak dah tak buang kulit luar sotong. Saya pulak, sesuaikan dgn keadaan, kalau masak utk family sblh suami atau tetamu lain, kena la buang. Kalau utk sendiri makan, bergantung pada tahap kerajinan.
Byk lg perlu belajar bab2 ni. Bab ikan contohnya, selalu ikan dah siang siap2 kat pasar. Saya tahu basuh, kelar atau belah belakang je sebelum di masak. Pernah abahnye tegur, 'ekor dop kerat sket.' Baru jugak tahun lepas mendapat teguran ini. Oo kena kerat ke, saya duk hidang je dgn ekor ikan yg ori selama ni. Mungkin jugak lain org lain caranya. Itula dia persoalan2 remeh org yg suka duk ceruk dapur ni. Tu lee, zaman muda tak berapa duk dapur.
2012-05-14
Ikan Lemon
![]() |
| Alamak terbalik, alamak serabai |
2012-05-04
Banana Split
Tak mengancam pun banana split ini, takpe tingkatkan lagi usaha. Faktor2 yang dikenalpasti:
1. Takde scoop aiskrim.
2. Takde bekas yang lebih sesuai.
3. Pisang kecik kot.
4. Hiasan kena tambah lagi, kalau ada whipping cream ngan buah ceri, cantik sket kot, atau guna aiskrim kaler2.
2012-04-17
Koleksi ceruk dapur
Tok buat keropok lekor during her visit baru2 ni. Ada sagu lebih, mama try buat keropok lekor skali, tak susah mana, bab melapah ikan je mencabar skit
Ini pop corn mama buat. Excited berjaya pop the corn.
Ni gambar dah lama ni, roti xjala dan kebab






