2009-12-30

010110

Hari ni hari pertama thn baru 2010. Johor tak cuti, tp saya kena cuti lah hari ni. Athirah demam, tak berapa nak tido pun smlm. Baru je ingat nk shopping lunch our nnt. Ada lg ke saki baki YES tu? huhu. Hari ni jd suri rumah lah, menjaga si anak dua org ni sambil kemas2 rumah. Hmm terlaksanakah?

Semalam saya dah serahkan kunci rumah lama ke pejabat kolej. Inilah dia saat2 terakhir meninggalkan kolej.



Sayu jugak rasa masa saat2 terakhir tu. Sudah lama saya menginap di kolej ni, dr saya berdua je ngan suami sampailah kami beranak dua. Dari sewanya hanyalah rm350 sampailah dinaikkan rm450. Sem lps lak kena byr bil letrik sendiri. Skang ni diorg dlm proses psg meter air lak, nnt2 penghuni kat situ kena byr bil air jugakla.

Hmm byk juga kngn2 sedih kat sini. Dgn menjaga anak sendiriannya, si anak lak jenis byk karenah; takmo hisap susu dr botol la, meragam di mlm hari la. Adusss, kepalaku pulak berserabut ngan projek phd yg smcm tak dpt diselesaikan je masa tu, buntu. Rasa nk give up pun ada tau. Sampai saya pun duk baca buku 'Jangan bersedih' lps tu, terubatlah jugak kesedihan tu.

Apa yg saya dpt dr buku tu, selalunya kita byk duk sedih2 dan berdukacita psl urusan2 dunia. Kehidupan dunia ni mmg takleh lari dr masalah pun. Kat mana kita akan tenang dan gembira tanpa sikit pun masalah? Jawapannya di syurga spt yg dijanjikan-Nya. Jd di samping kita berusaha dlm mencapai matlamat kita di dunia, jgn dilupa pula matlamat kita di akhirat sana.

Ohh saya bknlah yg selayaknya utk beri tazkirah di sini, sila betulkan kalau ada mana2 yg silap. Lg satu kalau ada apa2 matlamat kita yg seolah2 gagal dicapai walaupun dah usaha bagai nk rak, jgnlah terlalu berdukacita. Redha saja lah, semua itu adalah ujian dan ketentuan-Nya yg terbaik utk kita.

Ujian2 yg saya hadapi sbnrnya menjadikan saya lebih ingat pada-Nya. Namun saya insan biasa yg sering lupa. Byk lg kelemahan2 yg perlu diperbaiki. Jadi, saya perlu cuba dan terus cuba utk berubah kpd yg lebih baik.

2009-12-17

Tahun baru 1431H

Kalo ikut kalendar Islam, hari barunya masuk time maghrib kan. Maksudnya skang ni dah pun thn baru 1431H. Lupa aku nk baca doa awal dan akhir thn tu. Ada pendapat kata fadhilat2 doanya tu bidaah. Aku rasa tak salah kalau baca doa tu sbb maksud doa tu pun baik2 aje, cuma tak perlulah baca doa tu semata2 mengharapkan fadhilatnya saja. Alhamdulillah, berkesempatan lg aku dan keluarga berada di bumi Nya ini. Tak reti aku nk ulas psl hijrah ni, meh nyanyi lagu ni la skit;

Satu Muharam detik permulaan
Perkiraan thn Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dr kota Mekah ke kota Madinah
Atas keyakinan dan iman yg teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
.
.
.

Semoga thn ini kita semua dpt berhijrah ke arah yg lebih baik dr thn lepas dlm apa jua hal. Berjayalah hendaknya kita semua bkn saja di dunia tp juga di akhirat.

2009-12-13

Apo nak dikato


Rasa nak merajuk dan berkurung di sini je, huhu. Lupa lak aku, padahalnya "Paku dulang paku serpih, hujung minggu ni aku lak yg kerja mengajor Space." Sgt lah tak patut aku merajuk2 sbnrnya, suamiku itu pergi opis sbb mmg byk keje, esok deadline nye. Tp aku mai rumah ni bkn sbb lari merajuk pun, nk angkut brg sket2 dulu mana yg boleh je. Tp ade gak skit2 bibit2 rajuk yg tak diundang menikam2 jiwa, huhu.



Di luar rumah tu adik aku, Eri. Eri ni duk serumah je ngan aku. Tp nama je duk serumah, tp sgtlah jarang dia berada di rumah. Asyik kat lab dia je. Kali ni aku paksa jugak dia tolong aku, hehe. Anak2 lak mintak Mak Ani yg jaga. Smlm org hntr perabot ke rumah baru. Masa tu si Eri ada hal ke lab skjp, ada student nk jumpa. Jiran sebelah masa tu pun takde. Cuak jugak aku sementara dua org apek tu pasang perabot dlm rumah. Aku nunggu di luar, lembik lutut rasa bila pikir kemungkinan2 yg tak diingini. Sangat lega rasanya bila Suria (jiran sebelah) dah balik, tak lama lps tu Eri pun sampai, fuhh. Haa berani ke nk merajuk sorang2 kat sini???

Gambo td tu aku nk tengok sesuai ke tak sbnrnya langsir ngan sofa tu? Kain langsir dah beli warna tu, tak pk lak nk matching ngan sofa ke apa. Sofa lak beli warna dark brown. Camne nk matching2 colour ruang tamu ni yer? Matching warna langsir ngan karpet or table runner or kusyen ok ker gitu? Ohh aku sgt buta bab2 ni. Tiba2 rasa cam tak elegan je warna langsir tu. Tgh berkira2 nk beli satu lg set langsir. Warna apa sesuai yer? Gold, krim la kot. Any idea?

Nk sibuk2 psl langsir la plak, brg2 pun belum abis pindah lg. Si Suria tanya bila nak duk sini, aku kata Rabu ni. Eh ye ke, sbnrnya En. Din kata nk cuti Rabu ngan Khamis ni. So aku rasa dpt lah settle semua time tu. Tak dapek nk dikate, slalu aje plan2 tak jd, huhu.

2009-12-08

Belajar melukis

Aku bukannya reti melukis,
Sebut bab lukis aje aku rasa letih,
Skang ni aku kena jugak pandai melukis,
Nak lukis corak di kain putih.

Tengah santai2 balik keje smlm, Wardah mai kat aku sambil bawak botol. Penutup botol tu ada atas meja. Sambil tunjuk ke arah meja, Wardah cakap "Mama ambik, nk tutup." Aku yg tgh bermalas2an ni pun cubala guna teknik pujian nak merangsang kerajinan dia, hehe. Sambil gosok2 kepala dia aku kata "Wardah ambikla, Wardah anak yg baik, rajin." Tp dia takmo mengalah, dia pulak yg guna teknik tu kat aku. Sambil gosok2 tgn aku, Wardah kata "Mama ambik, baik...". Pastu dia tmbh lak "Tak sampai...". Aku pun pernah ckp mcm tu sblm ni kat dia kalau jarak benda yg dia nk tu lebih dkt ngan dia. Huhu, kan dah terkena balik.

Kalau aku sudah solat lak, Wardah suka tolong lipatkan telekung aku pastu campak kat atas kerusi. Kenapa dia campakkan? Yg sebenarnya dia selalu tengok aku sidai telekung dgn laju ala-ala mencampak gitu. Huhu, aku rasa malu sendiri tengok dia wat gitu.

Moralnya? Budak ni, apa saja yg dia tengok org sekeliling dia wat, dia ikut aje. Maka kami suami isteri kena berhati2 dlm bertindak. Takleh tunjuk malas lagi, kena bersopan santun jugak.

2009-12-03

Cuci

Arini aku g mencuci rumah. Dah byk hari dah tertangguh program nak cuci rumah ni sbnrnya. En. Din keje mlm, siang hari nk rehat. Tgh bz lak tu, kalo tak boleh je mencuci skjp. Aku ingat nak panggil tukang cuci yg Zieha slalu panggil tu, tp yg sorang tu dah tak buat servis mencuci. Yg satu lg pulak asyik operator yg jawab tepon dia "The number ... is currently unavailable". Smlm En. Din kata "Esok bolehla kot abg g cuci jap." Balik keje pg td lak dia kata "Abg bz la sampai 14 hb ni, ptg ni nak kena g awal byk keje nih." Aduhai, 14hb dah start sem baru. Maka aku berkata "Takpela, abg temankan saya je la. Saya cuci rumah, abg bawak comforter tidur kat umah baru. Saya tak berani pegi sorg."

Sampai di rumah td, En. Din cuci jugak tingkat atas pastu baru tidur. Aku cuci belah bawah. Begitulah kisah pengorbanan aku di bln Zulhijjah ini, kuikui. Oops pengorbanan 'kami' la kan. Terpaksa la berkorban skit, kalo tak sempat pindah bln ni, alamatnya dua rumah le kena bayor bln dpn. Pedihla jugak tgn aku ni menyental, bau debu simen tu pun agak menyakitkan hidung. Apa2pun lega lah sikit rasa bila dah selesai satu lg perkara. Lps ni kena pk nak pindah lak. Arini jugak ada satu berita gembira buat aku, En. Din akan keje normal hour lak start minggu depan. Alhamdulillah, sedang molek lah tu, takdelah aku ketakutan keseorangan bertemankan anak2 di rumah baru nanti.

2009-12-01

Amalan

Alkisahnya, balik kampung baru ni Athirah dikhatankan ngan tok bidan di kg mertua. Mak mertua ku itu suh aku wat pelepas skali ngan makcik tu. Oh tidak, aku sebenarnya kurang gemar dgn amalan tu. Masa bersalin Wardah dulu pun aku kena wat gak sblm balik ke JB. Masa tu aku tak tau pun apa tu pelepas. Masa aku lalui sendiri saat pelepas tu, aku berkata2 dlm hati "Amende dia buat ni, peliklah wat gini". Ingatkan aku dah bersalin dan berpantang di JB, selamatlah aku disuruh buat itu ini yg kurasa mcm tak perlu tu. Nampak gaya next time nak khatan baby girl, kena pergi klinik pulak.

Kali ni aku try gak suh En. Din bgtau mak dia yg dia tak suka wat pelepas tu. Tp maknya kurang senang lak, kena la mengalah gak, huhu. Kawan2 tau ke apa tu pelepas? Tujuannya utk menjauhkan dr gangguan lah rasanya. Cara dia wat tu mcm tok bomoh berubat lah bg aku. Bg aku ni hanyalah adat tradisi org Melayu mcm melenggang perut semua tu lah. Nasib baik mertua ku itu tak suh wat melenggang perut skali, cuma dia suh gak tok bidan rasa perut masa ngandung. Pelepas yg aku wat ni mcm ni:

- syarat nya duit syiling sebanyak RM 2.30, limau nipis 3 biji. Dua menda ni dia masukkan dlm air dua baldi, pastu dia baca ayat menda ntah. Aku dan Athirah dimandikan.

- bahan2 lain ada lg: beras, bedak, daun kelapa, tali bulat putih (aku search, menda tu dipanggil benang mentah). Ni lepas mandi la pulak. Kat dahi Athirah diletakkan syiling 20sen bersama bedak sejuk. Kat dahi aku dicalit bedak sejuk gak. Dia pegang daun kelapa yg disimpul tu sambil baca ayat2 nya, aku duk berlunjur sambil pegang Athirah dpn dia. Dah abis, dia rentap simpulan daun kelapa tu pastu baling daun kelapa tu ke tepi. Huhu, sabo je la aku berada dlm situasi nih. Pastu tali tu pulak dicelup dlm beras, dipegang dpn aku sambil baca ayat. Aku dan Athirah dilalukan dlm bulatan tali tu bbrp kali. Akhir skali direntap tali tu pulak sampai bertaburan beras2 tu dpn aku, huhu. Lepas tu barulah Athirah dikhatankan.

Aku pun tak tau lah nak kata amalan ni tak betul ke apa. Mungkin gak makcik tu ada kelebihan menghalau jin dan hantu semua tu. Harap2nya takdelah mantera2 yg tak betul dibacakan kat aku. Bg yg berubat cara alternatif gini, perlu diingat kalau kita sembuh dr sesuatu tu adalah drpd kuasa Allah jua, bukan krn tok bomoh atau pengeras atau mantera/ayat td.

Adik2 aku lak duk bercerita pasal video berubat keluarkan jin kat youtube. Mcm2 jin keluar, monyet lah dll lg. Kakak ku kata, agaknya jin monyet tu tok bomoh masukkan masa org tu nak berubat gatal, hehe. Sape rasa nk tengok silala search "badan ukhwah darul iman" kat youtube. Aku tak berani la nak tengok, takut teringat2.

Ok, perbanyakkan amalan2 baik ye utk bekalan di sana... Sekian.