2009-07-31

Athirah Al Husna


Ni gambar Athirah Al Husna masa beberapa saat selepas keluar dari alam rahim. Athirah lahir pada 22 Jun 2009, 1.46pm seberat 2.71kg, panjangnya 50cm. Penuh bersalut ngan lelemak. Masa bersalin Amira dulu rasanya takdepun lelemak ni, takpun nurse dah bersihkan dulu sblm bg aku. Org kata kalau minum air kelapa masa trimester ketiga pregnant, baby yg keluar bersih. Aku agak bersih dr lelemak ni la. Masa ngandungkan Amira ngan Athirah ni mmg aku tak minum mana pun air kelapa.




















Athirah (selimut merah) dan Amira (selimut putih) masa berusia 1 hari. Sama je mukanya.









Athirah ngan kakaknya Amira. Amira sayang kat adiknye ni. Selalu jugak Amira mintak nak riba Athirah, (nak cibe katanya sambil dia bersila). Kadang2 dia mintak nak riba masa Athirah tgh nak nyusu. Mulala dia mengamuk bila tak diberi, mmg menguji kesabaran.

Sejak jd kakak ni Amira dah pandai bgtau bila dia nak pee. Bagus... jimat skit diapers, cuma masa dia tido je kena pakai diapers, tu pun kena tunggu dia tido dulu, sbb dia mmg dah taknak pakai diapers kblkgn ni. Tp ada jugak kdg2 dia tak bgtau, apalagi terpaksa la mengemop. Tercetus idea di minda "Kena cipta auto mop ni" (ke dah ada auto mop di pasaran?). Kat nursery lak, cikgu kata Amira pandai berdikari, angkat beg sendiri, pakai baju sendiri sejak jd kakak. Terbaru cikgu kata dah pandai pukul org sejak jd kakak. Huhu, ni tak sedap dgr ni.






Level jaundice Athirah agak tinggi, mata putih dia mmg warna kekuningan, sangat merisaukan. Kena masuk wad masa umurnya 3hari, boleh keluar 2hari lps tu. Pastu masuk wad semula masa umurnya 9hari. Keluar semula 2hari lps tu. Habis kaki tgn nya kena cucuk amek darah.
















Athirah dah sehat, beratnya pada hari ke-40 ialah 4.5kg. Matanya pun dah kebiru-biruan, mata putihla tp nya. Pipinya pun dah membulat.















Setakat 40 hari berpantang ni, dah pernah 5-6 kali kot rasa menjaga 2 anak sendirian. Athirah baby yg baik, tak meragam pun, nangis bila lapar je stkt ni. Yg mencabarnya ialah menjaga kakaknya, La Dolce Amira. Tu pun weekdays dia duk nursery. Takleh bayangkan mak aku dulu camne berdepan ngan karenah anak2 sepanjang waktu.


















Gambar family! Seperti biasa, Amira nak riba adiknya. Tengokla apa jadinya, Athirah hanya mampu menjuihkan bibirnya, tak puas hati sbb 2-3kali snap, muka dia tak nampak pun. Mak pak nye lak nampak berlebih2an bergambor. Setakat ni baru sekali keluar berempat, pegi Jusco celebrate sempena abis pantang 40 hari. Nampak gayanya aktiviti outing kami empat beranak akan sedikit terhad lepas ni. Kalau kat shopping complex ok lg. Tp kalau kat tmpt crowded mcm psr malam ke, kedua2 anak mesti kena dukung, sape pulak nak bwk barang?