2009-10-28

Athirah sehat lah

Semalam tlh ku minum sebiji air kelapa muda mengikut saranan Kak Ida. Arini ku tengok takde lak biji2 campak yg keluar pd tubuh kecil tp pejal si Athirah. Jadi Athirah dibawa ke klinik utk mendapat kepastian dari insan bergelar doktor perubatan. Doktor kata, ini ruam biasa... tak perlu risau. Alhamdulillah, tp aku mau cuti jugala 3 hari ni. Athirah pun merengek2 je sbb selsema dan batuk.

Sblm ni kami plan nak g air terjun Gunung Ledang esok hari, Athirah tinggal kat nursery, bawak Wardah sorg je. Nak mengembalikan zaman kegemilangan si Wardah bersama mama dan abah la kononnya, asyik nak perhatian je kan kat umah. Lgpun Athirah kecik lg nak bwk main air terjun. Tp dah Athirah tak baper sihat ni, tak sanggup lak nak g berjoli. Takpelah, tangguhhh dulu...

2009-10-27

Campak


"Saya kena campak." kata Athirah. Siapa yg campak ni? Bukan kami suami isteri tau, nauzubillah lah kami hilang pertimbangan hingga sanggup campak anak2 kami ni. Tadi Kak Ida nursery tepon bgtau "Athirah campak ni". Aku kena la ambik Athirah. Athirah tak demam pun, cuma selsema dan batuk 2,3 hari ni. Yg aku perasan ada merah2 skit kat muka dia, ku ingat ruam biasa aje.


Inilah rupanya campak. Tak jelas eh? Yg jelas Athirah ada spare tayar basikal di pinggangnya. Sempat ku cari info pasal campak skit, campak ni ada dua jenis. Pertama campak air, ada biji2 berair di bdn. Satu lg campak biasa yg takde air. Athirah kena campak air la ni, nmpk ada biji2 halus berair je. Kata Kak Ida, mandikan ngan air kelapa, bg baby minum skit, maknya tolong minum pun boleh juga sbb bg susu bdn kan. Nanti campak tu akan keluar semua, takdela dia kena lg. Ya, akan kuikhtiarkan. Ada juga ibu2 yg try mkn minyak kelapa dara, lapik tidur anak ngan daun mambu (taktau yg mcm mana). Ni antara rwtn2 alternatif, kalo kat klinik, dr bg ubat sapu. Ada pulak pantang larangnya, takleh menggoreng nnt meletup campak tu. Takleh mkn mknn bergoreng kot, nanti gatal. Mcm jintungan (chicken pox) jugak, takleh kena hujan nnt ada ksn parut. Kalau bintik2 tu keluar kat kaki, itu tandanya dah nak sembuh dari campak tersebut. Arini tak nampak serius lg la campak si Athirah ni, sempat lg mamanya nulis2 kat sini. Esok2 taktaula camne, takleh tido mlm agaknya. Apa2pun, moga2 Athirah cepat sembuh, kesian dia gatal2. Seingat aku, Wardah tak pernah kena demam campak rasanya. Mungkinkah lepas ni jangkit kat Wardah lak?

2009-10-22

Mimpi hantu

Pagi td aku dpt satu mimpi yg menakutkan. Dlm mimpi tu, aku dan suami pergi ke suatu tempat naik kereta siap ada driver lg. Perjlnn tu melalui satu tmpt yg bersejarah. Dkt nk maghrib gitu, kami melalui kwsn kubur, pastu kereta berhenti. Di dpn sana ada nmpk satu makhluk berdiri, nmpk mcm org je. Kami menundukkan kepala takmau mmndg apa2 yg tak diingini. Pastu hantu tu ltk payung di tgn En. Din. Pastu tiba2 dlm mimpi tu, kami kat umah lak. En. Din baca ayat2 skit, pastu nmpk makhluk kecik mcm gel berwarna hijau bergerak menjauhi ke atas. Aku pun baca gak ayat2 dan hembus kat makhluk tu, tp makhluk tu menerpa ke arah muka aku. Berubah bentuk lak dia, mcm citer apa tu? Lupa dah, yg warna ijau tu, Faber ke apa. Pastu aku terjaga dlm ketakutan dgn sedikit jeritan kecil.

- Mintak2 mimpi ni hanyalah mainan tidur.
- Mintak dijauhkan la bab2 gangguan makhluk halus ni dr hidup kami sekeluarga, Amin.

Sekian. Wassalam.

2009-10-14

Beraya Lagi

Baru2 ni kami pergi ke majlis hari raya anjuran tempat keje En. Din, White Quest Sdn. Bhd. Majlis ni wat kat Rumah Limas Danga Bay. Boleh sewa rupanya rumah2 ni utk wat majlis.

Wardah malu je dpn org, nak itu ini pun slow je dia cakap. Bagus bagus, behave skit ye. Kat kg pun gitu gak mula2 sampai, tp bila dah lama jd normal mcm kat umah semula. Penat betul bersiap2 nak g jln2 skang ni, sbb Wardah nak pilih sendiri baju dia. Kdg2 ntah apa2 baju dipakainya, kdg2 dia nak pakai baju tidur, huhu. Jenuh nak pujuk suh tukar lain.



Athirah tidur lena dibuai angin sepoi sepoi bahasa. Mamanya syok menjamu selera. Confirm la Athirah dah niarap, tp tak selalu dan tak expert lg. Selalu dia nangis bila tertiarap sbb sblh tgn dia sangkut bwh perut.



Thn ni kami takde ambik gamar satu family. Jd kami wat sesi penggambaran di sini aje, pinjam cameraman yg ada. Ini dia gambar rasmi Syawal 1430H.

2009-10-12

Cuti

Sejak balik dari raya, banyak betul aku mengular di waktu kerja utk urusan2 rumah bernombor 8. Saya ada laporannya:

1. Cari lampu dan kipas - settle, siap dah pasang. Lampu pilih yg paling murah je di antara yg berkenan kat kedai. Kipas kat living hall, dining ngan family hall kdk remote je, dlm bilik semua kipas biasa kdk je. Simple lah sangat2 aku rasa rumahku itu, huhu tak reti nak deco2.

2. Urusan dgn mr lee contractor akan selesai jumaat ni. Kabinet dapur lepas tu lah baru suh Kenny dan konco2nya dr Fortune Passage buat. Bln dpn gakla boleh masuk.

3. Perabot dah booking, dptla semua yg aku nak: set bilik king + tilam, sofa l-shape material kain + coffee table, kabinet tv + display cabinet, meja mkn, divider kecik.

4. Langsir ready made kat jusco n giant semuanya singkat (tak sama saiz ngan tingkap umah), so aku decide nak jahit sendiri yg simple2. Status: belum siap pun.

5. hud n hob nak g order lps ni. Yg fortune passage provide mahal, brand fotile. So kami cari sendiri la yg agak murah skit.

6. dekat nk masuk nnt kena cari rod langsir lak. Lg kena cari jugak drill dan tangga, sng nak pasang apa2 nanti.

Dah selesai semua ni bolehla sumbat perabot dan pindah brg2. Oohh belum habis lg urusannya:

1. Beli peti ais. Thermal pot pun dah rosak, kena ganti baru. Lepas tu kena panggil org pasang air cond rumah lama di master bedroom umah baru.

Hmm mcm dah selesai urusan takat tu. Dah kot. Byk kan urusan? Kebetulan sem ni aku takde kelas, sbb aku cuti bersalin awal sem. Kerja2 biasa je la ada, research, ajk, secretary ... Dah byk mengular ni, rasa bersalah lak. Aku terfikir dek krn mencuri waktu kerja utk urusan rumah, nanti Tuhan timpakan musibah kat umah aku ke sbg balasan, nauzubillah. Jd aku amik cuti 5 hari minggu ni. Tp dtg opis pun kejap2 jugak, dan masih lg mengular. Kena tambah cuti lg ler ni.

2009-10-09

Err.. taktau tajuk pe


Sekilas tengok mcm bilik asrama lak. Ni sbnrnya bilik lecturer kat fkksm utm. La ni aku dok nunggu supervisor suami, nak mintak sign dia. En din mintak tangguh sem ni. Tak dapek la kami konvo sama2 bln 3 nanti. Aduhai kasihan, gitula gayanya study sambil keje, dgn anak isteri lg. Tu pun aku kacau waktu dia bila betul2 terpaksa aje. Nak wat camne, moga2 berjaya la dia habis sem dpn.

2009-10-03

Wardah n Athirah News Update

Masa aku tgh masak td, Wardah baik je takde nak kacau2 aku kat dapur. Selalunya dia baik camtu kalau dia asyik ngan sesuatu. Kali ni ini yg dikerjakannya:



Baju2nya yg telah kulipat disusunnya sederet atas lantai. Kulihat kembung2 je baju2 tu, dalamnya diletak diapers nya. Dia ngikut cara cikgunya la ni. Setiap kali nak mandi diorg tulis nama kat diaper setiap budak2, diselit kat baju masing2 takut tertukar kot.



Maka kalau terjumpa pen Wardah akan mintak sape2 di sekelilingnya tulis nama kat atas diaper sambil sebut 'Amila Adah' (Amira Wardah). Arini Wardah mula pandai mandi sendiri. Lama betul dia mandi, sambil2 main air. Wardah memang suka cuba buat sesuatu, bak kata salesperson Grollier kat aku aritu, budak2 belajar melalui pemerhatian. Apa yg dia selalu tengok kita buat, dia nak cuba buat jugak. Aku jemur baju, dia nak tolong jugak. Pernah juga dia nak letak sendiri karipap segera dlm kuali, huh. Wardah ni, sekali dia kata nak, susahla utk dipujuk spy dia kata taknak. Bila tak diberi, mengamuk lah dia. So selalunya aku ikut shj kehendak dia selagi tiada apa2 yg membahayakan dia dan org sekelilingnya. Bila berdepan dgn situasi yg bahaya tu, aku ingat kata2 mak aku, biarla dia nangis sbb ... asalkan dia tak nangis sakit. Hmm mencabar kan mendidik dan membentuk anak? Bila diikutkan sgt kehendaknya, risau kot2 memberi impak tak elok lak bila dia besar. Bila dilarang itu ini kang, takut hilang lak motivasi dia utk cuba sesuatu. Lg mencabar, Wardah mmg kuat nangis dr kecik lg. Mak ku kata, aku pun jenis kuat nangis masa kecik dulu. Siap dimandikan ngan air seluar dlm ayahku lg, petua tok bomoh agaknye. Kdg2 rasa nak hilang gak sabar aku bila tak berjaya pujuk Wardah spy diam. Abg ku si Amin kata, budak nangis sbb namanya berat utk diterima. Mak ku kata, selalunya lepas 3thn, hilang la sakit nangis ke, gatal2 ke yg ada pada seseorg budak. Mertua ku kata, budak kuat nangis ni cerdik, hehe suka aku dgr. Wardah pun jeles gak ngan adiknya Athirah, bila aku nak nyusukan Athirah sambil baring, mulala dia nak baring jugak kat tgh2 sehingga memisahkan antara aku dan Athirah, huhu.

Athirah pulak berbeza ngan Wardah. Suara dia nangis pun lembut dan manja je. Kalau aku lambat ambik dia, pandaila dia hisap jari dulu, lapar agaknya. Abahnya kata Athirah ikut perangai dia masa kecik, baik je. Bg je mainan apa2, boleh je dia main sorg2, sng mak nya nak wat keje. Sejak Athirah masuk 3bln ni, aku duk nunggu2 saatnya Athirah mula niarap. Ptg td dia duk mengiring camni sampai tertidur:



Bila terjaga semula, dia cuba balikkan badan dia, akhirnya berjaya lah Athirah meniarap pd usia 3 bln 1 minggu. Yeay boring dah nengok Athirah asyik terlentang aje, go go cuba lg ye.