2011-02-25

Merapu utk Formatik


Laluan Kehidupan

Tiba sudah giliran saya untuk menulis dalam ruangan artikel Forum Matematik ni. Sebut berkenaan menulis, sebenarnya subjek penulisan adalah antara subjek yang paling kurang saya gemari semasa di bangku sekolah. Kalau bab menulis karangan semasa peperiksaan, soalan yang saya akan pilih adalah soalan surat rasmi. Kenapa? Sebab bagi saya senang aje tulis surat rasmi ni, tidak perlu ayat-ayat yang panjang. Nak tahu subjek apa yang paling saya sukai? Matematik lah. Subjek Matematik tak memerlukan penulisan yang panjang-panjang, mungkin itulah salah satu faktor minat saya terhadap subjek Matematik ni semasa di bangku sekolah. Nyatanya, dalam kehidupan ini kita tidak dapat lari dari melakukan sesuatu yang tidak kita sukai. Sekarang, walaupun berada dalam bidang Matematik, saya juga perlu mahir dalam penulisan. Walaupun bukan sebuah karangan, tetapi saya perlu mahir dalam suatu bentuk penulisan bagi menyampaikan ilmu Matematik itu sendiri. Minggu ini pula saya ditugaskan untuk menulis dalam Forum Matematik.

Jika dibandingkan Matematik dengan Penulisan, aktiviti dalam Matematik menggunakan otak kiri manakala aktiviti dalam Penulisan menggunakan otak kanan. Ternyata saya merupakan seorang yang banyak menggunakan otak kiri berbanding otak kanan. Saya pernah membaca dalam satu buku motivasi, penulis menyatakan kebanyakan individu lebih cenderung menggunakan salah satu dari otaknya sahaja samaada kiri atau kanan. Penulis juga berkata, bagi meningkatkan keupayaan otak, kita perlu menggunakan kedua-dua belah otak kiri dan kanan. Jadi adalah sesuatu yang baik jika kita dapat melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak kita gemari itu kerana secara tidak langsung kita akan menggunakan sebelah lagi otak yang selalu tidak kita gunakan.

Dalam mencari-cari topik untuk ditulis ni, saya teringat akan situasi semasa mesyuarat AJK Hari Keluarga 2011 baru-baru ini. Saya ada menyatakan kepada pengerusi yang saya bakal cuti bersalin pada bulan Mei nanti. Dr. Ong ada menyebut “Diorang ikut janjang aritmetik.” memandangkan staf wanita di Jabatan Matematik sekarang silih berganti cuti bersalin. Mesyuarat belum berakhir ketika jam hampir pukul lima petang, saya pun meminta izin dengan pengerusi untuk keluar sebelum mesyuarat berakhir kerana perlu mengambil anak di tadika. Ada ahli mesyuarat menyebut “Zaman itu dah berakhir untuk saya.” Teringat pula saya akan satu slot diskusi yang saya dengari di sebuah radio. Intipatinya adalah berkenaan peringkat-peringkat dalam sebuah perkahwinan. Saya cuba mencari di laman google untuk fakta-fakta yang lebih tepat, namun tidak dijumpai. Maka, untuk artikel ini saya menulis berkenaan peringkat-peringkat tersebut bermula dari zaman bujang, mengikut pandangan peribadi saya sendiri.

Ketika Bujang
Di peringkat ini, komitmen hanyalah terhadap diri sendiri sahaja. Tak banyak perkara yang perlu difikirkan; pelajaran/pekerjaan dan ibu bapa.



Ketika Awal Perkahwinan
Bila dah berkahwin, bermulalah satu komitmen baru dalam kehidupan. Kaum lelaki perlu mengambil kira soal isteri, kaum wanita pula perlu mengambil kira soal suami. Bukan itu sahaja, soal mertua juga semestinya tidak boleh dipandang ringan.

Ketika Anak kecil/kanak-kanak
Saya berada di peringkat ini sekarang, anak sulung saya sudahpun bergelar seorang kanak-kanak. Di peringkat ini si anak masih bergantung sepenuhnya dengan ibu bapa. Dalam situasi saya sekarang, urusan menghantar dan mengambil anak dari sekolah/tadika menjadi rutin harian saya dan mungkin berterusan untuk beberapa tahun lagi. Ternyata bukan perkara mudah menjadi ibu bapa ni, terutama dalam mendidik mereka supaya “menjadi” di kemudian hari. Bagi saya, ibu bapa zaman sekarang beruntung kerana banyak sumber-sumber ilmu yang boleh diperolehi untuk tujuan pendidikan anak. Kalau diibaratkan mendidik anak dengan membuat sebiji kek, saya sekarang masih dalam proses membuat adunan. Saya tertanya-tanya, menjadi ke kek saya adun mengikut resepi ni?... dan berharap ianya menjadi.

Ketika Anak Remaja
Mungkin suatu kelegaan bagi kebanyakan ibu bapa di peringkat ini kerana si anak sudah pandai berdikari. Suatu kelegaan juga jika si anak boleh diharap untuk membantu tugas-tugas harian di rumah terutama bagi golongan yang tiada pembantu rumah. Di peringkat ini, ibu bapa mungkin semakin risau akan pelajaran anak-anak. Mungkin ada yang tertekan bilamana si anak bakal menghadapi peperiksaan besar. Usaha mendidik peribadi anak juga semakin mencabar, pelbagai unsur dan pengaruh mudah sekali diperolehi anak remaja di zaman serba moden ini.

Ketika Anak Dewasa
Anak dewasa, si anak pula yang akan membawa hala tuju masing-masing. Di peringkat ini mungkin kita akan mula menerima menantu pula, si anak pula yang akan melalui kitaran yang kita lalui. Saya juga tidak dapat membayangkan bagaimana rasanya menjadi mertua. Terpinggirkah saya kerana berkongsi kasih si anak dengan orang lain? Di peringkat ini mungkin ada yang teringin-ingin nak menimang cucu dan terkenang kembali bau harum tatkala mencium si bayi berpuluh-puluh tahun dahulu.

Walau di peringkat mana sekalipun kita berada, semoga kita semua dapat menghadapinya dengan penuh ketenangan.

                                                                                                                                                DAA

2011-02-23

2011-02-11

Rabiul Awal

Minggu depan birthday of our prophet, Nabi Muhammad S.A.W. Jom perbanyakkan selawat ke atas baginda. Smlm mama teringat, Wardah lahir bulan Rabiul Awal jugak, beberapa hari sebelum Maulidur Rasul tp mama tak ingat tarikh. Mama ada tulis dlm notebook abah, tp tak tertengok pulak. Pagi ni mama jenguk dlm kalendar thn lepas, ada mama tanda 6 Rabiul Awal. Ooo dua hari lepas dah ulangtahun Wardah yg ke-4 mengikut kalendar Hijrah. Takde mende pun utk Wardah, tunggu kalendar masihi lah hadiahnye.

Sblm mama jenguk kalendar thn lepas, mama google converter tarikh ni, nak kira semula. Mama jumpa pasal perilaku mengikut tarikh lahir Islam. Both Wardah and abah lahir bulan Rabiul Awal. Meh tengok bulan Rabiul Awal punye:
 
1. Perwatakannya baik. 
Mama kata: Alhamdulillah, semoga Wardah benar2 jadi org baik2. Abahnye alhamdulillah, setakat ni baik2 aje setakat yg mama tahu/nampak.

2. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. 
Mama kata:  Wow abah bakal jd Dato' K ke, mama jd Datin le nanti, kuikui, tp mama harap Wardah/abah tak lupa tuhan, tak lupa family, etc dan diri kalau benar2 mempunyai ciri2 spt di atas. Apa2 saja yg kita dpt semuanya pinjaman Allah, dlm sekelip mata je Dia boleh ambik semula.

3. Dalam pekerjaan ramai yang suka. 
Mama kata: Semoga Wardah berjaya dlm hidup, akhirat dan dunia. Abah, alhamdulillah, semoga terus berjaya dlm career, kena la lebih berusaha, baru la ada can nak dpt ciri ke-2 tu.
4. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.
Mama kata: Sifat yg ni mama tak sure lg utk Wardah, tp sifat kedua tu mcm betul, tp mama lebih suka sebut tegas utk sifat itu. Tang abah, takde pun sifat negatif ni. Abah jauh lebih sabar dr mama, takdelah tegas sgt kot, marah pun hanya bila benar2 perlu marah.

Bagi mama, perilaku mengikut tarikh lahir tak semestinya betul. Peribadi seseorang ni byk dipengaruhi oleh cara dia dibesarkan dan jugak persekitaran dia. Kan anak2 yg baru lahir tu bagaikan kain putih yg akan dicorak2kan ibubapanya. Tp kalau baca yg baik2 dlm ramalan2 ni, kdg2 boleh meningkatkan motivasi kita jugak kan. Yg penting, ada usaha utk merealisasikan ciri2 yg baik2 itu.

Salam Rabiul Awal!