Perjalanan Jb-Dungun, mama tak tidur, satu rekod yg membanggakan. Kami laki bini skang tgh suka layan lagu2 Opick. Spnjg jln layan mp3 Opick. Perjlnn yg pjg, Wardah byk perhati alam sekeliling. Dia tengok awan bergerak, ada putih, ada yg gelap, skjp ada matahari, skjp takde. Byk soalan yg dia tanya, kenapa itu, kenapa ini. Mama cuba jwb soalan2 dia setakat yg mampu dan bersesuaian dgn kefahaman dia sambil2 selitkan ttg kebesaran Illahi. Mama suka prjlnn kali ni, mama rasa ada pengisiannya scr tak langsung. Jauh perjalanan, luas pemandangan.
Apa yg special balik kampung?
Masakan tok... Nasi dagang, laksam, keropok lekor tok tanpa msg. Kegemaran abah, sayur keladi, hasil tanaman tokki blkg rumah.
Ikan segar. Mmg sdp mkn ikan kat kg yg dkt ngan sumber ikan ni, sgt fresh rasa dia.
Air kelapa muda, fresh dr blkg rumah.
Pegi kenduri naik rumah mak sedara, jumpa saudara mara kat kg kelahiran mama, Kg Batin. Semoga semakin baik silaturrahim mama dgn sedara mara.
Santai di pantai, makan udang dan sotong celup tepung.
Tok bekalkan keropok lekor, ikan aya kukus ngan tumis lada, lauk segera la mama 2-3 hari ni, segera bukan sebarang segera, segera air tgn omak.
Selasa jenguk family abah lak.. plan nak wat gathering femili kat Bukit Tinggi hari Jumaat, tp tak jd sbb ada sorang ahli demam.
Hari Rabu pegi carikan notebook utk adik ipar kat Kemaman, alang2 tu pegi makan satar, otak2 n pulut panggang.
Khamis, mkn gulai ayam kampung.
Pg Jumaat dpt berita makcik abah masuk wad, ketumbuhan dlm rahim, balik kg abah lak melawat makcik. Lps asar gerak balik rumah opah, abah berkobar2 nak mkn char kue tiow dkt rumah dia, sdp katanya, 2 hari dah pegi cari, tak sempat beli dah habis. Mama rasa nak mkn roti tempayan, tp mama pendam je la rasa nk mkn roti tempayan sbb abah nk kejar c.k.tiau. Alih2 sampai kedai c.k.tiow tu, tak buat pulak, jd bhn gelak siri2 abah mencari cktiau.
Abah nk mkn nasi himpit ngan sambal hitam opah buat. Tak lupa dia suh mama bljr buat, complicated betul mknn org dulu2 ni. Mama pun baru setahun dua ni je mengenali sambal ni. Goreng kelapa parut, tumbuk bawang, halia, ikan, tumbuk kelapa, bhn2 lain gula melaka, garam.
Hmm byk aktiviti mkn je balik kg ni. Paling special, jumpa our parents. Kasihilah org tua krn mereka adalah masa hdpn kita. Suatu hari nanti kita pun akan jd spt mereka, sgt mendambakan kasih sayang dan perhatian anak2, menantu2 dan cucu2.
Lagu tema, Satu Rindu, Opick ft Amanda, ditujukan utk ayah juga, ibu=emak+ayah.