Dlm tempoh pantang kali ni, 7 hari jugak mama handle 3 beradik ni sendirian kat rumah. Alhamdulillah, takde situasi yg buatkan mama teramat stress. Suka tengok kakak 2 beradik main sama2. Kdg2 diorg mandi sama2, pastu kakak tolong sabunkan adik, suke mama tengok. Kelakar tengok diorg main 'mainan mak2'. Wardah panggil Athirah "Bangg, anok nok susu ni." Pastu masing2 kelek bear sambil tepuk2. Dah lama diorg duk berdua je, hubungan 2 beradik ni pun nampak semakin baik.
Hari Ahad baru ni genaplah 40 hari tempoh pantang, dan2 mama ajak abah keluar. Sblm ni ada je mama keluar sbnrnye, 2 kali. Abah ajak bergambar kat JJ, gambar utk wat visa umrah. 1st pegi, ambik gmbr biasa background biru. Rupanya kena background putih, mama lak kena pakai tudung hitam, keluar pulak esok harinya. Alih2 mama tak dpt guna pun gmbr tu dlm masa terdekat ni.
Hari Isnin mama mula hntr Wardah n Athirah ke skolah, sunyi plak rasa 2 bradik ni takde kat rumah. Hari Rabu, birthday Athirah yg ke-2. Athirah dah bergelar kanak2, start bln dpn dia akan join kanak2 lain kat taska, tak duduk kat bilik baby lg dah. Sempena peralihan ni, Mama sediakan party pack utk kwn2 dia kat taska. Terisi jugak lah masa mama. Mama bercita2 nak wat cupcake, Baby Imam plak tido skjp2 je. Kul 3.30 baru dia tido lama sket, baru lah mama buleh start buat menu bday Athirah tu.
Mama kena pegi ambik Wardah n Athirah kul 5, mama berjaya siapkan adunan kek dan icing, tp tak sempat bakar kek semua skali. Bila si kakak berdua ada kat rumah, mama takleh fokus. Abah dah balik, baru mama sambung balik, hmmm ingat senang ke jd suri rumah ni. Kek tak siap, dinner pun tak buat lg. Mama cakap kat abah, mama nak masak meggi goreng je lah, nasib baik abah tak kesah. Meggi goreng ala pasar malam yer, bukan yg rendam air panas gaul perencah tu, hehe. Siap goreng meggi, nak deco kek la pulak. Tak sempat practice, hentam je la bab deco tu. Sempat buat beberapa bijik je, pastu rasa tak kuasa dah. Icing tu pun tak brp sedap, manis sangat. Tadaaaa...
Hahahha... buruk tak.
Dah siap hidang, Athirah nangis lak. Athirah ngadu sakit tangan. Wardah kata Athirah taknak duduk kat kerusi, pastu dia tarik tangan Athirah. Tangan terkehel la tu kot. Abah pujuk Athirah sambil urut tgn dia, abah suh mama ngan Wardah makan je dulu. Athirah makan sket je kek, pastu tido. Athirah tido tak lena pun mlm tu, skjp2 terjaga, dia tak gerakkan pun tgn kirinya yg sakit tu. Gitu lah sambutan bday Athirah thn ni, hambar ajer. Pagi Khamis masa abah siap2 nak pegi keje, Athirah nangis lg dan dia still taknak gerak tgn kiri dia. Abah tak jd pegi keje, mama ajak pegi rumah akak yg urut mama aritu, tp abah confident dia boleh settle kan. Mama risau abah urut tanpa tauliah, tp aritu kaki mama terkehel, alhamdulillah ok bila abah urut. Alhamdulillah, tgn Athirah ok semula sblm tgh hari. Cergas dah dia guna tangan kiri dia tu. Kesian bday girl ni, ada tragedi lak menimpa dia.
2011-06-24
2011-06-10
31 hari dah
Cuti skolah baru ni, tokki dtg bawak budak2 skolah yg ditinggalkan oleh tok. Kdg2 mama rasa bersalah jugak sbb mengimpot tok dtg sini, kesian budak2 skolah yg dah tak beringus tu. Ayat penyedap hati mama: Kak ipar depa ada, boleh je urus mkn minum insan2 yg ditinggalkan tu, hehe. Bukan slalu pun dpt kelebihan mengimport tok lama2 gini. Lega jugak mama bila tok kata tak penat pun duk sini sbb masing2 basuh pinggan cawan sendiri kecuali yg di bwh umur, kalo kat kg duk sekejap je penuh gelas cwn tak berbasuh. Lg point yg melegakan mama, tok kata dia leh rehat lelap mata kat sini, kt kg slalu ada jiran bertandang lama2. Yea, lain kali leh impot lg la.
Ni lah yg membawa baby Imam ke spital aritu:
Tok dah balik smlm, pd hari ke-30, skali ngan tokki n the budak2. Sepanjang 29 hari lps, mama rasa mcm ok je pe'el Wardah n Athirah. Cuma kena rajin pujuk je diorg ni, keje berat mcm berdukung takde pun. Alih2 bila tok balik smlm, Athirah nak dukung lak pastu nak duk atas riba mama n tak bg mama ambik baby. Hari ni semakin better perangai dia, cuma dia byk nak menempel ngan mama, tak berapa sihat kot nye ... cirit. Harap2 tak lama perangai dia tu. Tolak sabtu ahad, tinggal 5 hari lg mama kena bertahan sblm cukup 40 hari. Baru2 ni abah dpt berita yg dah lama ditunggu2. Abah dpt pergi umrah 31 Julai ni, company sponsor. Mama beria2 nak ikut, tp smlm dpt berita mama takleh join sbb dah penuh. Ada lah hikmahnye tu mama takleh join, sekurang2nya mama tak berjauhan ngan baby. Penat mama meleleh airmata aritu, pikir nak bawak baby ke tak. Mama pun kena tinggal rupanya.
Ni baby Imam pada hari ke-31, dah bulat skit.
Ni lah yg membawa baby Imam ke spital aritu:
Subscribe to:
Posts (Atom)
