2009-12-30

010110

Hari ni hari pertama thn baru 2010. Johor tak cuti, tp saya kena cuti lah hari ni. Athirah demam, tak berapa nak tido pun smlm. Baru je ingat nk shopping lunch our nnt. Ada lg ke saki baki YES tu? huhu. Hari ni jd suri rumah lah, menjaga si anak dua org ni sambil kemas2 rumah. Hmm terlaksanakah?

Semalam saya dah serahkan kunci rumah lama ke pejabat kolej. Inilah dia saat2 terakhir meninggalkan kolej.



Sayu jugak rasa masa saat2 terakhir tu. Sudah lama saya menginap di kolej ni, dr saya berdua je ngan suami sampailah kami beranak dua. Dari sewanya hanyalah rm350 sampailah dinaikkan rm450. Sem lps lak kena byr bil letrik sendiri. Skang ni diorg dlm proses psg meter air lak, nnt2 penghuni kat situ kena byr bil air jugakla.

Hmm byk juga kngn2 sedih kat sini. Dgn menjaga anak sendiriannya, si anak lak jenis byk karenah; takmo hisap susu dr botol la, meragam di mlm hari la. Adusss, kepalaku pulak berserabut ngan projek phd yg smcm tak dpt diselesaikan je masa tu, buntu. Rasa nk give up pun ada tau. Sampai saya pun duk baca buku 'Jangan bersedih' lps tu, terubatlah jugak kesedihan tu.

Apa yg saya dpt dr buku tu, selalunya kita byk duk sedih2 dan berdukacita psl urusan2 dunia. Kehidupan dunia ni mmg takleh lari dr masalah pun. Kat mana kita akan tenang dan gembira tanpa sikit pun masalah? Jawapannya di syurga spt yg dijanjikan-Nya. Jd di samping kita berusaha dlm mencapai matlamat kita di dunia, jgn dilupa pula matlamat kita di akhirat sana.

Ohh saya bknlah yg selayaknya utk beri tazkirah di sini, sila betulkan kalau ada mana2 yg silap. Lg satu kalau ada apa2 matlamat kita yg seolah2 gagal dicapai walaupun dah usaha bagai nk rak, jgnlah terlalu berdukacita. Redha saja lah, semua itu adalah ujian dan ketentuan-Nya yg terbaik utk kita.

Ujian2 yg saya hadapi sbnrnya menjadikan saya lebih ingat pada-Nya. Namun saya insan biasa yg sering lupa. Byk lg kelemahan2 yg perlu diperbaiki. Jadi, saya perlu cuba dan terus cuba utk berubah kpd yg lebih baik.

2009-12-17

Tahun baru 1431H

Kalo ikut kalendar Islam, hari barunya masuk time maghrib kan. Maksudnya skang ni dah pun thn baru 1431H. Lupa aku nk baca doa awal dan akhir thn tu. Ada pendapat kata fadhilat2 doanya tu bidaah. Aku rasa tak salah kalau baca doa tu sbb maksud doa tu pun baik2 aje, cuma tak perlulah baca doa tu semata2 mengharapkan fadhilatnya saja. Alhamdulillah, berkesempatan lg aku dan keluarga berada di bumi Nya ini. Tak reti aku nk ulas psl hijrah ni, meh nyanyi lagu ni la skit;

Satu Muharam detik permulaan
Perkiraan thn Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dr kota Mekah ke kota Madinah
Atas keyakinan dan iman yg teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
.
.
.

Semoga thn ini kita semua dpt berhijrah ke arah yg lebih baik dr thn lepas dlm apa jua hal. Berjayalah hendaknya kita semua bkn saja di dunia tp juga di akhirat.

2009-12-13

Apo nak dikato


Rasa nak merajuk dan berkurung di sini je, huhu. Lupa lak aku, padahalnya "Paku dulang paku serpih, hujung minggu ni aku lak yg kerja mengajor Space." Sgt lah tak patut aku merajuk2 sbnrnya, suamiku itu pergi opis sbb mmg byk keje, esok deadline nye. Tp aku mai rumah ni bkn sbb lari merajuk pun, nk angkut brg sket2 dulu mana yg boleh je. Tp ade gak skit2 bibit2 rajuk yg tak diundang menikam2 jiwa, huhu.



Di luar rumah tu adik aku, Eri. Eri ni duk serumah je ngan aku. Tp nama je duk serumah, tp sgtlah jarang dia berada di rumah. Asyik kat lab dia je. Kali ni aku paksa jugak dia tolong aku, hehe. Anak2 lak mintak Mak Ani yg jaga. Smlm org hntr perabot ke rumah baru. Masa tu si Eri ada hal ke lab skjp, ada student nk jumpa. Jiran sebelah masa tu pun takde. Cuak jugak aku sementara dua org apek tu pasang perabot dlm rumah. Aku nunggu di luar, lembik lutut rasa bila pikir kemungkinan2 yg tak diingini. Sangat lega rasanya bila Suria (jiran sebelah) dah balik, tak lama lps tu Eri pun sampai, fuhh. Haa berani ke nk merajuk sorang2 kat sini???

Gambo td tu aku nk tengok sesuai ke tak sbnrnya langsir ngan sofa tu? Kain langsir dah beli warna tu, tak pk lak nk matching ngan sofa ke apa. Sofa lak beli warna dark brown. Camne nk matching2 colour ruang tamu ni yer? Matching warna langsir ngan karpet or table runner or kusyen ok ker gitu? Ohh aku sgt buta bab2 ni. Tiba2 rasa cam tak elegan je warna langsir tu. Tgh berkira2 nk beli satu lg set langsir. Warna apa sesuai yer? Gold, krim la kot. Any idea?

Nk sibuk2 psl langsir la plak, brg2 pun belum abis pindah lg. Si Suria tanya bila nak duk sini, aku kata Rabu ni. Eh ye ke, sbnrnya En. Din kata nk cuti Rabu ngan Khamis ni. So aku rasa dpt lah settle semua time tu. Tak dapek nk dikate, slalu aje plan2 tak jd, huhu.

2009-12-08

Belajar melukis

Aku bukannya reti melukis,
Sebut bab lukis aje aku rasa letih,
Skang ni aku kena jugak pandai melukis,
Nak lukis corak di kain putih.

Tengah santai2 balik keje smlm, Wardah mai kat aku sambil bawak botol. Penutup botol tu ada atas meja. Sambil tunjuk ke arah meja, Wardah cakap "Mama ambik, nk tutup." Aku yg tgh bermalas2an ni pun cubala guna teknik pujian nak merangsang kerajinan dia, hehe. Sambil gosok2 kepala dia aku kata "Wardah ambikla, Wardah anak yg baik, rajin." Tp dia takmo mengalah, dia pulak yg guna teknik tu kat aku. Sambil gosok2 tgn aku, Wardah kata "Mama ambik, baik...". Pastu dia tmbh lak "Tak sampai...". Aku pun pernah ckp mcm tu sblm ni kat dia kalau jarak benda yg dia nk tu lebih dkt ngan dia. Huhu, kan dah terkena balik.

Kalau aku sudah solat lak, Wardah suka tolong lipatkan telekung aku pastu campak kat atas kerusi. Kenapa dia campakkan? Yg sebenarnya dia selalu tengok aku sidai telekung dgn laju ala-ala mencampak gitu. Huhu, aku rasa malu sendiri tengok dia wat gitu.

Moralnya? Budak ni, apa saja yg dia tengok org sekeliling dia wat, dia ikut aje. Maka kami suami isteri kena berhati2 dlm bertindak. Takleh tunjuk malas lagi, kena bersopan santun jugak.

2009-12-03

Cuci

Arini aku g mencuci rumah. Dah byk hari dah tertangguh program nak cuci rumah ni sbnrnya. En. Din keje mlm, siang hari nk rehat. Tgh bz lak tu, kalo tak boleh je mencuci skjp. Aku ingat nak panggil tukang cuci yg Zieha slalu panggil tu, tp yg sorang tu dah tak buat servis mencuci. Yg satu lg pulak asyik operator yg jawab tepon dia "The number ... is currently unavailable". Smlm En. Din kata "Esok bolehla kot abg g cuci jap." Balik keje pg td lak dia kata "Abg bz la sampai 14 hb ni, ptg ni nak kena g awal byk keje nih." Aduhai, 14hb dah start sem baru. Maka aku berkata "Takpela, abg temankan saya je la. Saya cuci rumah, abg bawak comforter tidur kat umah baru. Saya tak berani pegi sorg."

Sampai di rumah td, En. Din cuci jugak tingkat atas pastu baru tidur. Aku cuci belah bawah. Begitulah kisah pengorbanan aku di bln Zulhijjah ini, kuikui. Oops pengorbanan 'kami' la kan. Terpaksa la berkorban skit, kalo tak sempat pindah bln ni, alamatnya dua rumah le kena bayor bln dpn. Pedihla jugak tgn aku ni menyental, bau debu simen tu pun agak menyakitkan hidung. Apa2pun lega lah sikit rasa bila dah selesai satu lg perkara. Lps ni kena pk nak pindah lak. Arini jugak ada satu berita gembira buat aku, En. Din akan keje normal hour lak start minggu depan. Alhamdulillah, sedang molek lah tu, takdelah aku ketakutan keseorangan bertemankan anak2 di rumah baru nanti.

2009-12-01

Amalan

Alkisahnya, balik kampung baru ni Athirah dikhatankan ngan tok bidan di kg mertua. Mak mertua ku itu suh aku wat pelepas skali ngan makcik tu. Oh tidak, aku sebenarnya kurang gemar dgn amalan tu. Masa bersalin Wardah dulu pun aku kena wat gak sblm balik ke JB. Masa tu aku tak tau pun apa tu pelepas. Masa aku lalui sendiri saat pelepas tu, aku berkata2 dlm hati "Amende dia buat ni, peliklah wat gini". Ingatkan aku dah bersalin dan berpantang di JB, selamatlah aku disuruh buat itu ini yg kurasa mcm tak perlu tu. Nampak gaya next time nak khatan baby girl, kena pergi klinik pulak.

Kali ni aku try gak suh En. Din bgtau mak dia yg dia tak suka wat pelepas tu. Tp maknya kurang senang lak, kena la mengalah gak, huhu. Kawan2 tau ke apa tu pelepas? Tujuannya utk menjauhkan dr gangguan lah rasanya. Cara dia wat tu mcm tok bomoh berubat lah bg aku. Bg aku ni hanyalah adat tradisi org Melayu mcm melenggang perut semua tu lah. Nasib baik mertua ku itu tak suh wat melenggang perut skali, cuma dia suh gak tok bidan rasa perut masa ngandung. Pelepas yg aku wat ni mcm ni:

- syarat nya duit syiling sebanyak RM 2.30, limau nipis 3 biji. Dua menda ni dia masukkan dlm air dua baldi, pastu dia baca ayat menda ntah. Aku dan Athirah dimandikan.

- bahan2 lain ada lg: beras, bedak, daun kelapa, tali bulat putih (aku search, menda tu dipanggil benang mentah). Ni lepas mandi la pulak. Kat dahi Athirah diletakkan syiling 20sen bersama bedak sejuk. Kat dahi aku dicalit bedak sejuk gak. Dia pegang daun kelapa yg disimpul tu sambil baca ayat2 nya, aku duk berlunjur sambil pegang Athirah dpn dia. Dah abis, dia rentap simpulan daun kelapa tu pastu baling daun kelapa tu ke tepi. Huhu, sabo je la aku berada dlm situasi nih. Pastu tali tu pulak dicelup dlm beras, dipegang dpn aku sambil baca ayat. Aku dan Athirah dilalukan dlm bulatan tali tu bbrp kali. Akhir skali direntap tali tu pulak sampai bertaburan beras2 tu dpn aku, huhu. Lepas tu barulah Athirah dikhatankan.

Aku pun tak tau lah nak kata amalan ni tak betul ke apa. Mungkin gak makcik tu ada kelebihan menghalau jin dan hantu semua tu. Harap2nya takdelah mantera2 yg tak betul dibacakan kat aku. Bg yg berubat cara alternatif gini, perlu diingat kalau kita sembuh dr sesuatu tu adalah drpd kuasa Allah jua, bukan krn tok bomoh atau pengeras atau mantera/ayat td.

Adik2 aku lak duk bercerita pasal video berubat keluarkan jin kat youtube. Mcm2 jin keluar, monyet lah dll lg. Kakak ku kata, agaknya jin monyet tu tok bomoh masukkan masa org tu nak berubat gatal, hehe. Sape rasa nk tengok silala search "badan ukhwah darul iman" kat youtube. Aku tak berani la nak tengok, takut teringat2.

Ok, perbanyakkan amalan2 baik ye utk bekalan di sana... Sekian.

2009-11-25

Salam Idul Adha

Arini nak balik kg, yeaa. Bila ntah nak bertolak ni, En. Din kata kul 3 pg, tp ku kejut2 dia tak bangun jd aku tunggu subuh terus je lah. Dia pun baru balik OT kul 1 pg td kot. Bior le dia tidur, yg penting kami sekeluarga selamat sampai ke kg halaman. Mintak2 cuaca pun ok sepanjang jln dan mintak2 takdela kami tersangkut sbb banjir. Raya haji thn ni sepatutnya giliran umah aku, tp disbbkan kat umah mertua wat korban tahun ni, di rumah mertua la aku di pg raya. Takleh jd gini ni, huhu. Ahad ni dah balik semula ke UTM. Cuti 3,4 hari pun tak cukup rasa, kena bahagi2 lak antara rumah family sendiri ngan umah mertua.

Kabinet rumah no 8 siap jua akhirnya. Kira selesai lah kerja2 berskala besar (mcm besar sgt, hehe) yg melibatkan org lain. Balik cuti ni bolehla wat apa2 yg patut sblm pindah. Pasang rod langsir ada lg skit blum siap, pastu nak cuci umah, masuk perabot, pastu boleh lah pindah. Tp bab kenduri tu tak buat bln 12 ni lah, bila ntah... taktau lg.

Doakan kami selamat pulang ke kg dan selamat sepanjang di kediaman baru, k. Okey, selamat menyambut Idul Adha.

2009-11-14

Aktiviti Wardah


Gambo ni aku ambik masa aku g hntr susu tmbh Athirah suatu pg tu. Tengok tu, Wardah main sensorang je, tak campur ngan kwn2. Tp Wardah kenal kawan2 dia, nama2 yg aku tulis tu Wardah yg bgtau. Kbykn nama tu nmpk mcm betul kecuali Doli ngan Asih, mcm pelik je kan. Wardah tak reti sebut ni, Norli dan Nasih kot. Aritu ada cikgu dia bgtau "Wardah tak ceria mcm dulu sejak ada adik ni, main pun sorang2, mak nya ada marah2 ke?". Ooops mmg ada jugak aku marahkan dia, huhu. Selalu aku tengok dia ceria je kat umah, cuma bila diajak g skolah (aku bahasakan skolah utk nursery dia tu), dia selalu cakap taknak akhir2 ni.

Kat umah dia suka main games kat komputer, huhu kami dah menanamkan hobi main games kat Wardah. Asal2 nya masa aku berenti nyusukan Wardah dulu, dia jd susah nak tidur, asyik nak kena ngulik(dodoi) je. Tak terdaya aku di kala si suami takde di rumah, masa tu aku ngandungkan Athirah. Aku pun mulalah download sleeping lullaby kat youtube, kdg2 membantu gak. Lps tu kami mula download bhn2 lain utk dia; nursery rhymes, lagu alifBaTa, doa, abc dll. Di situ lah bermulanya pendedahan komputer kpd Wardah. Pastu tak ingat lak aku mcm mana dia mula didedahkan ngan games, abahnya kot, hehe abahnya mmg kaki games, mamanya skdr mengisi masa terluang je.

Bila Wardah duk kata taknak bila diajak ke skolah, aku agak dia dah boring ngan aktvt kat skolah tu. Kat umah ok je, agaknya dia nk duk kat tmpt yg lebih advance dan mhl kot, huhu. Tp alhamdulillah cikgunya kata dia dah ok semula, cuma dia masih main sorang. Dia marah sangat kalau ada budak kacau dia. Tp Wardah ada wat balik perangai baru lak kat umah. Kalau dia marahkan aku, dia suka nak jelir lidah yg berbunyi tu (paham tak?) tp nasib baik lidah dia tak terjelir, skdr bunyi bbbuuu je.

Bila Wardah main komputer, dia mcm tak ingat nak tidur. Pastu bila dia ngantuk sangat mulala cari pasal nak nangis, kdg2 kami tak berjaya nak pujuk. Bila tak berjaya nk pujuk ni la, kami naik marah. Tp selalunya kalau abahnya marah, automatik lak aku rasa kesian dan sebaliknya lah. Mujur gak camtu, kalau tak mesti kesian kan. Kdg2 dia nangis sampaila tertidur. Dia tidur dlm keadaan sedih, sbb tu agaknya dia tak ceria di keesokan harinya. Agaknya dia teringat2 lg kesedihan smlm. Skang ni aku cuba tukar aktiviti dia lak. Bila dah agak2 mlm tu, aku ajak Wardah masuk bilik baca buku sambil baring2. Cara tu mmg menjadi, bila dah boring baca buku, dia duk golek2 pastu tertidur sendiri je skrg ni. Tp mungkinkah bila bsr nnt dia mudah tertidur bila study??? Huhu.

Sempatla aku rakam skit video dia tp takleh lama, bila dia perasan mulala dia berminat nak main hp lak. Aku lah yg kena mengalah, kang nangis lak dia.

Wardah baca buku gini je,
mengenal objek, warna dan huruf dululah ye.
Nanti kita belajar mengeja lak.


Yg ni bkn baca pun,
dia kata "Ada bahaya, di sana".
Lagu wonderpets, hehe.
Patutla, ada gambar itik kat page yg dia buka tu,
dia guna perkataan derpet (wonderpet) utk itik.


Asyik Wardah je. Athirah? Athirah skang ni suka tonggekkan punggung dia bila meniarap. Dgn cara tu, dia akan bergerak sikit demi sedikit ke depan. Maka bbrp kali berlaku aksi hampir terjunam dr katil, nasib baik sempat diselamatkan. Lenkali lah psl Athirah ye.

2009-11-12

Produk HPA

Atas permintaan nuril, ni dia sikit2 yg boleh aku kongsikan psl produk2 hpa yg aku pernah guna.

Produk makanan

1) Minuman Radix koko - suka sangat, sblm ni aku dah try mcm2 minuman coklat tp semua takleh lwn milo bg aku. Tp Radix koko berjaya menawan tekak aku akhirnya, lama dah tak beli milo, minum radix koko je. Radix koko ni nama je radix, tp takde herba dlm dia, sesuai utk seisi keluarga. Yg ni dibungkus 1kg.

2) Kopi radix - minuman tenaga, ada 7 herba kalo tak silap. Kopi radix takde caffein, kandungan herba dia tu menuetralkan caffein tu kalo tak silap, err. Yg ni 3 in 1.

3) Kopi O radix - Kdg2 aku terasa nk minum kopi o.. so ni lah pilihannya, khasiat sama mcm kopi radix la tp yg ni takde susu. Yg ni pun 3 in 1.

4) Minuman berkarbonat - minuman berkarbonat yg ada, perisa kola ngan sarsi. Bolehla melepas gian nak minum coke, gas nya tak byk. Ada iklan kat tv kan, kanak2 pun minum.

5)Askrim toyyibah - pernah try perisa jagung. Rasa mcm aiskrim la, hehe taktau explain camna yg penting halalan toyyiban.

6) Kordial - kami pernah try kordial roselle, kurma madu, mangga, pink guava.

7) Jem - kami try jem roselle ngan nenas. Rasanya ada 2 ni je, taktaula kot ada produk baru.

8) Madu

9) Ayam organik - akhir2 ni aku perasan mcm ada bau skit ayam ni, ingatkan ayam aku simpan lama sgt. Pastu zieha pun kata ayam ni ada bau semenjak2menjak ni. Aku try buang kulit dia, sah kulit dia rasa kurang enak. Isi dia ok. Jd penggemar kulit ayam tak sesuai la kot. Aku nye assumption bau herba tu kot, belum tanya lg psl ni kat stokis. Kalo nk try ayam organik lain, try search dr zainol punya. Kalo dekat2 sini ada kat kedai Az-zain sederet ngan hpa tu, kat pulai perdana ada gak rasanya. Aku tak pernah try lg.

10) Minyak zaitun - kawan2 tau kan minyak zaitun byk khasiatnya, tp mahal. Aku guna wat goreng2 sayur dan utk masakan yg guna sikit minyak je, dptla jugak khasiatnya skit.

11) Kicap manis, kicap masin, sos tomato, sos cili biasa dan sos cili thai pun ada.

12) Teh pracampur manjakani dan kacip fatimah - mcm teh tarik, tp aku suka tmbh susu sket. Bagus utk puan2 sekalian. Org ngandung tak sesuai la ada kacip fatimah ni. Mak mertua aku dah lama tak peot, nak menopous dah. Aritu dia minum 4,5 kali, peot lak dia. En din wat testimoni gurau2 ngan mak dia "Sejak minum teh ni, saya rasa keremajaan saya telah kembali". hehe.

13) Radix cookies - kurang suka, manis sgt.


Produk harian:

1) Ubat gigi dewasa, knk2 pun ada. Berus gigi pun ada.

2) Set Pencuci muka, toner, pelembab, masker, losyen bdn Centella White- masker dia ada biji2 skrub, suka; losyen dia cinonet skit. Keberkesanan tak sure lak, kurg istiqamah bab menjaga muka skang ni, huhu.

3) Body scrub - jenis serbuk, agak bersepah bila aku guna, hehe.

4) syampu - byk jenis gak syampu dia. aku suka syampu pandan kasturi sbb kalo pakai tudung masa rambut basah takde bau hapak pun.

5) mandian ada satu jenis je, packing cinonet gak. Sabun buku byk la, sabun bayi pun ada.

6) Pencuci pinggan wahdah

7) Serbuk pencuci freesia - pernah guna yg serbuk je. Suka dynamo lg, rupa2nya dah ada yg jenis cecair punya, belum try. Pelembut fabrik pun ada.

8) pencuci toilet - cair. Pencuci pinggan pun cair gak masa mula2 keluar, pastu ok. Mintak2 ada pembaharuan la tang ni.

9) pencuci lantai - ok cuma cinonet sgt packing nya.

10) bam pala - utk pening2. Bila sakit gigi, aku gosok2 kat pipi. Alhamdulillah hilang.

11) minyak but but, krim but but - utk lenguh2

12) supplement mcm spirulina, omega3, minyak kelapa dara dll - kapsul dia dibuat guna gelatin halal keluaran halagel.

13) Pencuci wanita Lady Cheer

Senarai produk2 lain boleh tengok sini, harga pun ada skali:


Kami mmg cukup puas hati guna produk2 di atas kecuali yg ada komen2 yg sebaliknya tu la. Tiap2 bln mmg spend beli brg kat HPA. Kami menyokong 100% sebabnya produk2 dia diyakini halal, air tgn org muslim lak tu. Produk mcm sabun, syampu tu mmg kami guna sbb kalo kat pasaran mmg tak jumpa yg ada tanda halal (ke skrg dah ada?). Kami jd tak sdp hati nk guna produk yg takde tanda halal sjk baca buku pasal halal haram, hehe. Byk lg produk HPA yg kami nak cuba, byk lg ada bihun, mee kuning, rempah ratus dll lg. Cuma satu komen En Din "HPA ni tak pandai urus stok", sbb byk kali jugak kami nak sesuatu brg tu tp takdeee jugak. Mcm bihun tu tak pernah dpt pun lg, padahal dah lama keluar. Tu kat sini la, kat tempat lain taktau la, kot2 sini permintaan tinggi ke.

Menjawab soklan berbaloi ke tak jd ahli, aku rasa berbaloi je. Yuran dia Rm30 je seumur hidup. Dia ada sistem MLM gak. En din kata kalo member2 nak masuk ahli bwh dia, dia belanja je yuran tu. Terpulang la pd individu tu nak beli utk diri sendiri je ke, nak aktif ber MLM ke. Tp nak daftar jd ahli, perlukan salinan ic. Kalo kwn2 kat luar jb camne tu? Tepuk dada tanya selera la ye, hehe.

2009-11-02

Musim peperiksaan

Skrg ni musim pperiksaan dan arini aku kena ganti org jaga subjek Mekanik. Ni bukan subjek yg mengajar budak2 mcm mana nak jd mekanik yg berjaya ye. Masa dlm bilik periksa tu, ada gelagat sorg budak yg menarik perhatian aku. Budak tu duk dpn, masa aku duk blkg, aku ingatkan dia angkat tgn nak kertas. Rupanya dia cuba menyelami soalan dgn lebih mendalam. Maklumlah subjek ni, ada hukum gravitinya dll lg lah. Tak cukup ngan tgn, dia guna tali pengikat tu pulak. Aku duk menahan rasa nk gelak, nasib baik tak gelak cuma tersenyum je. Tak baik aku gelak kan, pastu aku cuba fikir positif la plak. Keupayaan setiap org tu berbeza2. Ada budak mungkin sekadar baca dan buat gmbrn dlm kepala shj dah boleh faham. Ada pulak yg perlu conteng2 kat kertas dan ada jugak yg spt budak td. Jd aku kata bagus la budak ni. Ungkapan 'malu bertanya sesat jln' mungkin bole pakai kat sini. Kalo dia malu nak wat gitu, mungkin dia takleh nk jwb soklan tu kan. Jd, tak kira di mana pun tahap keupayaan kita, yg penting usaha yg bersungguh2.. barulah kejayaan tu jd milik kita. Kena tambah lg doa, ikhtiar dan tawakkal ye.

Di musim periksa ni, En. Din suka berpesan "Hati2 bawak kete musim periksa ni. W/pun dlm U je, musim periksa ni kdg2 budak2 U jd bengong skit, masa bwk moto fikiran ntah mana2." Ada betul ke? Apa2 pun kena berhati2 selalu di mana saja kita berada.

2009-10-28

Athirah sehat lah

Semalam tlh ku minum sebiji air kelapa muda mengikut saranan Kak Ida. Arini ku tengok takde lak biji2 campak yg keluar pd tubuh kecil tp pejal si Athirah. Jadi Athirah dibawa ke klinik utk mendapat kepastian dari insan bergelar doktor perubatan. Doktor kata, ini ruam biasa... tak perlu risau. Alhamdulillah, tp aku mau cuti jugala 3 hari ni. Athirah pun merengek2 je sbb selsema dan batuk.

Sblm ni kami plan nak g air terjun Gunung Ledang esok hari, Athirah tinggal kat nursery, bawak Wardah sorg je. Nak mengembalikan zaman kegemilangan si Wardah bersama mama dan abah la kononnya, asyik nak perhatian je kan kat umah. Lgpun Athirah kecik lg nak bwk main air terjun. Tp dah Athirah tak baper sihat ni, tak sanggup lak nak g berjoli. Takpelah, tangguhhh dulu...

2009-10-27

Campak


"Saya kena campak." kata Athirah. Siapa yg campak ni? Bukan kami suami isteri tau, nauzubillah lah kami hilang pertimbangan hingga sanggup campak anak2 kami ni. Tadi Kak Ida nursery tepon bgtau "Athirah campak ni". Aku kena la ambik Athirah. Athirah tak demam pun, cuma selsema dan batuk 2,3 hari ni. Yg aku perasan ada merah2 skit kat muka dia, ku ingat ruam biasa aje.


Inilah rupanya campak. Tak jelas eh? Yg jelas Athirah ada spare tayar basikal di pinggangnya. Sempat ku cari info pasal campak skit, campak ni ada dua jenis. Pertama campak air, ada biji2 berair di bdn. Satu lg campak biasa yg takde air. Athirah kena campak air la ni, nmpk ada biji2 halus berair je. Kata Kak Ida, mandikan ngan air kelapa, bg baby minum skit, maknya tolong minum pun boleh juga sbb bg susu bdn kan. Nanti campak tu akan keluar semua, takdela dia kena lg. Ya, akan kuikhtiarkan. Ada juga ibu2 yg try mkn minyak kelapa dara, lapik tidur anak ngan daun mambu (taktau yg mcm mana). Ni antara rwtn2 alternatif, kalo kat klinik, dr bg ubat sapu. Ada pulak pantang larangnya, takleh menggoreng nnt meletup campak tu. Takleh mkn mknn bergoreng kot, nanti gatal. Mcm jintungan (chicken pox) jugak, takleh kena hujan nnt ada ksn parut. Kalau bintik2 tu keluar kat kaki, itu tandanya dah nak sembuh dari campak tersebut. Arini tak nampak serius lg la campak si Athirah ni, sempat lg mamanya nulis2 kat sini. Esok2 taktaula camne, takleh tido mlm agaknya. Apa2pun, moga2 Athirah cepat sembuh, kesian dia gatal2. Seingat aku, Wardah tak pernah kena demam campak rasanya. Mungkinkah lepas ni jangkit kat Wardah lak?

2009-10-22

Mimpi hantu

Pagi td aku dpt satu mimpi yg menakutkan. Dlm mimpi tu, aku dan suami pergi ke suatu tempat naik kereta siap ada driver lg. Perjlnn tu melalui satu tmpt yg bersejarah. Dkt nk maghrib gitu, kami melalui kwsn kubur, pastu kereta berhenti. Di dpn sana ada nmpk satu makhluk berdiri, nmpk mcm org je. Kami menundukkan kepala takmau mmndg apa2 yg tak diingini. Pastu hantu tu ltk payung di tgn En. Din. Pastu tiba2 dlm mimpi tu, kami kat umah lak. En. Din baca ayat2 skit, pastu nmpk makhluk kecik mcm gel berwarna hijau bergerak menjauhi ke atas. Aku pun baca gak ayat2 dan hembus kat makhluk tu, tp makhluk tu menerpa ke arah muka aku. Berubah bentuk lak dia, mcm citer apa tu? Lupa dah, yg warna ijau tu, Faber ke apa. Pastu aku terjaga dlm ketakutan dgn sedikit jeritan kecil.

- Mintak2 mimpi ni hanyalah mainan tidur.
- Mintak dijauhkan la bab2 gangguan makhluk halus ni dr hidup kami sekeluarga, Amin.

Sekian. Wassalam.

2009-10-14

Beraya Lagi

Baru2 ni kami pergi ke majlis hari raya anjuran tempat keje En. Din, White Quest Sdn. Bhd. Majlis ni wat kat Rumah Limas Danga Bay. Boleh sewa rupanya rumah2 ni utk wat majlis.

Wardah malu je dpn org, nak itu ini pun slow je dia cakap. Bagus bagus, behave skit ye. Kat kg pun gitu gak mula2 sampai, tp bila dah lama jd normal mcm kat umah semula. Penat betul bersiap2 nak g jln2 skang ni, sbb Wardah nak pilih sendiri baju dia. Kdg2 ntah apa2 baju dipakainya, kdg2 dia nak pakai baju tidur, huhu. Jenuh nak pujuk suh tukar lain.



Athirah tidur lena dibuai angin sepoi sepoi bahasa. Mamanya syok menjamu selera. Confirm la Athirah dah niarap, tp tak selalu dan tak expert lg. Selalu dia nangis bila tertiarap sbb sblh tgn dia sangkut bwh perut.



Thn ni kami takde ambik gamar satu family. Jd kami wat sesi penggambaran di sini aje, pinjam cameraman yg ada. Ini dia gambar rasmi Syawal 1430H.

2009-10-12

Cuti

Sejak balik dari raya, banyak betul aku mengular di waktu kerja utk urusan2 rumah bernombor 8. Saya ada laporannya:

1. Cari lampu dan kipas - settle, siap dah pasang. Lampu pilih yg paling murah je di antara yg berkenan kat kedai. Kipas kat living hall, dining ngan family hall kdk remote je, dlm bilik semua kipas biasa kdk je. Simple lah sangat2 aku rasa rumahku itu, huhu tak reti nak deco2.

2. Urusan dgn mr lee contractor akan selesai jumaat ni. Kabinet dapur lepas tu lah baru suh Kenny dan konco2nya dr Fortune Passage buat. Bln dpn gakla boleh masuk.

3. Perabot dah booking, dptla semua yg aku nak: set bilik king + tilam, sofa l-shape material kain + coffee table, kabinet tv + display cabinet, meja mkn, divider kecik.

4. Langsir ready made kat jusco n giant semuanya singkat (tak sama saiz ngan tingkap umah), so aku decide nak jahit sendiri yg simple2. Status: belum siap pun.

5. hud n hob nak g order lps ni. Yg fortune passage provide mahal, brand fotile. So kami cari sendiri la yg agak murah skit.

6. dekat nk masuk nnt kena cari rod langsir lak. Lg kena cari jugak drill dan tangga, sng nak pasang apa2 nanti.

Dah selesai semua ni bolehla sumbat perabot dan pindah brg2. Oohh belum habis lg urusannya:

1. Beli peti ais. Thermal pot pun dah rosak, kena ganti baru. Lepas tu kena panggil org pasang air cond rumah lama di master bedroom umah baru.

Hmm mcm dah selesai urusan takat tu. Dah kot. Byk kan urusan? Kebetulan sem ni aku takde kelas, sbb aku cuti bersalin awal sem. Kerja2 biasa je la ada, research, ajk, secretary ... Dah byk mengular ni, rasa bersalah lak. Aku terfikir dek krn mencuri waktu kerja utk urusan rumah, nanti Tuhan timpakan musibah kat umah aku ke sbg balasan, nauzubillah. Jd aku amik cuti 5 hari minggu ni. Tp dtg opis pun kejap2 jugak, dan masih lg mengular. Kena tambah cuti lg ler ni.

2009-10-09

Err.. taktau tajuk pe


Sekilas tengok mcm bilik asrama lak. Ni sbnrnya bilik lecturer kat fkksm utm. La ni aku dok nunggu supervisor suami, nak mintak sign dia. En din mintak tangguh sem ni. Tak dapek la kami konvo sama2 bln 3 nanti. Aduhai kasihan, gitula gayanya study sambil keje, dgn anak isteri lg. Tu pun aku kacau waktu dia bila betul2 terpaksa aje. Nak wat camne, moga2 berjaya la dia habis sem dpn.

2009-10-03

Wardah n Athirah News Update

Masa aku tgh masak td, Wardah baik je takde nak kacau2 aku kat dapur. Selalunya dia baik camtu kalau dia asyik ngan sesuatu. Kali ni ini yg dikerjakannya:



Baju2nya yg telah kulipat disusunnya sederet atas lantai. Kulihat kembung2 je baju2 tu, dalamnya diletak diapers nya. Dia ngikut cara cikgunya la ni. Setiap kali nak mandi diorg tulis nama kat diaper setiap budak2, diselit kat baju masing2 takut tertukar kot.



Maka kalau terjumpa pen Wardah akan mintak sape2 di sekelilingnya tulis nama kat atas diaper sambil sebut 'Amila Adah' (Amira Wardah). Arini Wardah mula pandai mandi sendiri. Lama betul dia mandi, sambil2 main air. Wardah memang suka cuba buat sesuatu, bak kata salesperson Grollier kat aku aritu, budak2 belajar melalui pemerhatian. Apa yg dia selalu tengok kita buat, dia nak cuba buat jugak. Aku jemur baju, dia nak tolong jugak. Pernah juga dia nak letak sendiri karipap segera dlm kuali, huh. Wardah ni, sekali dia kata nak, susahla utk dipujuk spy dia kata taknak. Bila tak diberi, mengamuk lah dia. So selalunya aku ikut shj kehendak dia selagi tiada apa2 yg membahayakan dia dan org sekelilingnya. Bila berdepan dgn situasi yg bahaya tu, aku ingat kata2 mak aku, biarla dia nangis sbb ... asalkan dia tak nangis sakit. Hmm mencabar kan mendidik dan membentuk anak? Bila diikutkan sgt kehendaknya, risau kot2 memberi impak tak elok lak bila dia besar. Bila dilarang itu ini kang, takut hilang lak motivasi dia utk cuba sesuatu. Lg mencabar, Wardah mmg kuat nangis dr kecik lg. Mak ku kata, aku pun jenis kuat nangis masa kecik dulu. Siap dimandikan ngan air seluar dlm ayahku lg, petua tok bomoh agaknye. Kdg2 rasa nak hilang gak sabar aku bila tak berjaya pujuk Wardah spy diam. Abg ku si Amin kata, budak nangis sbb namanya berat utk diterima. Mak ku kata, selalunya lepas 3thn, hilang la sakit nangis ke, gatal2 ke yg ada pada seseorg budak. Mertua ku kata, budak kuat nangis ni cerdik, hehe suka aku dgr. Wardah pun jeles gak ngan adiknya Athirah, bila aku nak nyusukan Athirah sambil baring, mulala dia nak baring jugak kat tgh2 sehingga memisahkan antara aku dan Athirah, huhu.

Athirah pulak berbeza ngan Wardah. Suara dia nangis pun lembut dan manja je. Kalau aku lambat ambik dia, pandaila dia hisap jari dulu, lapar agaknya. Abahnya kata Athirah ikut perangai dia masa kecik, baik je. Bg je mainan apa2, boleh je dia main sorg2, sng mak nya nak wat keje. Sejak Athirah masuk 3bln ni, aku duk nunggu2 saatnya Athirah mula niarap. Ptg td dia duk mengiring camni sampai tertidur:



Bila terjaga semula, dia cuba balikkan badan dia, akhirnya berjaya lah Athirah meniarap pd usia 3 bln 1 minggu. Yeay boring dah nengok Athirah asyik terlentang aje, go go cuba lg ye.

2009-09-27

Ohoho Balik Kampung...

Kami sekeluarga pulang ke kampung halaman pada hari raya ketiga, lepas zuhur baru bertolak, kul 10 mlm baru sampai ke my hometown, Dungun. Athirah ok je sepanjang perjalanan, diam je duk dlm car seat, sekali sekala merengek2 nak susu. Wardah lak, bila dia tak tidur sibuklah dia sekejap nak ke depan, sekejap nak duk blkg. Pagi raya keempat kami bertolak ke rumah belah suami lak di Ketengah Jaya, Dungun; nak buat kenduri aqiqah utk Athirah + aqiqah Nurul Hawani (sepupu Athirah) + majlis tunang Ja (adik ipar). Raya keenam pergi jalan ke rumah Kak Ni (my sis) di Besut. Pergi pagi, balik malam. Tengahari raya ketujuh bertolak balik ke JB. Taktau nak citer ape, layan gambar je la.

Athirah bertolak pulang:



Kediaman tempatku membesar. Owh lamanya aku tak pulang:



Mengerjakan kepala kambing??:



Mengerjakan daging kambing:



Gunting jambul Athirah:



Wardah dan bunga telur:



Aku sibuk layan anak2, tak sempat pandang kamera, hehe:



Ja dan tunangnya Mahadi, org Pasir Mas. Thn dpn ada can jln2 kat Kelate:



Athirah dan Nurul dibotakkan pada hari raya kelima. Ramai org ingat Athirah baby boy, huhu. Mak ku tanya, "teringin anak lelaki ke masa ngandung?" Memang pun, tp tak kesah kalau dapat girl pun. Jangan jd tomboy dah le anakku ini:



Santai2 sambil hirup udara petang di "lambo" (bahasa buku nya anjung kot) rumah K. Ni. Tak ambik lak gambo umahnya, meke buat umah atas tanah sendiri, baru masuk umah thn ni juga. Bestnya, ada laman yg besar, bolehle wat landskap2 byk sket nanti:

2009-09-20

1 Syawal 1430

Raya thn ni tak banyak beza ngan hari2 biasa cumanya aku masak special skit. Suami nak makan sate, jadi aku wat la sate. Special la tu bg aku, sbb tak pernah wat sendiri. Sblh malamnya aku tanak nasi lembik utk dibuat nasi himpit. Hajatnya lepas anak2 tidur, aku nak mulakan projek buat sate ku itu, paling kurang siapkan nasi himpit ngan perap ayam. Tapi bila anak2 dah tidur, aku pun ikut sama tidur. Dekat nak subuh baru bangun, jd lepas subuh la baru kumulakan projek sate ku. Teringat kat mak aku, kalau esok raya, tak tidur malam la nak siapkan juadah raya (ke mak aku tidur tp aku yg tak sedar sbb aku mmg lena tidur, hehe), maklumlah buat utk anak2 yg ramai. Buat pun kena lebih juga utk berbalas2 ngan jiran. Aku setakat buat utk makan di mulut 2-3 beranak ni je. Berjaya la juga kusiapkan sate sblm suami pulang dr solat raya.



Nasi himpit ku kurang menjadi, nasi tak cukup lembik, lerai2 jadinya. Kuah sate nya banyak, tp sate nya setakat 14 cucuk je kot. Licin lah sate ku itu sekali hadap saje. Raya kali ni aku dapat duit raya, dari suami. Walaupun takdelah mencecah ratusan ringgit, rasa seronok bukan kepalang sebab dah lama tak dapat duit raya. Sejak berpendapatan sendiri, aku mmg tak merasa duit raya. Lepas kawen pun takde lak suami ku bg duit raya. Alih2 thn ni dapat, penangan sate ku itu agaknya, hehe. Bila dapat duit raya, aku mula berfikir, aku pun takde bg duit raya kat anakku sendiri selama ni. Hanya buat tabungan biasa je setiap bulan, hmm wajarkah aku bg duit raya kat diorang? Tp aku rasa nak ambik peluang taknak bg duit raya kat diorang lg, hehe. Diorang pun belum mengerti apa itu duit raya, malah tak boleh menilai apa itu duit. Bila diorang dah pandai bab2 duit ni, aku kena bg lah. Kang kesian pulak bila kawan2 kat sekolah bercerita... ayah saya bg banyak ni, mak saya bg byk ni. Gambar berbaju raya sekeluarga di 1 Syawal 1430 takde, tak pakai pun baju baru, aku baru nak potong bajuku yg kelabuhan itu di hari raya. Tunggu balik kampung baru melaram ngan baju baru.

2009-09-18

Menjelang Hari Raya

Keadaan di fakulti pagi ini amatlah lengang. Aku masuk opis dekat kul 10, tempat parking vip2 fakulti semuanya kosong, dah bercuti lah tu. Aku merupakan orang kedua yg key in no. staf kat jabatan. Hari ni aku pegi sekadar nak key in je sebenarnye, hehe. Cikgu2 kat nursery dah bgtau aritu, hari ni separuh hari je nursery bukak, kena ambik anak2 kul 12. Arggh... kami belum shopping raya! Sebelum ni mmg plan hari2 terakhir ni nak shopping time anak2 kat nursery. Tp smlm dan kelmarin dah dihabiskan utk hal2 rumah baru. Tinggallah pagi ni saje utk shopping berlenggang tanpa perlu bawa anak2 sekali. Suami lak ada hal pagi ini. Maka keseoranganlah aku pegi shopping last minit dari 10pg-12noon. Pegi pun takleh jauh le, setakat Jusco tmn u je. Shopping pun laju je, main ambik mana berkenan, berpatutan dan muat badan. Dapatla jugak beli sepasang sorang baju kebangsaan berwarna coklat kecuali Athirah. Takde saiz lak kurung utk Athirah, jd kubeli baju baby biasa aje tp ada sikit2 rona coklat. Handbag ngan sandal sempat kujeling saja td. Sepasang baju ni lah yg akan diulang pakai sepanjang majlis2 di bulan syawal thn ini. Bermula dgn kenduri aqiqah Athirah + majlis tunang adik ipar pd raya ke-4 ni, pastu majlis hari raya kat tempat keje dan juga rumah2 terbuka nanti. Kuih raya, aku hanya sempat beli mana yg di offer oleh kawan2 saje. Duit raya lak, aku tak menyempat nak g bank, cuma bahagian suami je lah yg ada + duit raya lebihan tahun lepas. Thn ni pun tak dpt bonus, paham2la kot kalo dpt sikit, hehe. Gitula sedikit sebanyak persiapan raya kami thn ni, mmg tak berapa ingat nak raya. Lepas ni nak kena pikir juadah pagi raya lak, hmm nak mkn ape ye.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.

2009-09-12

No 8, Jln PI ...

Selasa baru ni aku baru dapat kunci rumah yang ditunggu-tunggu. Setelah sekian lama menahan diri dari memikirkan hal ehwal rumah baru ni, hari ni barulah kami pergi menjengah rumah kami. Pagi2 lg aku siapkan nasi goreng utk Wardah, kul 10 kami hantar anak2 ke rumah sorg akak nursery mintak jagakan sampai Asar. Setelah sampai di rumah dan cek apa2 yg patut, kami panggil mr lee kontraktor pilihan pn. gra utk buat quotation. Maka dibawanya kami ke sana ke mari melawat rumah2 yg dia buat yg berlambak2 itu. Jiran sebelah aku, 39K... cornice satu umah, lawa le kabinet dia merah putih. Rumah pn. gra pun dibawa masuk, pintu kabinet belum pasang, warna ape tu gra, hehe. Rumah yg dah dihuni pun dibawanya kami terjah, huhu, kami yg tersipu2 malu. Setelah kepenatan dan kepeningan ke sana ke mari dgn mr lee ni, byk pulak plan kami yg berubah.

Konon2 kami nak wat grill wrought iron ngan en azhari ngan harga rm5500 tu. Pastu try mintak ngan mr lee 5k, dia bg rm5200. Pastu diomok2nya kat kami yg wrought iron tu takdela sehebat yg diperkatakan org. Akhir skali kami amik powder coating saje ngan dia.

Konon2 kami takmo wat cornice2 ni, nak jimat. Alih2 terbuat jugak, tp bukan satu rumah le, wat bawah je.

Konon2 kami takmo tinted tingkap lg buat masa ni, kalo ade duit terlebih di kemudian hari, baru wat. Tp terbuat jugak.

Itula tiga benda yg dah comfirm wat ngan mr lee termasuk wiring satu umah. Kabinet dapur belum decide lg. Setakat ni kami mcm takmo pecah bilik maid yg ada di wet kitchen tu, wat jemur kain sementara matahari naik kot, hehe nak save bajet sebenornye.

Lampu, kipas, langsir lum beli lg nih. Baju raya pun belum beli, inikan pula sandal, handbag dan barang kemas, huhu.

2009-09-09

Wardah dan Bedak

Sambil2 tunggu berbuka tadi, aku terdengar Wardah sebut 'onsa', 'sitah', 'maniah'. Aku duk fikir2, macam biasa aku dengar perkataan2 tu. Setelah diuji dgn beberapa perkataan lain yg seangkatan, memang betul sangkaan aku. Wardah belajar menda baru arini, sebut nombor dalam Arab. Sebelum ni dia dah pandai sebut 1,2,3...10 dlm BM dan BI. Yg ni kami ajar secara sambilan je. Sambil2 naik tangga, sambil2 kira. Lama2 dia ingat. Tp kami tak pernah lak ajar Arab punya, sbb perkataannya panjang skit. Dia belajar kat nursery lah tu, tp dia tak ingat sepenuhnya lg la. Kalo dia dpt ingat dlm masa terdekat ni, mmg kalahla mamanya ni. Aku dulu, masuk tingkatan 1 baru belajar nombor Arab.
Pasal bedak lak. Dulu aku pernah forward email pasal bahaya bedak talkum. Semalam lg sekali email pasal bedak ni menerjah inbox aku. Dan baru2 ini telah kutemui penyelesaiannya kalau nak pakaikan bedak utk anak2. Bedak Pure Cornstarch keluaran Pureen, memang besar2 dia tulis Pure Cornstarch kat depan botol bedak tu. Aku baru je terjumpa, taktaula kalo dah lama wujud. Ok, sekadar berkongsi.

2009-09-07

Kisah Zakat Fitrah

Suamiku bercerita, sorang subordinatenya pegi bayar zakat.
Amil tanya "Makan beras murah ke mahal?"
Dia jawab "Saya makan kat kedai. Saya makan mi je".

Heheh, wat lawak lak mamat ni. Tp kalau aku pegi bayar zakat sendiri for the first time rasanya camtu gak. Kalau makan kat kedai, mana nak tau kedai tu hidang beras mahal ke murah. Tp bukan byk sgt bayar zakat fitrah ni, bayar pun setahun sekali je. Kat Johor, kalau mkn brs murah - RM5 seorg, kalau mkn beras mahal - RM7.50 seorg.

Selamat Berzakat. Semoga Membawa Berkat.

2009-09-04

14 Ramadhan 1430

Ramadhan thn ni aku tak berkesempatan merasa puasa di kampung halaman. Hajatnya kami nak balik kampung 2,3 hari sblm raya, jd dptlah berpuasa sehari dua kat kg. Tp dah comfirm tak boleh, kebetulan thn ni suamiku kena shift time raya, boss nak suh keje mcm biasa raya nanti, tak dpt cutila, huhu. Jadi thn ni aku akan beraya di UTM, with my own little family, huhuhu. Nasib baik shift malam, merasa gak beraya di siang hari tu. Erk, taktau la boleh beraya tak siang hari tu, sbb malam raya tu pun suamiku keje, balik keje 7pg 1 Syawal. Buatnya dia nak qada tido, aku termenung je lah di hari raya. Kesian kan, duk kat M’sia pun takleh balik gak. Raya ketiga baru boleh balik.

Rindu gak aku nak puasa kat kg. Hmm rindu nak merasa air kelapa muda yg dipetik di belakang rumah, huhuhu. Puasa kat hometown aku ada satu kelainan yg takde kat tempat lain. Haa kelainan dia, bila menjelang imsak, bilal kat masjid akan bgtau “Wahai kaum muslimin dan muslimat, sekarang dah sampai masanya imsak”. Kuih muih lak, yg aku tak jumpa kat sini ialah sira nekbak. Kuih ni bukan favourite aku pun sebenarnya, tp asal bulan puasa je wujudlah kuih ni di pasaran. Mak aku pun suka je sediakan sira nekbak ni sbg juadah buka puasa. Kuih2 lain yg mak aku suka buat di bulan puasa antaranya sekaya dan tok aji serban. Bulan puasa kali ni aku tak berapa selera nak makan. Penangan tertekan menjelang viva aritu la nih, arini baru berselera skit. Nak buat keje2 rumahtangga pun rasa tak kuasa, huhu. Lepas viva aritu barula aku bersemangat semula nak menyediakan juadah kami anak beranak. Dapatla my little family merasa puding caramel ngan agar2 marble aku, hehe. Ujung minggu ni nak wat apa lak ye? Hmm penin jugak nak pikir juadah berbuka ni. Tu baru ujung minggu je tu, kalau hari2 taktau la. Sekian sahaja celoteh aku di pagi 14 Ramadhan.

2009-08-28

7 Ramadhan 1430

Alhamdulillah, syukur kupanjatkan kehadrat Illahi. Aku dah lulus viva, Alhamdulillah. "Tiada kekuatan dan daya melainkan dari ALLAH yang maha tinggi lagi maha mulia". 2jam jugakla perjalanan viva ku tadi. Hilang dah satu bebanan berat kat kepala. Punyala suka hatiku ni, keluar kete td pun tersilap pakai kasut sebelah, selipar sebelah, huhu. Hajat hati nak pegi berpoya2 bila dah selesai, tp terpaksa ditangguhkan dulu. Aku kena siapkan correction dlm masa sebulan ni. The degree will not be awarded if the candidate fails to submit within this period. "Ya Allah, permudahkanlah juga urusan ku ini".

2009-08-27

Budak2 main bedak


Athirah tdo kat r.tamu. Aku g solat. Suami lak main game kat bilik. Wardah b'main bebas. Sudah solat, kutengok separuh muka Athirah kena bedak. Angkara Wardah la ni. Bahaya betul tinggal diorang tanpa pantauan. Tp t'hibur gak skit hatiku yg gundah gulana ni tengok gelagat anak2. Anak2 pengubat duka...

2009-08-24

Si Puteri Bunga


Amira Al Wardah = Puteri Bunga

Ku ingat minggu ni malas meng update, tapi ada pulak perkara berbangkit yg ingin ditulis. Hehe, ni isu lama dah sebenarnya, pasal maksud nama Amira. Dah daftar nama baru aku perasan bila abang ipar aku sebut kat anak dia, ni puteri bunga ros. Masa tu dia datang melawat Amira masa baru lahir. Jumaat baru ni, aku jumpa Ketua Jabatan, KJ. Dia tanya nama anak2, maksud nama pun dia tanya. Pasal nama Amira ni, dia kata "takkan Puteri Bunga kot". Aku kata "hehe, saya beri nama ikut sedap dengar je". Huwaaa dapat komen pasal Puteri Bunga lagi. Memang betul pun Puteri Bunga, so aku tak ambik hati lah. Sebenarnya masa kupilih nama Amira Al Wardah tu, aku tak terpikir maksud keseluruhanya. Aku hanya ambik 2 perkataan yang membawa maksud yang baik. Kupilih Amira yg bermaksud pemimpin/puteri memandangkan dia anak sulung, besarlah harapanku supaya dia dapat menjadi pemimpin utk adik2nya nanti. Nak pilih nama bukan senang, maklumlah kena ada persetujuan dari suami pulak, yg kita berkenan dia tak kenan dan sebaliknya lah. Akhirnya dapatlah jugak nama Wardah yang dipersetujui kedua2 pihak. Jadilah Amira Al Wardah. Bagi aku bunga tu melambangkan wanita, jadi secara simboliknya Puteri/pemimpin Wanita la gitu maksud nama Amira. Jgn jadi Ketua Puteri UMNO sudah le, takmola politik2 ni. Abahnya kata, Amira nampak macam ada ciri2 pemimpin yg diktator, sbb selalu dia nak suruh org ikut cakap dia je. Nak try tukar panggil Wardah la pulak, tengok jadi bunga2 tak.

2009-08-21

My Dear Bath Tub


Ni gambar penuh changing table tu. Harganya RM329.90 kat sini, hhttp://www.s-emart.com/mall/index.php?app=goods&spec_id=44039, e-store ni kat johor, bahasa cina. Sblm beli ni, ada gak terjumpa yg org nak let go, RM120 tp dia suh amik kat umah dia kat shah alam, susah nak bukak katanya. Kat e-store lain harganya RM299.90, pastu kos pos RM15. Pastu aku terjumpa lak e-store yg kat johor ni, oleh kerana keterujaan aku ni, aku pun belila ngan yg kat johor ni dengan harga yg lebih mahal RM15, kos hantar ke rumah free, huhu aku bukan pengguna bijak. Tp kalau join membership dia, bayar RM10, dpt diskaun 10%, jd sama gakla regenye ngan e-store lain.



Tempat tukar diaper yg corak2 biru td tu boleh ditolak ke atas, kat bawah dia ada bath tub ni. Storage kat tepi2 bath tub tu aku wat letak apa2 yg diperlukan, mandian, minyak, losyen dll. Storage kat tingkat tengah tu bolehla letak tuala dan diaper.



Lepas mandi, tarikla semula tempat tukar diaper td ke bawah, tertutuplah sudah bath tub tadi. Tempat tukar diaper ni lembut ala2 kusyen gitu, material luar yg corak2 tu tak sure lak nak sebut apa, yg pasti bukan kain, mudah dibersihkan. Lap je kalau2 terkena kencing.



Lepas siapkan baby, air mandian tadi boleh dikeluarkan melalui tiub ni. Ok, selamat menjalani ibadah puasa buat rakan2 sekalian walau di mana anda berada.

2009-08-18

Athirah ~2 bulan


Athirah baru nak bangun pagi.


Athirah baru sudah mandi.


Dua tiga hari ni bersemangatlah aku memandikan Athirah. Sabtu aritu sudah ku angkat sebiji My Dear Changing Table with Bath Tub dari satu kedai baby kat Tmn Nusa Bestari. Setelah dua tiga kali guna, dapatlah aku simpulkan bahawa aku sangat suka guna benda ni. Inilah keselesaan dan kemudahan memandikan bayi yg aku inginkan. Lepas mandi, terus boleh pakaikan diaper kat changing table tu. Tiada lg tragedi baju atau tilam terkena air kencing Athirah. Kedai tu kata, produk ni sesuai sehingga bayi berumur 12 bulan. Moga2 dapatlah aku guna sampai setahun benda ni, jadinya tiadalah berlaku pembaziran. Membazir tu amalan syaitan! InsyaAllah tak membazir, dua tahun lg Athirah nak adik lg. Kalau ada rezeki, akan digunakan lagi dan lagi lah.

Semalam bawak Athirah check up kat klinik. Berat Athirah dah pun 4.9kg. Kena cucuk, satu kat peha kiri, satu kat peha kanan, nangisla dia. Aku sebenarnya agak seriau time doktor nak cucuk ni. Kalau masa beranak satu, aku duk jauh2, si suami yg tolong pegang anak kat atas bed. Tapi situasi skrg dah berubah, maklumlah pegi klinik di luar office hour, satu family la pegi klinik. Si mama bawak baby jumpa doktor, si abah melayan si Amira kat luar. Kenala aku hadapi jugak keseriauan itu. Apa yang penting? Kerjasama. Tak pun, kena pegi klinik time office hour, hmm bukan selalu pun pegi check up kan, acila curi sejam dua. Setakat pagi ni, Athirah tak demam kena cucuk, Alhamdulillah.

2009-08-14

BiNBiN


Pernah mkn mknn ni? Aku pernah mkn masa zaman kanak2 dulu. Well, entry ni takde kaitan ngan isu kepenggunaan pun, saje nak merapu. Arini Amira dpt jajan sempena bday kawannya kat nursery. Binbin rupanya nama mknn ni. Stlh sekian lama, aku terjumpa semula mknn ni masa pregnant Athirah, kat restoran Pak Ali. Masa pregnant, keinginan mkn tu sentiasa ada, maka merasalah aku mkn mknn kanak2 ni, hihi gelakkan diri sendiri.

2009-08-12

Tekun...

Minggu ni Athirah dah mula dihantar ke nursery. Sebenarnya aku belum naik keje pun lg, 21 Ogos ni baru naik. Hantar dia just utk train dia feeding dari botol. Masa Amira dulu dah merasa baby taknak nyusu dari botol, terpaksa aku bekerja separuh hari je dulu dlm 3-4 bln gitu, nasib baik tengah cuti belajar time tu.

Kesian Athirah, dia duk tidur je padahal nya kat nursery. Minum pun tak banyak, sekali pagi, sekali petang aje, susu pun dah berlambak dalam freezer. Kalau kat rumah kerapla sikit, sbb aku akan kejut dia sekali sekala. Seminggu dua yg ada ni bolehla jugak aku wat persediaan utk viva nanti, aku ni jenis takut bab2 nak kena present ni, asyik dup dap dup dap aje. Si suami pun dah merelakan diri utk memasak bila dia kat rumah supaya aku dapat menghabiskan masa dan tenaga wat keje je. Tekun ke aku wat keje? Skang baru peringkat panaskan enjin je, hehe. Akanku tekunkan diri ini. Tq tq… atas pengorbanan kalian. Sikittt je lg… nanti merdeka le... amin...

2009-08-08

Aku nak itu...

Aku mula mandikan sendiri Athirah masa dia 2 minggu. Masa Amira dulu mmg aku tak buat sendiri, so kekok la skit, lebih2 lg kalau pusat baby belum tanggal, gerunnn. Masa mula2 mandikan dia aritu, guna baby bath tub kat bilik air sambil duduk atas kerusi yg kecik tu. Aku rasa cara tu kurang selesa, sbb kedudukan kita mcm lebih tinggi dr bath tub tu. 2 minggu lepas tu, aku beralih kpd cara ni pula… mandikan dia di sinki lak.

Ya.. aku selesa mandikan baby sambil berdiri. Lg best kalau ada water heater kat bilik air. Rasanya mcm perlu jugak, lebih2 lg masa anak kecik gini dan tgh pantang ni.

Maka aku nak itu… water heater.


Kalau boleh, selagi anak tak boleh berdiri, selagi itulah aku nak mandikannya kat sinki. Tp sinki kat bilik air kecik.

Maka aku nak itu...



Bestnye kalau ada baby bath tub mcm ni kat bilik air, tempat tukar diapers pun ada. Kena renovate bilik air la jawabnye.. Bajetnya??? Berbaloi ke?? Bila anak dah pandai berdiri, tak guna dah. Kalau ada baby baru, baru guna balik. Sudahnya jd tempat rendaman kain agaknya.


Maka aku nak ini aje...



Kat mana ada ye?

Erk, tp kalau anak jenis obes, tak sesuai gak kot, pecah lak nanti tub tu, huhu.

Renungan: Manusia (aku le tu) tidak pernah puas dengan apa yg dimiliki.

2009-08-05

Viva

Viva? Perodua Viva ke? No komen, tak pernah naik pun.



Teringat zaman2 remaja dulu… lagu Viva Forever by Spice Girls

Do you still remember how we used to be
Feeling together believe in whatever
My love has said to me
Both of us were dreamers Young love in the sun
Felt like my saviour My spirit I gave you
We'd only just begun
Hasta Manana Always be mine
Viva Forever I'll be waiting
Everlasting Like the sun
Live Forever for the moment
Ever searching for the world
Yes I still remember every whispered word
The touch of your skin, giving life from within
Like a love song that I've heard
Slipping through our fingers, like the sands of time
Promises made, every memory saved
Has reflections in my mind
Hasta Manana, always be mine
Viva Forever, I'll be waiting
Everlasting, Like the sun
Live Forever, For the moment
Ever searching, for the world
But we're all alone, was it just a dream
Feelings untold, They will never be sold
And the secrets safe with me
Hasta Manana, always be mine
Viva Forever, I'll be waiting
Everlasting, Like the sun
Live Forever, for the moment
Ever searching, for the world



Smlm dpt call dari SPS, psl Viva voce PhD. Daku akan viva pd 27.08.09 ni. Slide nye belum siap lg, baru tulis tajuk je, seronok betul bermalas2an. Prof suh tambah lit. review pun belum wat lg, huhu.

Kembalikan fokus anda… Orang yg cemerlang sentiasa fokus pada kerja2 penting walaupun tidak seronok!

“Wahai Tuhanku, bahawasanya aku berlindung dengan Engkau dari kelemahan, kemalasan, ketakutan, kekikiran, kegundahan dan dari azab kubur”.

“Wahai Tuhanku, tiada yang mudah melainkan apa yang Engkau telah jadikannya mudah, dan Engkau menghapuskan dukacita dengan mudah jika Engkau kehendaki”.

2009-08-01

Pumping, Storing n Feeding

Mimi, soklan U psl susu tu I try jawab kat sini. I pun sebenornye baru kali ni nak practice bab2 pumping, storing and feeding ni. So rasanya perlukan komen dr ibu2 lain yg lebih berpengalaman gak, kot2 ada apa2 fakta dan cara I yg tak berapa betul. Btw, U boleh tengok gambo baby Athirah kat previous entry.

bluejeanss:i express susu pagi 2 oz sblh breast (sket kan?)

Ans: I pun selalu gitu gak


bluejeanss: pastu tghr i express sblh yg satu lg kan

bluejeanss: boleh campur tak dua2??

bluejeanss: i mean..yg pertama tu nk letak mana dulu..dlm fridge ek

bluejeanss: bila dh penuh br masuk dlm freezer??

Ans: I nye cara, lps pump terus masuk freezer, stkt ni mmg buat 2oz setiap satu tu utk sekali feeding. I guna bm storage bags instead of bottles, jimat skit space freezer.

Kalau pd suhu bilik, bm thn 4jam. So kalau perahan pertama ngan kedua tu within 4hrs, bole campur rasanya. I pernah baca kat susuibu.com, kalo ltk bm dlm fridge dulu, pastu nk campur ngan susu yg baru diperah, kedua2 susu tu kena sama temperature. So nye, susu yg baru perah tu kena masuk dlm fridge dulu. Agak2 dah sama suhu baru campur.


bluejeanss: i kena express 4-5 kali kot br dpt penuh dlm botol..(1 botol penuh dlm 5 oz kot)bluejeanss: atie..atie..g mana ni??

ati265: amira kacau laaa, suh bukak games

bluejeanss: agak dh

bluejeanss: i klu chatting pun kalu dok umah mmg takleh concentrate

ooo baby Sarah kacau ye, ke si suami kacau, eheheee


bluejeanss: skang kat skul

bluejeanss: atie..u jgn lupa jawab soklan i nnt..i kena balik dulu hubby nk solat jumat

bluejeanss: soklan i psl nk simpan susu yg dh express pg tghari mlm...boleh campur letak dlm 1 botol x?

Ans: Boleh. Jawapan seperti di atas.


bluejeanss: ok ek

bluejeanss: papaii

bluejeanss: eh tp sblm ni u kata sambil menyusu sambil express..tp u pki single ke double pumping niiii

Ans: pam spectra tu bole jugak nak pam single je. Tgh nyusu wat single je la. Time tak nyusu baru wat double.




Well ni dia bm yg berjaya dikumpulkan dr 17/07-31/07/09. Dapat dah 40 oz, cukup utk 1 minggu je kot ni.

2009-07-31

Athirah Al Husna


Ni gambar Athirah Al Husna masa beberapa saat selepas keluar dari alam rahim. Athirah lahir pada 22 Jun 2009, 1.46pm seberat 2.71kg, panjangnya 50cm. Penuh bersalut ngan lelemak. Masa bersalin Amira dulu rasanya takdepun lelemak ni, takpun nurse dah bersihkan dulu sblm bg aku. Org kata kalau minum air kelapa masa trimester ketiga pregnant, baby yg keluar bersih. Aku agak bersih dr lelemak ni la. Masa ngandungkan Amira ngan Athirah ni mmg aku tak minum mana pun air kelapa.




















Athirah (selimut merah) dan Amira (selimut putih) masa berusia 1 hari. Sama je mukanya.









Athirah ngan kakaknya Amira. Amira sayang kat adiknye ni. Selalu jugak Amira mintak nak riba Athirah, (nak cibe katanya sambil dia bersila). Kadang2 dia mintak nak riba masa Athirah tgh nak nyusu. Mulala dia mengamuk bila tak diberi, mmg menguji kesabaran.

Sejak jd kakak ni Amira dah pandai bgtau bila dia nak pee. Bagus... jimat skit diapers, cuma masa dia tido je kena pakai diapers, tu pun kena tunggu dia tido dulu, sbb dia mmg dah taknak pakai diapers kblkgn ni. Tp ada jugak kdg2 dia tak bgtau, apalagi terpaksa la mengemop. Tercetus idea di minda "Kena cipta auto mop ni" (ke dah ada auto mop di pasaran?). Kat nursery lak, cikgu kata Amira pandai berdikari, angkat beg sendiri, pakai baju sendiri sejak jd kakak. Terbaru cikgu kata dah pandai pukul org sejak jd kakak. Huhu, ni tak sedap dgr ni.






Level jaundice Athirah agak tinggi, mata putih dia mmg warna kekuningan, sangat merisaukan. Kena masuk wad masa umurnya 3hari, boleh keluar 2hari lps tu. Pastu masuk wad semula masa umurnya 9hari. Keluar semula 2hari lps tu. Habis kaki tgn nya kena cucuk amek darah.
















Athirah dah sehat, beratnya pada hari ke-40 ialah 4.5kg. Matanya pun dah kebiru-biruan, mata putihla tp nya. Pipinya pun dah membulat.















Setakat 40 hari berpantang ni, dah pernah 5-6 kali kot rasa menjaga 2 anak sendirian. Athirah baby yg baik, tak meragam pun, nangis bila lapar je stkt ni. Yg mencabarnya ialah menjaga kakaknya, La Dolce Amira. Tu pun weekdays dia duk nursery. Takleh bayangkan mak aku dulu camne berdepan ngan karenah anak2 sepanjang waktu.


















Gambar family! Seperti biasa, Amira nak riba adiknya. Tengokla apa jadinya, Athirah hanya mampu menjuihkan bibirnya, tak puas hati sbb 2-3kali snap, muka dia tak nampak pun. Mak pak nye lak nampak berlebih2an bergambor. Setakat ni baru sekali keluar berempat, pegi Jusco celebrate sempena abis pantang 40 hari. Nampak gayanya aktiviti outing kami empat beranak akan sedikit terhad lepas ni. Kalau kat shopping complex ok lg. Tp kalau kat tmpt crowded mcm psr malam ke, kedua2 anak mesti kena dukung, sape pulak nak bwk barang?