2012-06-29

Pilihan

Ada ke pilihan yg salah ye? Rezeki, jodoh, ajal dan maut Allah dah tentukan. Selagi pilihan tu masih dalam landasan-Nya, kira ok la kan.Kalau kita ada dua pilihan, mungkin destinasi akhirnya adalah sama cuma dua jalan yg berbeza ni memerlukan kita melalui cabaran yg berbeza kot. Penat nak pikir benda2 yg diluar jangkauan pemikiran ni. So hadapi je lah apa2 saja cabaran sepanjang laluan kehidupan ni. Jalan A mungkin ada semak samun, jalan B mungkin ada penyamun. Cabaran dan halangan perlu dihadapi, baru la sampai ke destinasi.

2012-06-27

MIL

Semalam MIL call. Setelah bg salam, Mak memulakan bicara dengan 'Mok ni'.

Saya reply 'Oooo' dlm kepala terbayang my mom, tp rasanya bukan suara my mom.

Rasanya MIL dengor ada nada ragu2 dlm suara saya, lalu MIL berkata 'Mok Abg Din ni...'

Alamakkkk. Nombor2 tak semua duk dlm sim card le ni, ada lg duk dlm hp lama, so tak keluar nama la. Laki bg hadioh henpun tahun ni, hp lamaku mana ntah dia simpan, kena cari balik nombor2 penting pasni.

MIL ada masalah, anak bongsunye masuk program persediaan utk buat medic, tinggal 1 sem lg tp dia takleh bawak, pointer pun rendah tak lepas 3, mungkin takleh masuk medic dah. Kawan2 yg seangkatan yg pointer rendah ngan dia ramai cabut dah, ambik program lain, ada yg pegi tempat lain guna kabel. Adik ni pun selalu nangis2, rasa down, rasa takmo teruskan, nak masuk matrik terlepas dah. So MIL cari saya kot2 boleh jadi kabel, kata keje kat U. Huuuu, saya takde kabel, takleh nak nolong. Nasihat dr abangnye, teruskan je la lg satu sem.

Asalnya adik ni tak tau nak pilih, medic atau engineering. MIL lak berharap adik ni dpt jadi doktor sorang. Adik beradik yg lain pun kata 'Baik mung ikut pilihan mok', so dia pun terima la program utk medic. Tp nampaknya rezeki adik bukan di situ, sedih pulak dgn MIL sekali pening.Takpelah keje doktor memang stress, Allah nak bagi yg lebih baik utk dia la tu.

Pengajaran:
1) Jgn lupa Mak kpd laki anda tu Mak anda juga, huhu.
2) Anak2 ku nanti, buat lah pilihan sendiri yg baik2 ye, mama bagi panduan je, huhuhu. Jangan lupa buat istikharah, niat lillahitaala dlm membuat pilihan.

Saya akhiri perbualan dgn MIL dgn meminta maaf kpd MIL sbb tak cam suara dia di awal perbualan tadi, huhuu.

2012-06-21

Kederat & Puasa

.Selsema-batuk-demam sekejap2-kurang selera-takde tenaga.
Bubur ngan kicap ni jugak yg sedap ditelan.

Dekat setahun dah tak puasa, sbb... hmm menyusu, rasa takde tenaga time puasa, alasan ada aje. Sekarang dah bulan Syaaban, tak lama lagi masuk Ramadhan. Rasa nak berjinak2 ngan puasa lah sebelum masuk Ramadhan ni. Baru mantap skit kot puasa sebulan nanti.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : ” Saidina Aisyah pernah berkata:Aku tidak pernah melihat baginda berpuasa sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat baginda berpuasa sunat di dalam sebulan lebih banyak daripada puasanya di bulan Syaaban” (hadis riwayat Bukhari)

Hadis ni pulak, Daripada Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila tinggal separuh bulan Syaaban janganlah kamu semua berpuasa sunat.”

Owh, kalo Isnin Khamis je tak banyak le boleh buat. Next time kena mula dari Rejab lagi.

2012-06-20

Minah Library

Mama jaga program kat Petrosains Jb akhir bulan 4 aritu, bawak Wardah sekali. Tempat mana yang menarik perhatian dia? Library

Tp dia duk mengadap buku2 dia je. Minah Library ke Wardah ni, hmm tak tau la kan

Pastu g masuk Petrosains, dia suka jugak main2 kat situ, tp tak cukup ketinggian nak main

Berjaya solve puzzle ni, mama yg solve kan

Wardah kata 'Mama, nak pergi lagi tempat keje mama, kakak suuuke sangat'. Ikut mama jaga test pun suka jugak, nak ikut lagi, hahaha.

2012-06-17

Zaman Athirah

Setiap anak ada fasa dia masing2. Macam Wardah sekarang mama dah rasa lega, rasa macam dah lepas fasa kesusahan menghandle nya. Tp sekarang Athirah lak ambik giliran dia. Kadang2 mama tak faham dia cakap, taktau dia nak apa, kadang2 tak berjaya pujuk dia.
So sekarang zaman Athirah menguji kesabaran.

2012-06-14

Peneman mama

Ini Wardah, best gak anak dah besar skit ni. Dia balik sekolah kul 5, adik2 dia kena ambik sebelum kul 6. So ada masa berdua ngan dia tak sampai sejam sblm ambik adik2. Apa mama buat ngan anak besar mama ni? Selalunya time abah dia keje ptg le mama spend masa ngan Wardah gini:
1. Biasa mama ajak dia teman mama pegi hantar cuci kete.
2. Pegi makan2 berdua ngan dia, yg ni baru 1 kali buat.
3. Pegi shopping, haha ni shopping barang keperluan yg dah habis yg tak sempat tunggu weekend je.

Selalu yg no. 3 tu risau skit nak bawak, mesti byk habis tang kehendak2 dia. Tp sekarang dah ok, mama cakap takleh banyak, beli 2 je, kalo beli byk nanti duit habis, takleh beli lg dah. Atau mama cakap yg ni mahal, takleh beli. Okla dia boleh terima.

Hmm best la anak dah besar sket ni, next time boleh ajak dia shopping betul2 plak.


2012-06-09

Presenting Sotong

Potong sotong jadi bentuk 4 segi, kelar petak2, bila masak jadi mcm ni
Potong sotong bentuk memanjang, bila masak jadi macam ni
Bentuk apa2 pun, masuk perut jadi sama jugak, hahaha.

2012-06-05

This Week Task

16 project nak kena nilai, baru siap satu. Rasa lagi rela marking 100 exam paper dari mengadap mende ni. OoO this is part of my life.

2012-06-03

Bintang Kebaikan

Mama bg sticker bintang kalo kakak2 ni menyenangkan hati mama. Wardah semangat kumpul bintang, kadang2 dia volunteer nak tolong2 mama. Dia dah dpt hadiah utk 10 bintang pertama dia, mama gantikan tudung dia je sbb tudung2 dia dah berketot2 awningnye, hehehe. Athirah macam belum reti lg, dia dah dapat beberapa bintang tp dia g cabut2 pulak.

2012-06-02

Imam

Geram budak gigi 5 putung ni, suka gigit orang.