2010-01-20

3 Safar 1431H



Hmm lama dah takde citer psl Athirah. Athirah skang dah ligat mengengsot. Rasa ada ambik video dia merayap2 aritu, tp tak jumpa lak. So saya letak je la video Athirah tgh buuu buu ni. Kdg2 kita tgh tido, tiba2 dgr dia duk ek, ek, ek; tengok2 dia takde pun kat sblh tp ada kat tmpt lain. Athirah jugak dah start mkn skang ni, kalau kat meja mkn smgt la dia nak ambik mknn kita dlm pinggan. Hmm itulah dia perkembangan terbaru psl Athirah.

Seterusnya, psl Wardah lak...



Shopping bersama Wardah agak seksa skang ni. Dia dah mula mintak mcm2, sekali tu dia nak mainan lori ngan pistol air. Huhu, tak berjaya kami nak pujuk itu hari, terpaksa beli jugak mainan budak lelaki tu. Di hari lain pulak, dia berkenan set meja budak kat Jusco. Sementara tunggu abahnya ambik troli, dia usaha ambik kerusi yg display tu nak masukkan dlm bakul, huhu. Kali ni pulak, Wardah kena jln sendiri sbb takde troli. Mcm2 dia nak, abahnya bertindak kejam suh Wardah bawak sendiri menda yg dia nak. Dia dpt bwk 2 kotak biskut je, kesian saya tengok Wardah dgn sungguh2 berjalan sambil bwk kotak2 tu mengikut abahnya ke kaunter. Sampai saat2 akhir nak byr, baru abahnya ambik brg Wardah tu. Kalau Wardah dah pandai pegang duit sendiri, mesti dah kena bayar sendiri ni.

Skrg psl mamanya la pulak. Hujung minggu baru2 ni saya pergi mengorder dryer, smlm baru sampai. Since selalu aje baju2 tak terjemur dgn segera, dryer lah yg jd penyelesaiannya. Siap gaduh lg ngan suami sbb nk beli dryer, kui kui, tp dah baik dah. Smlm saya try la guna dryer ni, tp saya tertidur sblm siap baju dikeringkan. Terjaga pukul 5, dgn semangatnya saya turun ke dapur nak tengok hasil pengeringan dryer tu. Alhamdulillah, dryer itu berjaya menyelesaikan kerja2 menjemur di rumah ni. Implikasinya....



Haa saya jugak ada masa menggoreng karipap utk sarapan pg. Lihat, ternyata dryer itu membawa kebaikan utk saya dan jugak keluarga kan. Tinggallah bakul2 kain ini yg menagih simpati, minta dibawa naik ke atas.

2010-01-14

Secawan kopi

Duduk rumah dua tingkat ni leceh skit bab turun naik tangga. Pg2 time bersiap nk g kerja lgla malas nak turun naik. Selalu saya siap2 bawak naik termos berisi air panas sblm tidur. So pgnya takyah la nak turun dapur wat air, dapatla jugak suami saya merasa air tangan saya walaupun hanyalah kopi 3in1, huhu. Bukan saya taknak buat nasi lemak ke apa, tp suami saya mmg jenis tak suka sgt mkn pg2, hehe.

Kdg2 masing2 lupa nk wat naik air panas tu, saya pun mulala mintak suami wat sendiri kopi 3in1 nye di dapur, sesi bersalaman pun kat level atas je, hihi. Waktu saya turun level bwh, suami dah pun pergi kerja, selalu ada terhidang secawan kopi utk saya.



Bukan saya tak biasa mintak tolong suami buat air, itu ini, tp melihat secawan kopi itu dipagi hari tanpa pembancuhnya di sisi membuatkan saya rasa ... rasa apa ye? Terharu? Syahdu? Secawan kopi itu telah membawa saya merenung diri saya di pagi hari, 'Terukkah saya ni, kopi 3in1 je pun takleh tolong buatkan.' The other side of me lak kata 'Bukan taknak buat kopi tu, masalahnya kekangan masa dan nak jimat tenaga.'

Hmm apa2 pun bg saya, perkara yg dibuat dgn penuh keikhlasan akan sentiasa diingati dan dihargai walaupun hanyalah secawan kopi.

2010-01-10

Aktiviti Sabtu

Hari Sabtu minggu ni, aktiviti kami sekeluarga adalah makan. Bermula ngan pergi kenduri di rumah mertua Arina, pastu kami terus ke Kluang utk memenuhi undangan kenduri kahwin kawan kerja En. Din. Hmm dua kali kami mkn nasi dlm masa beberapa jam. Tahniah kpd keluarga pengantin.

Kat Kluang ada Radix Fried Chicken (RFC), satu2nya cawangan kat Johor kalau tak silap. Lokasinya depan Kluang Mall, jd alang2 dah sampai sini kami pun singgah lah di RFC, pengguna setia HPA la katakan, hehe. Memandangkan perut dah kenyang, kami pun tapau je la.. mkn on d way balik. Dekat simpang lg satu lak, ada Radix Chicken House. Menunya nasi ayam kot, memandangkan dah dua kali mkn nasi kami tak singgah lah situ. Mungkin lain kali yg entah bila waktunya.



Menu diorg ni mcm copy n paste KFC je. Hehe, takpelah kami sokong je, at least kelainannya ayamnya organik plus takde kandungan MSG dlm masakannya. Kami try menu ni



Rasanya ok lah ayam, nugget, mashed potato nye. Kalau ada RFC kat area Skudai ni, kami akan pergi RFC lah berbanding KFC. Tp wedges nye kami lebih suka cheezy wedges KFC. Komen tmbhn En. Din lak 'Pekerja KFC muda2, cergas je wat keje. Kat RFC ni tua2 skit, badan besar2, takleh jln laju2.' Huhuhu, apa2la.

Alang2 dah lalu Air Hitam lak, kami singgah la di tempat jual seramik2 kat air hitam tu. Zaman saya skolah dulu, makcik2 suka la wat rombongan shopping kat Air Hitam ni. Skang diorang lebih suka ke Nilai kot, sbb lg besar. Sbnrnya rasa malas skit nk shopping sambil kelek anak ni tp memandangkan En. Din kata 'Kalau ada berkenan beli la, lain kali taktau lg bila boleh dtg.' Hmm jd saya shopping la jugak skit2. Buat pertama kalinya saya membeli pasu dan bunga utk hiasan rumah. Oohh rasa mcm agak dewasa berbunga2 gini. Inilah dia hiasan pasu kayu dan bunga saya



Hmm byk lg kosong divider saya tu, letak frame gambar je lah kot. Belum habis kemas pun lg nih, siap ada buku nota lg kat atas divider tu, hihi.