Showing posts with label Anak2. Show all posts
Showing posts with label Anak2. Show all posts

2012-05-09

100% Teaching Week

Athirah kena hfmd, jangkit ngan budak kat taska. Tp bintik2 yg dia dpt tu sikit je, atau tak naik abis lg? First time anak2 ku kena ni. Ulser kat mulut dia pun doc kata tak banyak, tp dia fobia nak makan sejak Sabtu malam aritu. Minum pun kena paksa through syringe, kadang2 dia rela je, kalau time dia tak rela tu, memang ngamuk2 susah nak pujuk. Semalam bawak g klinik, doc suh masuk wad sebab dehydrated. Pegi PSH, dia kena masuk isolated ward kena masuk air tp wad penuh, so transfer ke JSH, masuk wad kul 3 semalam. Mama jaga sampai Isyak, pastu abah jagala sebab komitmen mama terhadap Imam perlu diutamakan. Esok ngan lusa taska tutup, mintak cuti tanpa rekod le, pegi kelas je, abis kelas cabut. Minggu ni mama 100% teaching. Minggu depan? Yg 2 org lg ni ada risiko berjangkit gak ni, adoila.

2012-05-01

Lagu untuk anak

Saya baru perasan, saya suka nyanyi2 gini utk Imam: Imam anak soleh, iya iya oo (Nyanyi mcm lagu old mcDonald) Masa Wardah kecik dulu kitorang suka nyanyi: Amiiira, kaulah sinar hidupkuuu (Lagu Azura) Hmm zaman Athirah takde lagu, sian plok, mulai hari ni saya akan nyanyi lagu ni utk Athirah: Athirah anak baik, anak baik, anak baik (Nyanyi macam lagu London Bridge)

2012-04-23

Lagu kanak2

Baru2 ni Imam kepal2 tgn dia. Teringat lagu yg my mom nyanyi utk adik2/anak2 sedara dulu2: 'Cekur dan gamit, gali cekur tanam kunyit, nasi dappur abih angit, balik mok godang adik' Ish, adik plok kena godam. Ikut carian di google, ayat yg last tu 'Adik cekur abg gamit'. Ayat first tu ada yg tulis 'Cekur udang gamit'. Taktaula yg mana lirik asal dia. Jumaat baru ni nampak Imam tepuk tgn, lagu yg sesuai, tepuk amai2 la, biasa dgr yg tu kan. Byk lg lagu2 yg my mom pernah nyanyi utk anak2, antaranya: 'Pap pap pap, bunyi itikku, berenang2 di dlm kolam, sungguh pandai itikku berenang, bila lapar ia pulang.' 'Se nde dua nde, patendu patende, bulu ketam masin, malikin congak, anok kucing celup bear.' (Taktau maksud mende lagu ni) Rajin org dulu2 nyanyi2 utk anak. Lagu omputih pun byk gak kan utk anak2 ni. Saya pulak, rasanya kalau nyanyi utk anak pun, tepuk amai2, twinkle2, satu2 sayang Allah, tu je kot. Tak pun pasang je dr pc, huhu.

2012-04-15

Imam nak join je

Bila Wardah tgh tulis2, Imam suka pegi nak ambik pensil kakak, sumbat dlm mulut. Bila Athirah main blocks, Imam suka pegi robohkan hasil yg kakak dah buat, pastu dia gerakkan mcm main kereta. Pastu adalah bunyi suara 'Imam ni kacau...' Smlm kakak2 main masak2 sama2, pastu Imam merangkak2 nak pegi kacau, pastu kakak2 lari naik main atas sofa sambil bergelak ketawa 'Lari, tu ada buaya, hahaha.' Kalau time mama masak, Imam mmg tau cari mama kat mana, mama selalu tutup pintu ceruk dapur, taknak bg Imam kacau mama berkarya di dapur. Imam bukan nak kacau, Imam nak join je, mungkin itulah kata hati Imam.