2012-04-29

Imam penyelamat

Dalam sestengah situasi, mama sifatkan Imam sebagai penyelamat. Contohnya, kalau Imam duk bertempek ngan mama, pastu kakak2 berak. Hmm selamat lah mama, takyah basuh berak kakak, serah kat abah la. Arini pegi wat passport, next week nak pegi Brunei. Awal pagi kitorang pegi, penuh orang tunggu nak masuk bangunan. Nasib baik ada Imam, sbb baby2 yg nak buat passport dpt masuk dulu, dpt nombor khas. Ya, Imam adalah penyelamat.

2012-04-28

Air sebagai perakam

Air bersifat perakam. Sebab tu nak berubat guna ayat quran misalnya, ayat2 quran dibacakan pada air dan diberi kepada pesakit. Air yang terbaik; air zamzam dan air yg dibacakan kalimah Allah. Air yg diucapkan kata2 positif juga lebih baik berbanding air yang diucapkan kata2 negatif. Pastikan anda merakamkan yg baik2 ke dalam air anda. Ada sorang perunding motivasi cakap, budak2 yg bawak air masa kelas, masa study tu bagus juga sebab air kan boleh bertindak sebagai perakam.

2012-04-24

t_n


Insaf mendengar berita2 kematian. Everybody will reach his/her real, unknown value, t_n. Nobody knows what value it takes, except Him. Let's prepare the best for it. Rukun2 Islam, amal ibadah, anak2 soleh yg mendoakan, ...

2012-04-23

Lagu kanak2

Baru2 ni Imam kepal2 tgn dia. Teringat lagu yg my mom nyanyi utk adik2/anak2 sedara dulu2: 'Cekur dan gamit, gali cekur tanam kunyit, nasi dappur abih angit, balik mok godang adik' Ish, adik plok kena godam. Ikut carian di google, ayat yg last tu 'Adik cekur abg gamit'. Ayat first tu ada yg tulis 'Cekur udang gamit'. Taktaula yg mana lirik asal dia. Jumaat baru ni nampak Imam tepuk tgn, lagu yg sesuai, tepuk amai2 la, biasa dgr yg tu kan. Byk lg lagu2 yg my mom pernah nyanyi utk anak2, antaranya: 'Pap pap pap, bunyi itikku, berenang2 di dlm kolam, sungguh pandai itikku berenang, bila lapar ia pulang.' 'Se nde dua nde, patendu patende, bulu ketam masin, malikin congak, anok kucing celup bear.' (Taktau maksud mende lagu ni) Rajin org dulu2 nyanyi2 utk anak. Lagu omputih pun byk gak kan utk anak2 ni. Saya pulak, rasanya kalau nyanyi utk anak pun, tepuk amai2, twinkle2, satu2 sayang Allah, tu je kot. Tak pun pasang je dr pc, huhu.

2012-04-17

Koleksi ceruk dapur

Sejak dah byk gigi, Imam pilih makanan. Bg biskut baby dia taknak, bg keropok mony dia nak. Suap bubur taknak, bg jemput2 nak. Mama campurkan bubur dia dgn gandum skit, buat bulat2 pjg, bakar. Maka terciptalah jemput2 bubur nasi utk Imam

Tok buat keropok lekor during her visit baru2 ni. Ada sagu lebih, mama try buat keropok lekor skali, tak susah mana, bab melapah ikan je mencabar skit

Ini pop corn mama buat. Excited berjaya pop the corn.

Ni gambar dah lama ni, roti xjala dan kebab

2012-04-15

Imam nak join je

Bila Wardah tgh tulis2, Imam suka pegi nak ambik pensil kakak, sumbat dlm mulut. Bila Athirah main blocks, Imam suka pegi robohkan hasil yg kakak dah buat, pastu dia gerakkan mcm main kereta. Pastu adalah bunyi suara 'Imam ni kacau...' Smlm kakak2 main masak2 sama2, pastu Imam merangkak2 nak pegi kacau, pastu kakak2 lari naik main atas sofa sambil bergelak ketawa 'Lari, tu ada buaya, hahaha.' Kalau time mama masak, Imam mmg tau cari mama kat mana, mama selalu tutup pintu ceruk dapur, taknak bg Imam kacau mama berkarya di dapur. Imam bukan nak kacau, Imam nak join je, mungkin itulah kata hati Imam.

2012-04-07

Penawar Demam

Bila anak demam, rasa tak keruan je kan. Selain ubat klinik atau coolfever, ada juga bhn2 dapur atau bahan semulajadi yg boleh digunakan utk mengurangkan panas badan, antaranya: 1. Air paip - selalulah basahkan kepala anak supaya proses pengaliran haba berlaku lebih cepat. 2. Asam jawa - lumurkan kepala anak dgn air asam jawa. Kalau buat minum boleh sejukkan badan ke yer? Tak sure pulak. Sedap jugak minum air asam jawa. 3. Barli - minum air barli boleh sejukkan badan, boleh buat bubur utk si anak jugak. Tp ada sumber mengatakan ibu menyusu tak elok minum air barli, lupa dah kenapa. So tak sesuai la kalau nak salurkan melalui susu ibu. 4. Madu - goncang madu dgn air, tp utk bayi bwh 1 thn tak sesuai bg madu. 5. Kelapa - air kelapa juga boleh sejukkan badan, tp buah kelapa bukannya ada kat dapur. Pokok kelapa dah tanam dpn rumah saya, 2-3 thn lg bolehla saya cuba kaedah ni. Hmm tiap2 hari saya pandang pokok kelapa tu dr jauh, nampak sama je, akan besar dan berbuahkah ia?

2012-04-04

Anak tak sehat

Byk bekerja dr rumah akhir2 ni. 2 minggu lps, ada 2 hari Wardah ngan Imam berak2. Kebetulan abah keje ptg, so abah jaga anak pg sbb pg mama ada kelas, ptg mama jaga. Ada meeting hari tu, ptg, saya bgtau kat pengerusi, 'Saya takleh dtg, anak tak sehat.' Ada meeting ngan student PSM jugak, saya sms 'Minggu ni cancel meeting, anak saya tak sehat.' Minggu lps byk duk rumah jugak lps abis kelas, sbb my mom dan adik2 ada dtg. Minggu ni Imam demam pulak, kebetulan jugak abah keje ptg, so kod amalan 2 minggu lepas diaplikasikan lg. Pg ni sepatutnya ada meeting, tp postpone ptg karang, segan plak rasa nak beri alasan yg sama lg, hmm tinggal kat Pok Eri la sejam dua. Pastu dpt sms big boss nak jumpa plak, saya reply, antara isi sms tu ialah 'anak tak sehat', huhu terpaksa lah. Gitula keadaan ibu2 kan, diluah mati emak, ditelan mati bapak rasanya. Nak tinggal anak yg tak sehat tak sampai hati pulak. Moga2 mereka2 yg terlibat memahami la situasi ibu2 muda a.k.a pensyarah2 muda ni, huhu.

2012-04-02

Cari menantu?

Kelmarin Wardah tanya mama, 'Mama, bila kakak besar nanti kakak kawen ngan sape?' Mama fikir2 err... dan berkata 'Dah besar nanti kakak tahu lah siapa, kakak kawen ngan org soleh eh.' Athirah lak ada peminat, namanya Zubir, 4 thn umurnya. Dr thn lps lg Zubir ni duk pimpin tgn Athirah, tolong angkat beg la. Thn ni Zubir masuk tadika sesi pg, ptg masih sama taska ngan Athirah. Kalau mama tanya 'Athirah main ngan sape arini'. Athirah mesti jwb 'Ebir.' Ooo diorg masih lg main sama2. Cikgu kat taska pun slalu duk sakat pakwe, mak mertua. Zubir ni anak kpd psgn ustaz dan ustazah, hmm calon keturunan baik2 dah ni. Td lak masa mama duk ikat rambut Wardah, Wardah ckp 'Mama, nanti kakak kawen kakak nak rambut goyang2 mcm ni.' Alahai penat melayan. Pegi hntr Wardah pg ni pulak, tak lama lps kami sampai kat tadika, kwn sekelas Wardah sampai, budak lelaki Fahim namanya. Wardah mcm malu2 nampak Fahim, rasanya Wardah ada hati kat Fahim ni. Mama buat kesimpulan bhw kanak2 umur 4-5 thn ni dah mula ada perasaan gitu, apa harus dibuat?