2012-12-29

Bbq

Menu bakar2 depan rumah ini malam disinari cahaya bulan

Kerang, udang, sotong, ayam, pari & ubi kayu. Bosan lak ratah lauk je, ubi kayu is the best. Memang takleh lari dr unsur2 karbohidrat si mama nih. Next time leh try kentang, keledek, labu lak. Teringat jacket potato kat Norwich, bakar kentang, sumbat tuna ngan cheese.

2012-12-09

lepak


Ibu2 melepak, bapa2 layan anak2 main. Teringin nak bersenam2 kat sini, tp kali ni kena simpan tenaga, dah niat nak masak utk in laws balik nanti.

2012-12-08

welcome mom

'Mak dah nak sampai kejap lg, macam mana nak hilangkan bau hapak ni?'
Iklan apa ye tu? Febreez kot. MIL is coming. Welcome Mom, hope u enjoy your days with us.

2012-11-27

Ready???

Persoalan yg bermain2 di pikiran 2-3 hari ni... ready kah.. for the next baby? Hihihi, biology badan dah ready, cuma... mental dan fizikalnya... itulah yg membuahkan persoalan di atas. Si abah semangat nak another boy, nama utk next boboi pun dah ada. Si mama ... lebih kepada akur saje, mungkin selagi kuota cuti bersalin masih ada, selagi umur belum 35, maka masih adalah sesi bersalin ku itu, 2 kali lg la tu. Yg selepas tu, fikir kemudian lah. Niat dulu... semoga anak yg bakal diperolehi menjadi muslim dan mukmin sejati.

Kuliah petang ni tak prepare lagi...., kat opis sudahkan keje opis, kat umah duk mengempengg je tak habis2, ni buat rasa tak ready ni.

2012-11-12

skyfall


5 tahun dah mama tak tengok wayang. Ada date arini, teman abu imam tengok pakcik bond. Mama macam nak tengok madagascar ke, nemo ke, hehe jiwa budak2 lg ke? Takdela budak2, tak kuasa nak tengok org berlawan tembak2 ni. Tp enjoy gak nengok pakcik bond ni.

2012-10-21

Imam Takde Kawan


Imam dah 1 tahun setengah. Ikut pengalaman lepas, dah boleh dpt adik dah ni. Tp kali ni makcik p tak datang2 pun lg, buat PT negative. Lama la skit kot rehat kali ni, rezeki jugak, Allah bg mama rehat, alhamdulillah. Imam kuat nyusu kot ni, tp kadang2 risau juga kot2 mama ada problem kesihatan lain. Harap semuanya normal lah. 'Sian Imam takde kawan.' kata si abah.

2012-10-12

Pendukung

Time keluar, slalu Mama lg suka dukung si kecik drpd pimpin tgn/handle si besar. Si kecik diam je duk atas dukung, yg besar sorang tarik sana sorang tarik sini time jalan. Time shoping barang pun mama lg selesa dukung si kecik drp tolak troli. Gambar hiasan, abah bersama anak2 dan anak sedara jalan2 di taman. Gambo Senget pulak, tak reti nak rotate.


2012-10-07

Cuci mainan

Sumbat je la dlm mesin basuh mainan budak2 ni, putar 1round, switch off. Bingit telinga, tetiba teringat mr. Bean hihi. Siang nanti jemur lak.


Apa Nak Buat

Banyak tudung2 tersadai dlm almari, kain elok lg tp awning nye ketot. Sekarang mama pakai tudung soft awning plak, senang, sbb suka sumbat dlm mesin basuh je, paling best yg denim. So, apa nak buat dgn tudung2 yg tersadai tu? Tadaa...

Mama ejas jd tudung si kakak, pakai ngan anak tudung sedia ada. Tp jahitan mama tak cukup kemas lg, tak berkesempatan nak practice. Kalau berkesempatan ni, mesti anak2 jd mangsa rekaan fesyen si umi amira (nama manja baru) ni.

2012-09-29

Siapa punya ni?

Sampah siapa masuk dlm pagarku ni? Nasib baik plastik pembungkusnye je. Jiran sebelah punya kot ni, Kikiki, pandai2 je wat assumption. Pok eri tengok mesti kata aku punye ni.


2012-09-22

Berangin Beregame

Pagi ni nak keluar breakfaST, abah le yg ajak, kata kul 11, then dia naik atas ngadap. Memang aktiviti ngadap abah tu musuh emosi mama la. Tengok keadaan jugak, kalau tgh relax2 tu ok je, syukur je sebenarnya hobi dia kat rumah je. Emosi mama terganggu, abah kata 'Mama ni byk angin la.'

Kat tempat makan tu ada gerai nama Beringin Mastanah, abah kata 'Kalau mama buka kedai, bg nama Berangin Anati eh, letak byk kipas biar berangin2.' Mama lak kata 'Kedai abah bg nama Beregame Kamarudin eh, sediakan banyak2 pc ke, ipad ke, customer leh main game sambil nunggu.' Hihihi seronok lak leh luahkan ketakpuashatian sambil gelak2.

2012-09-21

How will it flow?

Yakin bahawa percaturanNya adalah yg terbaik. Walau di mana saja aku, for better or worse, bahagiaku tetap ada, tatkala sujud padaMu. Mode dpt task baru, just go with the flow.

2012-09-17

Pulut Nyor


Breakfast pg ni at 7.30am. Rasa terror je dpt buat breakfast di hari kerja. Tp sebenarnya simple je ni. Ikan goreng semalam punye, sementara mandi masak pulut, nyor gaul2 je dgn garam gula, siap.

2012-09-11

Breakfast

Breakfast dulu sebelum pegi skolah

Telur separuh masak je.

2012-09-09

Pulut

Akhir2 ni didapati si mama gemar makanan berasaskan pulut. Ketupat palas makan ngan ikan goreng, mmm sedap. Lemang pun suka gak, kalau dulu makan sekeping dua cukup la. Sebelum2 ni time balik kg beli la jugak lemang kat kemaman kalo tak sempat beli buah tangan utk parents, beli utk sendiri makan tu takdela. Aritu time abah tanya nak kirim apa kat pasar malam, mama kata 'kalo ada ketupat ke, lemang ke buleh gok'. Haha padahal dah tau takde pun. Mama nampak kat Kangkar Pulai ni ada jual lemang sejak puasa aritu, malam ni sempena takde idea nak makan apa, layan selera pulut mama la, lemang sebatang

Tak cukup sebatang rupanya.

2012-09-08

semput dah

Wardah, awal thn aritu, pg2 ari skolah nak mandi sama2 ngan mama. Lepas2 tu berubAH nak mANdi ngAN imam lak. Pastu baju utk ngaji nak sama ngan mama (sama warna je la). Lepas cuti raya, nak sama baju ngan Athirah lak. Macam2 perubahan yg tak terjangka, terganggu jugak sikit setting kepala mama di hari bekerja.

Athirah, keluarjangkaan dia lg hebat. Aritu mama wat susu, tp dia nangis taknak sbb taknak letak air panas. Kadang2 nak basuh berak sendiri. Ada lg la hal2 lain tp tak ingat dah, nak dukung la, macam2.

Imam sama je sepanjang masa tp dia paling awal bangun pagi2, nak bertempek ngan mama je pagi2.

Semput rasa terutama di pagi hari.

2012-09-05

bahagia

Dalam drawer

Budak2 bahagia bila... dpt main ntah apa2.

2012-08-23

Haluih je

Hasil duit raya anak2 dara tahun ni & tahun lepas, lekat celah gigi ipar duai ku je, huhu. Kakak pandai dah nak gelang jugak bila tengok spupu spepet dia pakai gelang. Pakai yg halus mulus ni dah le anak2 oi.

2012-08-18

Syawal is coming

Lepas bbuka semalam abah jenguk2 anak bulan, katanya 'arini kang org tengok anak bulan.' Mama kata 'Esok la.' Dlm bulan Islam, tak 29 hari, 30 hari, so confirm la ahad raya. Tp kenapa diorg tengok anak bulan pd hari ke 30, bukan pd hari ke 29? Kalau tak nampak anak bulan, puasa jd 31 hari ke????
Arini masuk hari ke 30 puasa, puasa penuh mama, Wardah puasa kat skolah je. Syawal, bermaafan, bertemu keluarga, sanak saudara, rakan taulan, erk kalaula aku rajin berjalan. Banyak juga org bersedekah bulan syawal ni, bg duit raya kpd golongan anak2 menjadi kebiasaan. Boleh puasa lg, puasa enam. Selamat hari raya, mohon kemaafan.

2012-08-17

Ramadan is leaving

Nak abis dah ramadan ye. Esok tengok anak bulan, lusa dah raya kalo ikut kalendar. Malam ni nak gerak balik kg, esok bbuka di rumah mil, first day raya dirumah my parent. Kalau raya hari ahad, tak dpt le merasa buka puasa dgn my parent thn ni. Kalau diikutkan, buka puasa, makan je, tp bila bulan puasa, rasa sgt best kalau dpt bbuka ngan family, masakan emak kan. Meriahnya lain bulan puasa, ramai2 nunggu azan then serbuu.. pinggan penuh kat sink takde org serbu, haha. Anak2 dara jd mangsa basuh pinggan. Harap bertemu lg dgn ramadan thn dpn, ramadan yg lebih baik insyaAllah.

2012-08-12

Malam al-qadar

Ada petua rupanya dlm mencari malam alqadar. Sempat terbaca td, kalau puasa pertama adalah hari sabtu, malam alqadar berkemungkinan jatuh pd mlm ke-23, semalam! Ini berdasarkan pengalaman para2 solihin dulu2, wallahua'lam. Semalam memang terlintas di hati ini pasal lailatulqadar melihatkan keadaan cuaca yg mendamaikan. Siangnya memang penat mengadap keje sepanjang hari, tp syukur malamnya ada kekuatan bangun solat. Sempat la terawih ngan witir, pastu rasa lapo, g makan biskut cicah air, ehehe. Sepanjang malam duk fikir pasal tanda2 lailatulqadar. Kudengar keadaan sekeliling, sesekali cengkerik, pok ke angguk dan cicak berbunyi2. Kukira mereka bertahmid pdNya mungkin. Teringin jugak nak jenguk luar tingkap tp tak berani. Arini pun redup je cuaca, jika benar semalam, owh daku bertemu lailatulqadar ke ni? Tp sayang, kesempatan yg ada tak digunakan sebaik mungkin gara2 lapar perut. Tak pasti lah dah lailatulqadar ke belum, memang ada yg kata dia rasa semalam. Mama bgtau abah, abah kata patutla dia ngantuk lain macam semalam. Dah atau belum, harap2 dpt tingkatkan kualiti di ramadan yg tinggal beberapa hari je lg ni.

10 akhir

Siang td redup je, selalu cuaca panas terik. Tertanya2 jugak, petanda lailatulqadar kah itu? Tp siang td ada angin, rasa2 nya pernah dgr org kata, tak berangin kalau lailatulqadar (lupa lah betul ke tak). Sepanjang hayat tak pernah bertemu lailatulqadar, entah bila dpt peluang bertemu ye? Tgh bz menyudahkan keje sblm balik raya. Lama dah tak bawak balik keje kat rumah, weekend ini terpaksa la wat balik keje di rumah, uhuhu hope everything is fine.

2012-08-06

Food n Mood

Rasa cemerlang je semalam. Memulakan masakan dgn agar2 barli+ribena, wat air soya blended with aiskrim vanilla, ayam percik, ayam masak tempoyak n goreng sayur campur bersama sambal telur semalam

Malangnya dekat2 nak bbuka, nampak imam ngan athirah sepahkan 1 plastik tisu while abah duk ngadap game. Rrr spoil mood betul. Kalau belum masak ni, no mood no food kang. Eh, istighfar skit, bln ramadan ni.

2012-08-05

Terbengkalai

Bila nak wat projek mengecat ni?
Banyak dah dinding kena conteng.

2 kali raya dah langsir ni, day curtain nye tak terpasang pun lg.
Byk betul projek terbengkalai di rumah ini. Kat luar rumah ada lg, huhuhu.

2012-08-04

15 Ramadan

Berbuka smlm mkn nasi bungkus, utk sahur takde standby apepe lauk pun. Bangun lak lambat, ini aje rezeki sahur utk 15 ramadan ni: Telur 1/2 masak with kicap utk abah sorang. Roti bakar with butter, madu, jem. Apa2 pun menunya, dlm sahur ada berkatnya.

Pejam celik pejam celik tinggal separuh je lg ramadan ni. Ramadanku thn ni: tarawih dah byk lompang, tp boleh cuba lg dlm 15 hari ni. Banyak bonus Allah nak bg di bulan mulia ni, sama2 kita dptkannya, perbanyakkan amal!

2012-07-29

Mushaf Tajwid

Ni quran hantaran mama kpd abah dulu.


Huruf dia ditandakan dgn warna2. Ada warna hijau, 4 tone merah, 2 tone biru, kelabu. Tiba kat hijau, dengung. Huruf kelabu bermaksud huruf tu invisible (takyah dibunyikan). Warna biru lebih kpd ketebalan bunyi huruf. Warna tone merah ada 4; coklat, oren, merah cair, merah pekat. 4 tone merah ni utk panjang pendek bacaan: coklat 2 harakat; oren 2,4@6; merah cair 4@5; merah gelap 6harakat. Kiranya lg tinggi kadar kemerahan huruf tu, lg panjang harakat dia.

Suka baca quran ni sbb senang nak kenalpasti panjang, dengung dan sbg nya. Tp malangnya utk diri saya, bila baca quran version lain, jd dah tak berapa ingat bab2 dengung tu (ini kelemahan diri sendiri yg perlu dibaiki). Semalam search apps quran ni, alhamdulillah ada.

2012-07-24

Syukur

Menu 3 Ramadhan disediakan oleh abah, syukur la dia masih rajin tolong masak sebelum pegi keje.

2012-07-23

Maaf

Terpercik minyak panas masa goreng sotong tepung tanggal 1 Ramadhan. Abah kata 'Banyok dosa kot mama ni.' Huhuhu. Memang selalu pun kena minyak panas, kuali panas kat lengan, kali ni kat muka pulak. Justeru saya dengan ini memohon maaf atas segala salah dan silap saya selama ini kepada semua adik kakak dan rakan taulan sempena bulan penuh berkat ini.

2012-07-22

Ramadhan 2012

Permulaan yg baik utk Ramadhan thn ni. Tahun lepas rasanya langsung tak buat terawih. Tahun ni, malam Ramadhan pertama berjaya terawih sendirian lepas anak2 tido. Siang 1 Ramadhan mama ngan abah buat tadarus skit. Malam kedua, terawih berjemaah kat rumah sambil biar je anak2 main sesama mereka. Berhenti sekejap lepas rakaat ke-6 bila ada budak tarik2 baju mama nak isi minyak. Abah tanya 'Tahun ni nak makan kat hotel tak?' Ha? Mana ada spend utk mkn kat hotel sebelum2 ni, pegi yg bos belanje ade le, buat2 lupa pulak. Dengan confidentnya mama jawab 'Takyah la membazir je (terutama utk perut mama ni), puasa ni supaya kita dapat rasa macam mana keadaan org susah, ni nak berlebih2 makan pulak.' Gitula pendirian buat masa ni, tp tu lee sesekali bila dtg angin ngade2 lain lak jadinya ntah la kan, harapnya tidak. Kalau taknak ingat org susah kat lain pun, cukupla aku ingat mak ayah ngan adik2 kat kampung. Kalau mak ayah sanggup apa saja demi anak2, anak2 pun haruslah sanggup berkorban kehendak2 yg tak perlu sangat demi mereka.

2012-07-20

Ini biri2 yg Wardah buat kat skolah. Tiap2 kali buat aktiviti seni kat skolah dia mesti excited citer time mama ambik dia. Kat rumah pun dia suka layan rancangan art attack, artzooka, dia panggil citer buat2. Mama rasa dia minat ngan seni kreatif buat masa ni. Aktiviti senireka yg sempat mama wat kat dia, yg pertama
Hahaha kreatif sgt kan, lukis mata ngan mulut kat belon je. Yg kedua adala improvement skit kot, mama tunjuk kat dia benda bulat yg tisu dapur dah habis tu boleh wat tempat letak pensil. Seronok sebenarnye layan anak2 beraktiviti ni.

Awang Nano Nano

Awang nano nano, dah kena trim rambut dia
Hencem dah nampak, tp kalo tengok dekat, ada lg rambut panjang dia tertinggal. Tukang gunting belum cukup mahir.

2012-07-19

Ramadhan Tiba

Ramadhan tiba Ramadhan tiba Marhaban ya Ramadhan Marhaban ya Ramadhan Marhaban ya Ramadhan Marhaban ya Ramadhan. Ramadhan tiba semua bahagia Tua dan muda bersuka cita Bulan ampunan bulan yang berkah Bulan terbebas api neraka Andaikan saja Ramadhan semua Bulan yang tiba bulan yang ada Karena besarnya setiap pahala yang di janjikan kepada kita Marhaban Ya Ramadhan 4X Dalam bersahur ada pahala Dalam berbuka alangkah indah Menahan diri menahan lidah Menjaga hati menjaga mata Banyakkan amal hari-harinya pahala Datang berlipat ganda Berlomba-lomba untuk ibadah Dunia bahagia surga gantinya Ramadhan tiba 3X Ramadhan tiba 3X Dan semoga setiap jiwa Diberikan ampunan-Nya Dan semoga hapus semua Kesalahan setiap jiwa Marhaban Ya Ramadhan 4X Marhaban Ya Ramadhan 4X Marhaban Ya Ramadhan 4X Marhaban Ya Ramadhan 4X Ini lagu Opick kegemaran Wardah, sangat sesuai dinyanyikan di kala ini. Selamat datang Ramadhan.

2012-07-14

Seat Belt Clip

Beli benda ni utk anak2 tp tak pakai pun. Arini mama nye yg try pakai, hmm selesa juga golongan saiz s pakai ni, kalo tak seatbelt seakan2 mau menbelit leher ini huhuhu.

2012-07-11

Hiasan Dalaman

Disamping bukit bukau, rumah saya dihiasi dgn hiasan ini
Segenap tempat wat jemur baju. Sang dryer yg berkhidmat utk kami dah buat hal. Pomen peribadi kat rumah ni dah tengok2kan, rosak simple je katanya tp tak jumpa spare part dia. Bila ntah sang dryer dpt berkhidmat semula. Aiyoo bab2 laundry ni selalu mama settlekan, sort, sumbat, tekan, sumbat, tekan n lipat/sangkut. Abah dia tukang angkut2. Owh tiba2 rasa mcm ringan je rupanya tugas mama tp byk bende nak buat kan. Bab lipat liat gak nak settle. Skrg bertambah satu lg tugas mama, abah lak untung leh jimat bil. Byk jimat ke? Ntahle slalu bil letrik paling tinggi dlm 130 rasanye, kena tengok bil baru nanti mcm mana. Apa2 pun, ikhlaskan diri memberi ye wahai diri.

2012-07-01

Imam Menapak

Rasanya ni first time Imam main kat taman menan.
Nampak katik je kamu Imam. Imam baru menapak 2-3 tapak. Antara aksi cute ImAm, time mama solat kadang2 dia letak tangan kat lutut dia (rukuk) pastu meniarap sembam muka kat lantai (sujud). Kalau jumpa benda2 4segi, dia letak kat telinga sambil bercakap (telefon). Kalau jumpa remote tv/kipas dia tala ke arah tv. Jumpa sikat, dia nak sikat rambut orang.
Suka budak2 ni, lama tak pegi main. Tp mama lak risau dengan penularan macam2 virus dan bakteria dewasa ini. Semoga sentiasa dalam lindungan-Nya.

2012-06-29

Pilihan

Ada ke pilihan yg salah ye? Rezeki, jodoh, ajal dan maut Allah dah tentukan. Selagi pilihan tu masih dalam landasan-Nya, kira ok la kan.Kalau kita ada dua pilihan, mungkin destinasi akhirnya adalah sama cuma dua jalan yg berbeza ni memerlukan kita melalui cabaran yg berbeza kot. Penat nak pikir benda2 yg diluar jangkauan pemikiran ni. So hadapi je lah apa2 saja cabaran sepanjang laluan kehidupan ni. Jalan A mungkin ada semak samun, jalan B mungkin ada penyamun. Cabaran dan halangan perlu dihadapi, baru la sampai ke destinasi.

2012-06-27

MIL

Semalam MIL call. Setelah bg salam, Mak memulakan bicara dengan 'Mok ni'.

Saya reply 'Oooo' dlm kepala terbayang my mom, tp rasanya bukan suara my mom.

Rasanya MIL dengor ada nada ragu2 dlm suara saya, lalu MIL berkata 'Mok Abg Din ni...'

Alamakkkk. Nombor2 tak semua duk dlm sim card le ni, ada lg duk dlm hp lama, so tak keluar nama la. Laki bg hadioh henpun tahun ni, hp lamaku mana ntah dia simpan, kena cari balik nombor2 penting pasni.

MIL ada masalah, anak bongsunye masuk program persediaan utk buat medic, tinggal 1 sem lg tp dia takleh bawak, pointer pun rendah tak lepas 3, mungkin takleh masuk medic dah. Kawan2 yg seangkatan yg pointer rendah ngan dia ramai cabut dah, ambik program lain, ada yg pegi tempat lain guna kabel. Adik ni pun selalu nangis2, rasa down, rasa takmo teruskan, nak masuk matrik terlepas dah. So MIL cari saya kot2 boleh jadi kabel, kata keje kat U. Huuuu, saya takde kabel, takleh nak nolong. Nasihat dr abangnye, teruskan je la lg satu sem.

Asalnya adik ni tak tau nak pilih, medic atau engineering. MIL lak berharap adik ni dpt jadi doktor sorang. Adik beradik yg lain pun kata 'Baik mung ikut pilihan mok', so dia pun terima la program utk medic. Tp nampaknya rezeki adik bukan di situ, sedih pulak dgn MIL sekali pening.Takpelah keje doktor memang stress, Allah nak bagi yg lebih baik utk dia la tu.

Pengajaran:
1) Jgn lupa Mak kpd laki anda tu Mak anda juga, huhu.
2) Anak2 ku nanti, buat lah pilihan sendiri yg baik2 ye, mama bagi panduan je, huhuhu. Jangan lupa buat istikharah, niat lillahitaala dlm membuat pilihan.

Saya akhiri perbualan dgn MIL dgn meminta maaf kpd MIL sbb tak cam suara dia di awal perbualan tadi, huhuu.

2012-06-21

Kederat & Puasa

.Selsema-batuk-demam sekejap2-kurang selera-takde tenaga.
Bubur ngan kicap ni jugak yg sedap ditelan.

Dekat setahun dah tak puasa, sbb... hmm menyusu, rasa takde tenaga time puasa, alasan ada aje. Sekarang dah bulan Syaaban, tak lama lagi masuk Ramadhan. Rasa nak berjinak2 ngan puasa lah sebelum masuk Ramadhan ni. Baru mantap skit kot puasa sebulan nanti.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : ” Saidina Aisyah pernah berkata:Aku tidak pernah melihat baginda berpuasa sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat baginda berpuasa sunat di dalam sebulan lebih banyak daripada puasanya di bulan Syaaban” (hadis riwayat Bukhari)

Hadis ni pulak, Daripada Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila tinggal separuh bulan Syaaban janganlah kamu semua berpuasa sunat.”

Owh, kalo Isnin Khamis je tak banyak le boleh buat. Next time kena mula dari Rejab lagi.

2012-06-20

Minah Library

Mama jaga program kat Petrosains Jb akhir bulan 4 aritu, bawak Wardah sekali. Tempat mana yang menarik perhatian dia? Library

Tp dia duk mengadap buku2 dia je. Minah Library ke Wardah ni, hmm tak tau la kan

Pastu g masuk Petrosains, dia suka jugak main2 kat situ, tp tak cukup ketinggian nak main

Berjaya solve puzzle ni, mama yg solve kan

Wardah kata 'Mama, nak pergi lagi tempat keje mama, kakak suuuke sangat'. Ikut mama jaga test pun suka jugak, nak ikut lagi, hahaha.

2012-06-17

Zaman Athirah

Setiap anak ada fasa dia masing2. Macam Wardah sekarang mama dah rasa lega, rasa macam dah lepas fasa kesusahan menghandle nya. Tp sekarang Athirah lak ambik giliran dia. Kadang2 mama tak faham dia cakap, taktau dia nak apa, kadang2 tak berjaya pujuk dia.
So sekarang zaman Athirah menguji kesabaran.

2012-06-14

Peneman mama

Ini Wardah, best gak anak dah besar skit ni. Dia balik sekolah kul 5, adik2 dia kena ambik sebelum kul 6. So ada masa berdua ngan dia tak sampai sejam sblm ambik adik2. Apa mama buat ngan anak besar mama ni? Selalunya time abah dia keje ptg le mama spend masa ngan Wardah gini:
1. Biasa mama ajak dia teman mama pegi hantar cuci kete.
2. Pegi makan2 berdua ngan dia, yg ni baru 1 kali buat.
3. Pegi shopping, haha ni shopping barang keperluan yg dah habis yg tak sempat tunggu weekend je.

Selalu yg no. 3 tu risau skit nak bawak, mesti byk habis tang kehendak2 dia. Tp sekarang dah ok, mama cakap takleh banyak, beli 2 je, kalo beli byk nanti duit habis, takleh beli lg dah. Atau mama cakap yg ni mahal, takleh beli. Okla dia boleh terima.

Hmm best la anak dah besar sket ni, next time boleh ajak dia shopping betul2 plak.


2012-06-09

Presenting Sotong

Potong sotong jadi bentuk 4 segi, kelar petak2, bila masak jadi mcm ni
Potong sotong bentuk memanjang, bila masak jadi macam ni
Bentuk apa2 pun, masuk perut jadi sama jugak, hahaha.

2012-06-05

This Week Task

16 project nak kena nilai, baru siap satu. Rasa lagi rela marking 100 exam paper dari mengadap mende ni. OoO this is part of my life.

2012-06-03

Bintang Kebaikan

Mama bg sticker bintang kalo kakak2 ni menyenangkan hati mama. Wardah semangat kumpul bintang, kadang2 dia volunteer nak tolong2 mama. Dia dah dpt hadiah utk 10 bintang pertama dia, mama gantikan tudung dia je sbb tudung2 dia dah berketot2 awningnye, hehehe. Athirah macam belum reti lg, dia dah dapat beberapa bintang tp dia g cabut2 pulak.

2012-06-02

Imam

Geram budak gigi 5 putung ni, suka gigit orang.

2012-05-29

Telinga

Semalam sampai rumah, Athirah nangis2 bgtau sakit telinga. Tengok luar telinga dia, takde nampak tanda2 kena gigit ke apa. Takleh nak pikir kenapa dia sakit, rasanya mcm satu je kemungkinan, semut atau 'pirrah' masuk. 'Pirrah' adalah sejenis serangga yg menghisap darah yg saya tak tau apa namanya dlm bahasa buku. Abah dia keje malam, Pok Eri pun takde. Mama rasa kena g klinik suh doktor cek. Nak kacau Pok Eri ke nak kacau si abah? Si abah terpilih, maka berkejar2 lah si abah balik rumah sekejap, bawak Athirah g klinik. Rupa2 nya Athirah ada ear wax yg keras, hihihi. Klako plak rasa. Tp rasanya betul la tu tindakan mama, sbb yg mengeras tu kat dalam sangat, tak berani jugak nak korek dalam2, baik serahkan pada yg pakar.

2012-05-27

Lime Pepper Chicken Chop

Pegi try pizza nye chicken chop semalam sempena hari kedewasaan mama, suka chicken chop ni. Asyik2 gambo makanan, apa nak buat, aktiviti si mama ini di rumah: masak, aktiviti di luar rumah: makan.

2012-05-26

Bertambah Umurku

Rasa semacam je sebenarnya bila sampai tarikh bday bila dah 30 an ni. Terpaksalah tengok pertambahan angka2 ni, syukur jugak diberi penghidupan. Sempena bday ku ni, mari hayati bait2 lagu Opick ni 'Jauh melangkah berharap meniti waktu berlalu Jauh berjalan lewati berjuta warna kehidupan Tanpa sedari dalam cermin wajah ini Bertambah umurku dlm hidup yg semakin merapuh Allah bukalah hatiku Bimbing di jalan terangMu Selamatkanlah jiwa yg gelap dlm cahaya rahmatMu Allah Kau maha cahaya beri petunjuk sang jiwa Ampuni diri yg lelah kadang sesat ku melangkah'

2012-05-25

Chicken Wrap

My homemade chicken wrap with coleslaw. Mama wrap je ayam goreng seketul, semua dah tau bezakan tulang dan isi kan, hehe.


Published with Blogger-droid v2.0.4

2012-05-24

Keperluan memberi

Petua nak murah rezeki, banyakkan memberi, Prof Muhaya selalu sebut mcm ni. Memberi tu mcm2 bentuk; harta, tenaga, idea dll.


Harta tak berkurang kerana memberi sedekah, rezeki yg kita ada tu adalah dariNya, ada hak org lain juga padanya, kita adalah perantara.


Sedekah 1 ringgit semasa kita ada duit 2 ringgit adalah lebih tinggi nilainya berbanding sedekah 1 ringgit semasa kita ada 5 ringgit. Sbb 1/2=0.5 kan lebih besar dari 1/5=0.2. So jgn risau utk memberi dlm situasi kita yg kesempitan, tinggi nilainya tu.


Dalam mengurus kewangan, kita selalu sebut kehendak dan keperluan. Selalunya pelaburan kita tak katakan ia sebagai kehendak, mungkin lebih kpd keperluan, sbg jaminan masa hadapan. Sedekah juga adalah suatu pelaburan, keperluan diri kita yg dpt memenuhi keperluan org yg memerlukan. Pulangannya terbaik dan adakalanya tak disangka2 dari Ar-Razzaq.


~ Semoga diri ini bersemangat memberi dlm apa jua keadaan ~


Published with Blogger-droid v2.0.4

2012-05-22

Ketupat sotong

Ini ketupat sotong.


Cerita pasal sotong:

Dulu saya masak sotong tak buang kulit luar dia. Pastu mak mertua dtg, saya tengok dia buang kulit luar. Baru lg dpt ilmu kena buang kulit sotong thn lps, adik ipar kata kalau tak buang rasa gatal.


Baru2 ni tanya mak saya pulak, mAk kata dulu dia buang jugak pastu ada jiran kata kulit sotong tu memaniskan kuah, so si omak dah tak buang kulit luar sotong. Saya pulak, sesuaikan dgn keadaan, kalau masak utk family sblh suami atau tetamu lain, kena la buang. Kalau utk sendiri makan, bergantung pada tahap kerajinan.


Byk lg perlu belajar bab2 ni. Bab ikan contohnya, selalu ikan dah siang siap2 kat pasar. Saya tahu basuh, kelar atau belah belakang je sebelum di masak. Pernah abahnye tegur, 'ekor dop kerat sket.' Baru jugak tahun lepas mendapat teguran ini. Oo kena kerat ke, saya duk hidang je dgn ekor ikan yg ori selama ni. Mungkin jugak lain org lain caranya. Itula dia persoalan2 remeh org yg suka duk ceruk dapur ni. Tu lee, zaman muda tak berapa duk dapur.


Published with Blogger-droid v2.0.4

2012-05-21

Bersukan

Main ping pong di meja makan.


Tak reti nak guna blogger kat hp baru, guna blogdroid ni cam ok. Testing testing.


Published with Blogger-droid v2.0.4

2012-05-14

Ikan Lemon

Athirah dpt kluar spital Khamis baru ni. Pegi makan2 sempena Athirah sehat, bday Imam n anniversary mama&abah kat sizzling stonegrill. Alhamdulillah Athirah dah kembali berselera
Alamak terbalik, alamak serabai


Sabtu is our 6th anniversary, dah celebate, tak ke mana lah. Masakla skit, seminggu dah tak masak. Menu ikan lemon, kerabu mangga, jus durian belanda. Kegemaran terbaru, ikan lemon, diubahsuai dr resepi lemon chicken















Imam pada usia 1 tahun 1 hari



















My parents dan 2 sisters baru balik dr Brunei, datang sini semalam sbb kesiankan saya pasal nursery tutup, masak lg skali ikan lemon, sempena hari ibu kononnye, tp abah g beli sate babat on the way pegi ambik diorang, kacau betul, dah tau kita masak padahal, eh membebel lak. So sesampainya diorang, makan sate dulu, hasilnya ikan ku dah tak rangup masa dimakan, takpela yg penting saya enjoy sos lemon itu


2012-05-09

100% Teaching Week

Athirah kena hfmd, jangkit ngan budak kat taska. Tp bintik2 yg dia dpt tu sikit je, atau tak naik abis lg? First time anak2 ku kena ni. Ulser kat mulut dia pun doc kata tak banyak, tp dia fobia nak makan sejak Sabtu malam aritu. Minum pun kena paksa through syringe, kadang2 dia rela je, kalau time dia tak rela tu, memang ngamuk2 susah nak pujuk. Semalam bawak g klinik, doc suh masuk wad sebab dehydrated. Pegi PSH, dia kena masuk isolated ward kena masuk air tp wad penuh, so transfer ke JSH, masuk wad kul 3 semalam. Mama jaga sampai Isyak, pastu abah jagala sebab komitmen mama terhadap Imam perlu diutamakan. Esok ngan lusa taska tutup, mintak cuti tanpa rekod le, pegi kelas je, abis kelas cabut. Minggu ni mama 100% teaching. Minggu depan? Yg 2 org lg ni ada risiko berjangkit gak ni, adoila.

2012-05-04

Banana Split

Cubaan buat banana split

Tak mengancam pun banana split ini, takpe tingkatkan lagi usaha. Faktor2 yang dikenalpasti:
1. Takde scoop aiskrim.
2. Takde bekas yang lebih sesuai.
3. Pisang kecik kot.
4. Hiasan kena tambah lagi, kalau ada whipping cream ngan buah ceri, cantik sket kot, atau guna aiskrim kaler2.

2012-05-01

Lagu untuk anak

Saya baru perasan, saya suka nyanyi2 gini utk Imam: Imam anak soleh, iya iya oo (Nyanyi mcm lagu old mcDonald) Masa Wardah kecik dulu kitorang suka nyanyi: Amiiira, kaulah sinar hidupkuuu (Lagu Azura) Hmm zaman Athirah takde lagu, sian plok, mulai hari ni saya akan nyanyi lagu ni utk Athirah: Athirah anak baik, anak baik, anak baik (Nyanyi macam lagu London Bridge)

2012-04-29

Imam penyelamat

Dalam sestengah situasi, mama sifatkan Imam sebagai penyelamat. Contohnya, kalau Imam duk bertempek ngan mama, pastu kakak2 berak. Hmm selamat lah mama, takyah basuh berak kakak, serah kat abah la. Arini pegi wat passport, next week nak pegi Brunei. Awal pagi kitorang pegi, penuh orang tunggu nak masuk bangunan. Nasib baik ada Imam, sbb baby2 yg nak buat passport dpt masuk dulu, dpt nombor khas. Ya, Imam adalah penyelamat.

2012-04-28

Air sebagai perakam

Air bersifat perakam. Sebab tu nak berubat guna ayat quran misalnya, ayat2 quran dibacakan pada air dan diberi kepada pesakit. Air yang terbaik; air zamzam dan air yg dibacakan kalimah Allah. Air yg diucapkan kata2 positif juga lebih baik berbanding air yang diucapkan kata2 negatif. Pastikan anda merakamkan yg baik2 ke dalam air anda. Ada sorang perunding motivasi cakap, budak2 yg bawak air masa kelas, masa study tu bagus juga sebab air kan boleh bertindak sebagai perakam.

2012-04-24

t_n


Insaf mendengar berita2 kematian. Everybody will reach his/her real, unknown value, t_n. Nobody knows what value it takes, except Him. Let's prepare the best for it. Rukun2 Islam, amal ibadah, anak2 soleh yg mendoakan, ...