2009-08-18
Athirah ~2 bulan
Dua tiga hari ni bersemangatlah aku memandikan Athirah. Sabtu aritu sudah ku angkat sebiji My Dear Changing Table with Bath Tub dari satu kedai baby kat Tmn Nusa Bestari. Setelah dua tiga kali guna, dapatlah aku simpulkan bahawa aku sangat suka guna benda ni. Inilah keselesaan dan kemudahan memandikan bayi yg aku inginkan. Lepas mandi, terus boleh pakaikan diaper kat changing table tu. Tiada lg tragedi baju atau tilam terkena air kencing Athirah. Kedai tu kata, produk ni sesuai sehingga bayi berumur 12 bulan. Moga2 dapatlah aku guna sampai setahun benda ni, jadinya tiadalah berlaku pembaziran. Membazir tu amalan syaitan! InsyaAllah tak membazir, dua tahun lg Athirah nak adik lg. Kalau ada rezeki, akan digunakan lagi dan lagi lah.
Semalam bawak Athirah check up kat klinik. Berat Athirah dah pun 4.9kg. Kena cucuk, satu kat peha kiri, satu kat peha kanan, nangisla dia. Aku sebenarnya agak seriau time doktor nak cucuk ni. Kalau masa beranak satu, aku duk jauh2, si suami yg tolong pegang anak kat atas bed. Tapi situasi skrg dah berubah, maklumlah pegi klinik di luar office hour, satu family la pegi klinik. Si mama bawak baby jumpa doktor, si abah melayan si Amira kat luar. Kenala aku hadapi jugak keseriauan itu. Apa yang penting? Kerjasama. Tak pun, kena pegi klinik time office hour, hmm bukan selalu pun pegi check up kan, acila curi sejam dua. Setakat pagi ni, Athirah tak demam kena cucuk, Alhamdulillah.
2009-08-14
BiNBiN

Pernah mkn mknn ni? Aku pernah mkn masa zaman kanak2 dulu. Well, entry ni takde kaitan ngan isu kepenggunaan pun, saje nak merapu. Arini Amira dpt jajan sempena bday kawannya kat nursery. Binbin rupanya nama mknn ni. Stlh sekian lama, aku terjumpa semula mknn ni masa pregnant Athirah, kat restoran Pak Ali. Masa pregnant, keinginan mkn tu sentiasa ada, maka merasalah aku mkn mknn kanak2 ni, hihi gelakkan diri sendiri.
2009-08-12
Tekun...
Minggu ni Athirah dah mula dihantar ke nursery. Sebenarnya aku belum naik keje pun lg, 21 Ogos ni baru naik. Hantar dia just utk train dia feeding dari botol. Masa Amira dulu dah merasa baby taknak nyusu dari botol, terpaksa aku bekerja separuh hari je dulu dlm 3-4 bln gitu, nasib baik tengah cuti belajar time tu.
Kesian Athirah, dia duk tidur je padahal nya kat nursery. Minum pun tak banyak, sekali pagi, sekali petang aje, susu pun dah berlambak dalam freezer. Kalau kat rumah kerapla sikit, sbb aku akan kejut dia sekali sekala. Seminggu dua yg ada ni bolehla jugak aku wat persediaan utk viva nanti, aku ni jenis takut bab2 nak kena present ni, asyik dup dap dup dap aje. Si suami pun dah merelakan diri utk memasak bila dia kat rumah supaya aku dapat menghabiskan masa dan tenaga wat keje je. Tekun ke aku wat keje? Skang baru peringkat panaskan enjin je, hehe. Akanku tekunkan diri ini. Tq tq… atas pengorbanan kalian. Sikittt je lg… nanti merdeka le... amin...

Subscribe to:
Posts (Atom)