
Ni gambar penuh changing table tu. Harganya RM329.90 kat sini, hhttp://www.s-emart.com/mall/index.php?app=goods&spec_id=44039, e-store ni kat johor, bahasa cina. Sblm beli ni, ada gak terjumpa yg org nak let go, RM120 tp dia suh amik kat umah dia kat shah alam, susah nak bukak katanya. Kat e-store lain harganya RM299.90, pastu kos pos RM15. Pastu aku terjumpa lak e-store yg kat johor ni, oleh kerana keterujaan aku ni, aku pun belila ngan yg kat johor ni dengan harga yg lebih mahal RM15, kos hantar ke rumah free, huhu aku bukan pengguna bijak. Tp kalau join membership dia, bayar RM10, dpt diskaun 10%, jd sama gakla regenye ngan e-store lain.
Tempat tukar diaper yg corak2 biru td tu boleh ditolak ke atas, kat bawah dia ada bath tub ni. Storage kat tepi2 bath tub tu aku wat letak apa2 yg diperlukan, mandian, minyak, losyen dll. Storage kat tingkat tengah tu bolehla letak tuala dan diaper.
Lepas mandi, tarikla semula tempat tukar diaper td ke bawah, tertutuplah sudah bath tub tadi. Tempat tukar diaper ni lembut ala2 kusyen gitu, material luar yg corak2 tu tak sure lak nak sebut apa, yg pasti bukan kain, mudah dibersihkan. Lap je kalau2 terkena kencing.
Lepas siapkan baby, air mandian tadi boleh dikeluarkan melalui tiub ni. Ok, selamat menjalani ibadah puasa buat rakan2 sekalian walau di mana anda berada.