Smlm saya rasa nak bersuka2 je, jln2 cuci mata. Pergilah kami ke Jusco Tebrau. Skrg ni Athirah dah boleh duduk, so bolehla letak Athirah kat troli; suka benar saya dpt shopping berlenggang bersama2. Lepas dah jln cuci mata, beli itu beli ini, sampaila kami kat satu kedai kristal. Saya pun masukla kedai tu, nak beli lampu garam. Lama dah saya cari lampu garam ni, byk kebaikan lampu garam ni. Antara yg saya suka, kalau pasang lampu ni boleh halang cicak dr jd penghuni rumah kita.
Lampu dah pilih, salesgirl kat situ duk bungkus2. Masa tu saya duk cuci mata tengok gelang kristal, En. Din duk kat troli ngan anak2. Tang shopping ngan anak dlm troli ni, satu je yg saya duk peringat diri, takut syok tilik barang, tak sedar anak kena culik, nauzubillah. Tiba2 bunyi bumm dan bunyi budak nangis. Wardah duduk kat ujung troli, dia jatuh ke luar troli! En. Din angkat dia gosok2 kepala, saya tengok ada darah kat lantai, kepala dia terkena bucu tmpt display kat kedai tu. Kat tgn En. Din pun ada darah, kat baju Wardah pun ada darah menitik!
Wardah nangis2, masa tu saya risau kot darah tak berenti keluar. Saya jugak panik dan terpinga2, mcm2 arahan yg saya dgr dr org ramai. Satu arahan yg dpt masuk kepala saya "Pegi sana kfc mintak ais." Org tu nak suruh tuam kepala atau suh dpt bantuan kecemasan situ kot. En. Din dah keluar kedai sambil dukung Wardah. Saya pun bgtau la En. Din, "pegi kfc sana." Pastu saya kena marah ngan En. Din "G kfc mende pulok, ambik troli nu kita g spital." Kami pun berkejar2an lah pegi ke lif, turun ke tmpt parking. Gagah pulak saya ni tolak troli dgn sblh tgn, sblh tgn lg dukung Athirah. Selalu saya tak ingat tmpt parking, kali En. Din lak lupa, saya pulak laju ckp no 200! Itulah agaknya kuasa minda separa sedar yg berfungsi bila kita rasa cemas.
Dlm kete, Wardah dah tak nangis, darah pun mcm dah berenti. Saya risau kot2 kesan hentakan tu bg kesan kat ingatan dia. Saya tanya mcm2 lah kat dia, nama adik, suh dia nyanyi lagu2 yg slalu dia nyanyi, dll. Nampak mcm ok spt sediakala. En. Din lak pesan "Wardah jgn tidur." Mungkin risau anak pejam mata tak bangun2, huhu sama la saya pun takut. Kami pergilah ke emergency HSI, mujur tmpt shopping dkt ngan spital ye. Wat X-ray, alhamdulillah kepala dia takde retak tp lukanya pjg jugak. Rambut Wardah tang luka tu kena cukur, kena jahit 5 jarum. Inilah pengalaman ngeri saya selama jd ibu ni. Fuhhh, takmo dah dpt pengalaman gini lg.
2010-04-11
2010-04-03
2010-03-28
Konvo ke-44 2010
Alhamdulillah, selesai dah majlis konvo saya smlm. Masalah pas masuk dah selesai dgn bantuan Pn. Gra yg dpt pas dr student dia. Tp sehari sblm konvo aritu, mak mertua saya dpt berita yg emaknya (nenek mertua saya) masuk wad. Antara saya dan emaknya, mak mertua saya pilih emaknya; jd dia pun baliklah semula ke Trg Jumaat mlm aritu. Saya takdelah nak ambik hati, kalau mak kita sakit mestilah kita risau kan. Moga2 nenek mertua saya akan cepat sembuh, kami sekeluarga di sini doakan dari jauh. K. Na saya pun tak dpt dtg hari Sabtu, tangguh hari Ahad pulak. Kpd K. Ni, tq for the wishes; senang2 dtglah sini ye. Gambar konvonya kemudian lah. Tak byk pun b'gambo, ternyata kelaparan perut dan kepanasan cuaca mengatasi kegembiraan nak bergambar saya.
Pagi ni saya kena pegi lg ke sesi pg majlis konvo sbg staf. Hajatnya mmg tanak pegi, malangnya saya lmbt hntr surat tunjuk sbb dan diorg tak dpt cari org nak ganti, jd kenalah saya dtg skali lg majlis konvo tu. En. Din dan anak2 skang ni tgh bergumbira ngan mak ayah dan adik2 saya kat air terjun Gunung Ledang. Isk isk, tak dpt saya ikut. Anak2 En. Din bawak skali, risau jugak saya ni diorg takde dpn mata. Moga2 mereka selamatlah spnjg perjalanan dan spnjg kat sana. Aminn.
Pagi ni saya kena pegi lg ke sesi pg majlis konvo sbg staf. Hajatnya mmg tanak pegi, malangnya saya lmbt hntr surat tunjuk sbb dan diorg tak dpt cari org nak ganti, jd kenalah saya dtg skali lg majlis konvo tu. En. Din dan anak2 skang ni tgh bergumbira ngan mak ayah dan adik2 saya kat air terjun Gunung Ledang. Isk isk, tak dpt saya ikut. Anak2 En. Din bawak skali, risau jugak saya ni diorg takde dpn mata. Moga2 mereka selamatlah spnjg perjalanan dan spnjg kat sana. Aminn.
Subscribe to:
Posts (Atom)