2010-12-09

Melbourne Trip 2 - Day 1 & 2

Di pagi hari pertama, Cik Edah ajak pegi Queen Victoria Market naik tram.


Survey2 souvenir

Besar tak cendawan ni?

Tok kata besor2 belaka mende2 kat sini.

Wardah mula nak mengepow mama. Mama kena pow 10 dolar beli patung barbie.

Petangnye pegi jln2 sekitar city. Wardah wat pe'el nak dukung ngan mama.

Mama tak larat nak dukung Wardah, dukung Athirah ok lg. Kadang2 Athirah nak jln sendiri je.

Hari kedua, pegi majlis konvo Cik Edah + jln2 kat sekitar The Uni of Melbourne.

Tahniah to Cik Edah kerana telah berjaya bergelar seorang doktor perubatan.

Mama kena pow lg, teddy bear pulak, 35 dolar, huhu, hilang mood mama haritu.

2010-12-04

Melbourne Trip 1

Sangat cuak mama sblm check in, sbb tak pernah pegi kat negara yg kena apply visa dulu, kot2 ada ape2 problem. Alhamdulillah, semuanya ok.



Kami di Jhr bertolak kul 2pg lebih dr rumah, angkat anak2 masa tengah tido. Jumpa Tokki n Tok kat Bangi, baru teringat Tak bwk kasut Wardah. Pinjam le terompah ntah sape2 kat rumah Che Long Lina. Derapan kaki Wardah sgt menarik perhatian, sgt annoying mungkin.

Wardah dah lama nak naik kapal terbang, kalau nampak k.terbang dia akan cakap, "Mama, nak naik katerbang."

Dah duduk2 tu, mama tengok Tok genyeh mata, merah2. Mungkin risau dgn perjalanan 8 jam itu, mama pun risau, untung, malang, bukan kuasa kita. Lg satu mama rasa Tok terharu, dpt jugak Tok pegi Ostrolia, mcm tak percaya Tok kata. Mama pun asalnya 50-50 nak pegi ke tak bila Tok suarakan hasrat nak pegi majlis konvo Cik Edah, byk kekangannye: keje, pregnancy plan mama, belanja pun besar jugak.

Benda yg mama risau, Wardah ok ke spjg perjalanan? Bila dia ceria, mama pun ceria je melayan dia yg agak talkative. Selalunya bila dia ngantuk, adala pe'el dia dan susah nak dipujuk.

Sgt lega bila dia tido. Dia sambung nangis lg bila terjaga, tak puas tido agoknye.

Athirah alhamdulillah, dia ceria je selagi tak lapar, tak sakit. Tp kalau tak bg apa yg dia nak, ngamok gak. Satu lg kerisauan mama, bab kencing berak anak2. Athirah 3 kali berak dlm kapal, abah uruskan semua. Kali ketiga abah buat muka dah, huhu.

Alhamdulillah, kami slmt mendarat di Melbourne Int. Airport lebih kurang pukul 12.10 am, 3 Disember waktu tempatan. Kalau ikut waktu M'sia, kul 9 mlm 2 Disember. Kami bermaharajalela di rumah junior2 Cik Edah yg balik M'sia. Bab mkn boleh masak, Tok lah yg cergas di dapur. Lega bab accomodation, tp rasa nak byr jugakla sket kat depa tu. Kurang senang hati jugak sbnrnye ni, sbb duk umah org dgn budak2 kecik ni tau jela, air tumpahnya, nak main itu, main ini. Harap2 nye takdelah apa2 kerosakan dibuat mereka, kang junior2 tu nyampah ngan Cik Edah lak nanti, huu.

Setakat ni dulu, esok2 la pulak update.

2010-12-02

Cuti 2010

Alhamdulillah, urusan percutian kami berjln lancar stkt ini. Kami 4 beranak berserta Tokki, Tok dan Pok Eri skrg sdg menunngu pesawat kami berlepas ke Melbourne. Semoga kami slmt berjumpa Cik Edah bg meraikan majlis konvokesyen beliau, seterusnya berjalan2 di sana. Doakan keselamatan kami ye.