2010-12-29

Athirah yg baik

Athirah... tak reti sgt nak cerita perkembangan Athirah ni, sblm ni slow n steady je, skrg baru ketara sket perkembangan dia. Sblm ni dia boleh sebut susou (susu) kalau dia nak susu. Dia mcm faham sesetengah bende yg kita cakap, kalau kita suruh kutip sampah n buang; ambik botol susu dia; kita ajak mandi; dia boleh ikut arahan. Skrg dah bertambah sikit2 perkembangan pertuturan dia, dia dah boleh sebut air. Tp air nye tu byk maksud, air minum; kdg2 dia pergi dpn bilik air, selak2 baju sambil sebut air; tu maksudnya dia nak mandi. Perkembangan lain, melawan jugak Athirah rupanya ngan kakak dia. Kalau kakak dia pukul, dia pukul balik, tp mestilah kakak dia takkan mengalah. Eii, kurang suka sebenarnya aktiviti pukul memukul di kalangan anak2 ni, tp biasalah budak2. Athirah masih lg belum pernah buat mama panas hati, bagus2, semoga berterusan mcm tu yer. Selalu mama akan rasa kesian ngan Athirah, sbb rasa tak cukup kasih sayang je dia. Kalau time kakak dia tak heran ngan mama, mama mesti ambik peluang nak peluk2 n gurau2 ngan Athirah. Tp bila kakaknya nampak, mesti kakaknye cuba jd org ketiga. Kalau tanya kakak dia, sayang siapa, kakak dia sebut semua abah, mama, pok eri, tp Athirah dia tak sebut. Bila mama tanya sayang Athirah tak, dia kata Athirah tak sayang. Kesian Athirah, kenapa mesti mcm tu? Harap bukan selamanya mcm tu.

2010-12-20

Puteri2ku Sayang

Wardah de bunga posing sokmo die

"Hidung mana?" Hihi, itu soklan seorg tauke sate setiap kali kitorang pegi mkn kat satu warong sate masa Wardah kecik2 dulu. Takpelah Wardah, batang hidungmu bukanlah ukuran bg mama

Athirah lebih kurang jugak, dah adik beradik, gen mama ke part hidung ni yer? Mcm nak 'uk 'uk je Athirah posing. Calar kat pipi Athirah tu hasil nukilan kakaknye.

Wahai kakak, kamu jgn la bengkeng sgt ngan adik2, biarkan adik2 mu gembira segembira ini

Senang hati mama tengok anak2 baik mcm ni. Ow, sweater yg kakak pakai tu sweater adik. Adik seorang yg boleh mengalah, kakak pun kena belajar mengalah jugak ye.

2010-12-16

Pangkat oh pangkat

Hmm bila ntah saya nak naik pangkat ni? Nak naik pangkat, kena ambik kursus ptk, kali ni yg last, thn dpn taktau mcm mana lak kalau nak naik pangkat. 2 sem yg lepas, saya ada mohon nak ambik kursus tu. Malangnya masa tu saya kena siapkan pembetulan tesis dlm masa yg sama, so tak jadi ambik. Sem lepas pulak, tak dpt info awal psl kursus, tengok2 ada masa saya tgh cuti adik ipar kawen. Kali ni pulak saya berkobar2 mohon nak ambik, tp saya tak dpt attend sesi taklimat dia sbb cuti kat Aus baru2 ni. Lepas balik, 2 hari saya try call pihak ptk ni nak tanya tugasan2 yg kena buat, malangnya tak dpt. Tinggal lah 1 hari lebih utk saya sblm penilaian ptk tu mula, dan saya sgt tak confident dapat siapkan tugasan2 tu dlm masa yg singkat. Tak jd ambik lg, huhu. Kalau org yg kuat semangat, mesti pulun dah siapkan assignment tu. Ohh saya tak sekuat itu. Saya tak besar dan saya tak kuat, tp saya juga mahu hebat. Uhuk, mcm mana ni.