2011-01-20

Minggu kedua Wardah masuk tadika, masa siap2 kat rumah ok la, alhamdulillah berjaya jugak pujuk dia mandi pg tp lambat la kena tunggu dia mandi dgn rela hati. Kelas mama paling awal kul 9, semput2 je la mama sampai kelas. Dua hari pertama minggu kedua aritu ada adegan taknak turun dr kete, terpaksa mama angkat Wardah yg meraung2 masuk kelas. Bergenang jugak airmata mama ni, kenapa la Wardah ni, anak org lain nampak molek ada je pergi skolah. Mengeluh jugak mama dlm hati 'Ya Allah berat nya dugaan Engkau beri kat aku ni". Astaghfirullah... tu baru sikit ujian mama dapat. Hari2 seterusnya alhamdulillah, Wardah dah mula menerima tempat baru dia tu cuma kadang2 dia taknak pakai baju skolah, taknak pakai tudung, gitu je la.

Sikap Wardah yg susah dipujuk mmg menguji kesabaran mama. Arini mama dan anak2 cuti, abah kerja. Pok Eri selalu bawak hal diri dia je. Si abah risau jugak, kul 10 pg lg dah call tanya khabar mama dan anak2. Mmg mama tertekan sket akhir2 ni, adalah rasa nak marah sgt2 dgn karenah Wardah, manje beno dia, Athirah pulak dah mula reti merajuk, dugaan betul. Arini alhamdulillah, semua under control. Mama harap marah mama kat anak2 takkan melampaui batas.

Rasanya bab handle anak2 ni antara dugaan besar mama lalui setahun dua ni. Tp sebesar mana pun dugaan yg kita rasa, ada lg org yg diduga lebih besar dr kita. Jiran sblh rumah mama, si Aida lagilah, husband dia kerja kat kapal 3 bln baru balik. Skrg dia pregnant, sorang diri handle anak 2 org, skali-skala parents dia dtg jenguk, takleh imagine mcm mana kalau mama mcm tu. Sebut psl pregnant, ramai pulak jiran2 mama yg pregnant. Si Aida ni due bln 4, mama due bln 5, jiran sblh lg satu due bln 8, jiran di pepenjuru rumah mama pun pregnant jugak, ramai le rakan sebaya baby mama ni nanti. Update on baby, dia dah menendang2 2,3 minggu lps.

2011-01-09

Baru...

Masuk sem baru, sibuk ngan tugas2 pengajaran + tugas2 lain, dpt pulak satu subjek baru.

Wardah baru masuk Tadika. Rutin baru utk mama, rutin abah tetap sama, jeles betul. Sblm ni hntr nursery tak mandikan pun Wardah, skrg kena mandikan dulu. Malam sblm tido Wardah mcm semangat cakap, "Esok nak bangun mandi, taknak nangis, nak g skolah." Dua hari pertama skolah, bila kejutkan dia pg2, dia pejam mata rapat2, geleng kepala taknak bangun. Terpaksa dukung dia bawak dpn bilik air, pujuk mandi, nangis jerit2 taknak mandi. Nak bukak baju dia, dia wat keras. Last2 adik yg mama mandikan. Ada satu hari mama paksa dia mandi, ngan baju2 skali mandi sbb dia taknak buka baju, menyirap juga darah ni, huhu.

Hari ketiga, mama kejutkan dia dgn bunyi piano mainan dia, pastu pasang lagu2 kat hp. Pastu dia jd segar sbb nak main hp mama. Hari2 seterusnya mama kejutkan mcm tu lg, tp masih susah nak dipujuk mandi, kadang2 dia wat mende lain dulu, nak main lah, pastu baru nak mandi, lambatlah jadinye. Time mama takde kuliah pg mama rela je lambat, kalau tak terpaksalah mama stress pagi2. Ada satu hari, dah sampai depan skolah dia taknak turun kete, lepas bwk pegi kedai beli jajan, baru ok. Kdg2 taknak pakai uniform. Waktu balik keje mama pun berubah jugak, Wardah abis kelas kul 11.30 pg, petang dia pergi Iqra', pukul 5 mama kena pegi ambik dah. Lemah rasa mama pikirkan pagi2 yg terpaksa mama lalui skrg. Dah cuti ni, agaknye mcm mana pulak Wardah di minggu kedua yer?

2011-01-01

Selamat datang 2011

Selamat tahun baru 2011!
Haha semangat tak beli kek sempena thn baru, tp keknya dah senget. Sbnrnya saya rasa nak mkn kek, so belilah kek kebetulan pulak masuk thn baru. Bab makan time pregnant ni taktau kenapa, mesti teringat yg dahulukala sket. Kali ni rasa nak mkn kek mcm masa zaman skolah2 dulu, masa jamuan skolah atau asrama biasa pakat2 beli kek, kat atas kek tu biasa ada bunga roti. Pastu masing2 pakat berebut "Cop, aku nak yg ada bunga." Padahal bunga tu tak sedap pun, haha.

Dapatkah anda bayangkan kek mcm mana yg saya maksudkan? Kek yg mcm zaman dulu2 lah, zaman 90-an dulu tak byk choice, kek gitu je yg ada, warna je lain2. Kek icing kot nama dia, icing dia tu mcm masin2 sket. Skrg mcm2 kek ada, byk kedai jual yg topping dia cream. Secret Recipe nye mmg la takde yg icing gitu, so pegilah kedai yg biasa2 tp still takde, kena cari kat kedai yg lagi2 biasanya kot. Ada yg cream je tp beli jugak sbb susah2 cari parking, nanti ada org bengang lak ngan saya, isk isk.

Byk transformasi berlaku pd topping kek, icing, cream, mcm2 lg yg dpt saya imagine tp taktau org sebut apa. Sempena thn baru, jom kita transformasikan diri kpd yg lebih baik. Yg lama tp baik, teruskan... kerana ada nilainya yg membuatkan org tercari2. Selamat tahun baru 1432 Hijrah juga walaupun dah lepas.