Arini tadika Wardah wat Sports Carnival & Family Day. Mama excited sbb first time boleh tengok dia main sukaneka, tp mama kena jaga test pulak arini. Mama harapkan abah ambik video je lah. Mama pegi jugak hantar dia sekejap pastu pegi jaga test. Sampai kat tempat test, bilik tu tak cukup meja lak. Ada 4-5 org mama suruh duduk kat meja2 luar kat aras lg satu, kena panggil abah tolong jaga bebudak 4-5 org tu sambil2 jaga Athirah. Tak dpt jugak nak tengok aktiviti Wardah. Abis test baru pegi semula nak tengok aktiviti dia, tp diorg dah bagi2 medal dah. Intai2, Wardah dapat 1 medal, dpt no. 3 main bola kertas. Terkilan tak dpt tengok walaupun mcm game simple je
Mama dan Athirah bg sokongan dgn berbaju biru, ehek
2011-03-05
2011-02-25
Merapu utk Formatik
Laluan Kehidupan
Tiba sudah giliran saya untuk menulis dalam ruangan artikel Forum Matematik ni. Sebut berkenaan menulis, sebenarnya subjek penulisan adalah antara subjek yang paling kurang saya gemari semasa di bangku sekolah. Kalau bab menulis karangan semasa peperiksaan, soalan yang saya akan pilih adalah soalan surat rasmi. Kenapa? Sebab bagi saya senang aje tulis surat rasmi ni, tidak perlu ayat-ayat yang panjang. Nak tahu subjek apa yang paling saya sukai? Matematik lah. Subjek Matematik tak memerlukan penulisan yang panjang-panjang, mungkin itulah salah satu faktor minat saya terhadap subjek Matematik ni semasa di bangku sekolah. Nyatanya, dalam kehidupan ini kita tidak dapat lari dari melakukan sesuatu yang tidak kita sukai. Sekarang, walaupun berada dalam bidang Matematik, saya juga perlu mahir dalam penulisan. Walaupun bukan sebuah karangan, tetapi saya perlu mahir dalam suatu bentuk penulisan bagi menyampaikan ilmu Matematik itu sendiri. Minggu ini pula saya ditugaskan untuk menulis dalam Forum Matematik.
Jika dibandingkan Matematik dengan Penulisan, aktiviti dalam Matematik menggunakan otak kiri manakala aktiviti dalam Penulisan menggunakan otak kanan. Ternyata saya merupakan seorang yang banyak menggunakan otak kiri berbanding otak kanan. Saya pernah membaca dalam satu buku motivasi, penulis menyatakan kebanyakan individu lebih cenderung menggunakan salah satu dari otaknya sahaja samaada kiri atau kanan. Penulis juga berkata, bagi meningkatkan keupayaan otak, kita perlu menggunakan kedua-dua belah otak kiri dan kanan. Jadi adalah sesuatu yang baik jika kita dapat melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak kita gemari itu kerana secara tidak langsung kita akan menggunakan sebelah lagi otak yang selalu tidak kita gunakan.
Dalam mencari-cari topik untuk ditulis ni, saya teringat akan situasi semasa mesyuarat AJK Hari Keluarga 2011 baru-baru ini. Saya ada menyatakan kepada pengerusi yang saya bakal cuti bersalin pada bulan Mei nanti. Dr. Ong ada menyebut “Diorang ikut janjang aritmetik.” memandangkan staf wanita di Jabatan Matematik sekarang silih berganti cuti bersalin. Mesyuarat belum berakhir ketika jam hampir pukul lima petang, saya pun meminta izin dengan pengerusi untuk keluar sebelum mesyuarat berakhir kerana perlu mengambil anak di tadika. Ada ahli mesyuarat menyebut “Zaman itu dah berakhir untuk saya.” Teringat pula saya akan satu slot diskusi yang saya dengari di sebuah radio. Intipatinya adalah berkenaan peringkat-peringkat dalam sebuah perkahwinan. Saya cuba mencari di laman google untuk fakta-fakta yang lebih tepat, namun tidak dijumpai. Maka, untuk artikel ini saya menulis berkenaan peringkat-peringkat tersebut bermula dari zaman bujang, mengikut pandangan peribadi saya sendiri.
Ketika Bujang
Di peringkat ini, komitmen hanyalah terhadap diri sendiri sahaja. Tak banyak perkara yang perlu difikirkan; pelajaran/pekerjaan dan ibu bapa.
Ketika Awal Perkahwinan
Bila dah berkahwin, bermulalah satu komitmen baru dalam kehidupan. Kaum lelaki perlu mengambil kira soal isteri, kaum wanita pula perlu mengambil kira soal suami. Bukan itu sahaja, soal mertua juga semestinya tidak boleh dipandang ringan.
Ketika Anak kecil/kanak-kanak
Saya berada di peringkat ini sekarang, anak sulung saya sudahpun bergelar seorang kanak-kanak. Di peringkat ini si anak masih bergantung sepenuhnya dengan ibu bapa. Dalam situasi saya sekarang, urusan menghantar dan mengambil anak dari sekolah/tadika menjadi rutin harian saya dan mungkin berterusan untuk beberapa tahun lagi. Ternyata bukan perkara mudah menjadi ibu bapa ni, terutama dalam mendidik mereka supaya “menjadi” di kemudian hari. Bagi saya, ibu bapa zaman sekarang beruntung kerana banyak sumber-sumber ilmu yang boleh diperolehi untuk tujuan pendidikan anak. Kalau diibaratkan mendidik anak dengan membuat sebiji kek, saya sekarang masih dalam proses membuat adunan. Saya tertanya-tanya, menjadi ke kek saya adun mengikut resepi ni?... dan berharap ianya menjadi.
Ketika Anak Remaja
Mungkin suatu kelegaan bagi kebanyakan ibu bapa di peringkat ini kerana si anak sudah pandai berdikari. Suatu kelegaan juga jika si anak boleh diharap untuk membantu tugas-tugas harian di rumah terutama bagi golongan yang tiada pembantu rumah. Di peringkat ini, ibu bapa mungkin semakin risau akan pelajaran anak-anak. Mungkin ada yang tertekan bilamana si anak bakal menghadapi peperiksaan besar. Usaha mendidik peribadi anak juga semakin mencabar, pelbagai unsur dan pengaruh mudah sekali diperolehi anak remaja di zaman serba moden ini.
Ketika Anak Dewasa
Anak dewasa, si anak pula yang akan membawa hala tuju masing-masing. Di peringkat ini mungkin kita akan mula menerima menantu pula, si anak pula yang akan melalui kitaran yang kita lalui. Saya juga tidak dapat membayangkan bagaimana rasanya menjadi mertua. Terpinggirkah saya kerana berkongsi kasih si anak dengan orang lain? Di peringkat ini mungkin ada yang teringin-ingin nak menimang cucu dan terkenang kembali bau harum tatkala mencium si bayi berpuluh-puluh tahun dahulu.
Walau di peringkat mana sekalipun kita berada, semoga kita semua dapat menghadapinya dengan penuh ketenangan.
DAA
2011-02-23
Subscribe to:
Posts (Atom)