2011-03-22

Terharu nya...

Cer teka, cer teka, eheh. Saya rasa agak serabut akhir2 ni, serabut dgn keje2 opis lah. Pegi lunch td pun duk cakap2 pasal keserabutan ni. Balik lunch, pegi cek surat, dpt surat spt di bawah.


Rasa malas je nak pandang surat tu, nampak tak senonoh je sampul recycle tu kan. Eh, tak baik cakap macam tu, kena sokong keje2 recycle ni, save our planet! Nampak tak tulisan kat atas tandatangan tu, saya terpandang, nampak mcm tulis tahniah. Dlm hati 'Eh, kenapa tahniah ni? Ke surat lantikan apa2 ni? Atau dpt award apa2?' Baru lah teruja nak buka surat ni, nak tau jugak dpt tahniah sbb apa.

Sampul dibuka, isi surat dibaca, kembang kempis hidung saya, terasa nak menitik air mata, terharunya! Ingat tak baru2 ni saya ada mohon naik pangkat? Alhamdulillah, dah lulus pun. Moral of the story, jgn menilai isi surat pada sampul nye. Tak sangka pulak begitu mudah naik pangkat lepas ptk dihapuskan ni, ingatkan kena interview2 jugak. Rakan2 seperjuangan, tingkatkan usaha, semoga sama2 berjaya! Owh saya pun kena tingkatkan usaha jugak, harap2nya setimpal keje2 saya dgn pangkat yg diterima.

2011-03-10

Soklan Cepu Mas

Sebelum2 ni Wardah suka tanya:
Perut kakak ada baby tak?
Baby tidur? Bila nak bangun?

Semalam dia tanya:
Baby gelap tak duk dlm perut?

Baby ada mata tak? tangan? Hidung? Dll.
Baby pakai baju tak?

Lagi pertanyaan dia:-


Wardah: Nanti kena potong perut mama?
Mama: Tak.
Wardah: Macam mana baby nak keluar?
Mama: Haaa, abah, mcm mana nak jawab...
Abah: Baby keluar kot 'tut'.

Wardah gelak2 je.
Mama dan abah cuba jawab mcm ni pulak: Wardah besar nanti, Wardah tau lah.

Ohh mcm mana nak jawab soklan2 yg lebih mencabar ni?

Kalau dgr pasal isu pendidikan seksual utk budak skolah, the right person utk explain soklan2 mencabar ni, mak pak nye lah. Hmm mama dah kena mula cari jawapan nak menjawab soalan2 sebegini lah ni.

2011-03-05

Lagi2 Wardah

Arini tadika Wardah wat Sports Carnival & Family Day. Mama excited sbb first time boleh tengok dia main sukaneka, tp mama kena jaga test pulak arini. Mama harapkan abah ambik video je lah. Mama pegi jugak hantar dia sekejap pastu pegi jaga test. Sampai kat tempat test, bilik tu tak cukup meja lak. Ada 4-5 org mama suruh duduk kat meja2 luar kat aras lg satu, kena panggil abah tolong jaga bebudak 4-5 org tu sambil2 jaga Athirah. Tak dpt jugak nak tengok aktiviti Wardah. Abis test baru pegi semula nak tengok aktiviti dia, tp diorg dah bagi2 medal dah. Intai2, Wardah dapat 1 medal, dpt no. 3 main bola kertas. Terkilan tak dpt tengok walaupun mcm game simple je


Mama dan Athirah bg sokongan dgn berbaju biru, ehek