2011-05-18

Baby Imam 8 hari

Baby Imam dah boleh keluar spital. Baby Imam muntah darah dan berak darah, hari Ahad baru betul2 habis darah tu. Selama tu baby puasa, mama pun tak berani nak pegang sbb ada wayar2 kat bdn dia. Jaundice tak teruk, skjp2 je dia duk bwh lampu. Hari Isnin baru mama dpt peluk baby. Apa kena sbnrnya baby Imam ni? Doktor kata dia masih investigate apakah itu memandangkan both mama n baby sehat je, taktau mcm mana boleh ada darah tu dlm perut baby. Nak kata darah ketuban, mcm fresh blood, ke ketuban mama ni special n fresh? Dia panggil hemo_ disease, mama tak ingat kat blkg hemo tu apa. Ikut family history, takde yg berpenyakit darah, mama hb rendah skit masa pregnant. Smlm ada lg sorang baby umur 5hari muntah n berak darah, tp baby tu 1hari je dah abis darah tu. Mama harap takde apa2 penyakit susulan kena kat baby.

2011-05-14

Baby Imam

Baby dah dinamakan sbg Muhammad Al Imam. Mama dan baby Imam dah discharge dr spital hari Rabu kul 10 mlm. Sampai rumah, baby muntah darah dlm kul 2pg hari Khamis, tak byk la. Mama expect tu mungkin darah ketuban, baby tertelan. Dlm kul 5pg gitu, lagi sekali dia muntah darah, kali ni byk. Tak mampu rasa nak citer. Pastu berak pulak berdarah. Lepas subuh kitorang bwk baby pegi spital, baby kena masuk wad. Keadaan baby semua ok, suhu bdn, tekanan darah, scan bahagian perut takde nampak apa2 masalah. Petang Khamis tu, baby dipuasakan, doktor kata kena tambah darah sbb darah dia dah kurang, pucat je dia, lega bila doktor kata bahagian pembedahan dah discharge baby, tak perlu bedah. Smlm dah merah balik muka dia lps dah tambah darah, darah yg keluar dr mulut dah takde, beraknye masih lg darah, baby Imam masih puasa lg. Hari ni tak pegi jenguk lg, abah pegi hntr tokki naik bas kat sri putri, mama tgh tunggu abah balik ni. Doktor takde call, harapnye ok lah tu. Kenapalah dgn baby ni, ada yg kata itu kenan. Harap baby cepat sembuh.

2011-05-09

Cuti..

Alhamdulillah, dah siap marking paper exam. Masuk markah nye belum, yg tu takpe simple je. Hari ni saya start cuti, ambik cuti rehat. Nak kata tak larat tu, takdelah, tp disbbkan hari ni dan esok student undergrad kena present projek, dan saya telah menolak kerja2 menilai projek ni dgn alasan nak start cuti, maka segan la pulak nak tunjuk muka kat opis. Lega sket rasa dah settle marking, tp ada la sket2 lg keje yg saya kena cuba siapkan. Nak cek slide student, esok diorang kena present. Lg, nak settlekan keje selaku editor jurnal jabatan. Pastu barulah boleh menunggu hari dgn tenang, keperluan semua dah lengkap rasanya, cuma keadaan rumah sgt tak kemas lg. Tunggu abahnye kemas, tak terbuat lg, dah dpt tukang cuci, tp dia tak jd dtg Sabtu ritu, tunggu lain hari plak. Semua keje sibuk ek, tukang cuci pun sibuk, jadual penuh memanjang.

Bila ntah baby nak keluar nih. Saya dah tak ingat sebenarnya rasa contraction tu camne. Debor rasa setiap kali rasa cam perut memulas, rasa baby lonjak2 ke bawah, proses dia la tu kot. Masa Athirah dulu, dah masuk ubat, contraction skit2 je, siap gelak2 bila abahnye buat lawak. Bila doktor dtg dan seluk, dia kata dah boleh teran dah. Gumbiranya kalau dpt mcm tu lg dan berkata dlm hati "Kalau mcm ni, bersalin ramai pun takpe + harapnye keadaan ekonomi kami pun seiring majunye". Semoga saya dan baby selamatlah nanti, dan kedua2 kami sehat, amin.