Citer basi dah, tp takpelah, sambil2 tunggu abah jemput mama. Mama ada appoinment ngan doktor arini, bercinta betul nak dtg jumpa doktor psl bersalin ni, tp segan lak nk skip, nak bersalin tau pulak dtg cari doktor, huu.
Gini citer bersalin kali ni. Isnin, 9 Mei mama start ambik cuti rehat, due 20 Mei. Isnin tu mama hntr anak2 mcm biasa, pegi Jusco nak cari hadiah utk abah sempena anniversary ke-5 kitorang. Mama baru pandai buat kek, rasa mcm muffin kenny rogers tau kek yg mama buat tu, hehe kek jd muffin lak. Alang2 mama dah cuti, mama plan nak wat cupcake sempena anniversary, 12 Mei. Mama dah beli cawan kertas utk kek tu, alat2an utk decorate kek pun beli jugak.
10 Mei siapkan menilai artikel, hntr anak2 n pergi ofis hntr artikel yg dinilai kat bos then pegi byr duit buku yg student beli kat tuan nye buku. Mlm nye ada skali rasa sakit mcm ditarik2 kat bwh.
11 Mei, mama terjaga kul 2 pg, lg skali rasa sakit mcm tu. Mama rasa nak suh abah ambik cuti, standby kot2 siang karang betul2 sakit. Tak pun terus g spital suh induce, sbb risau timing tak betul masa sakit. Kul 4 pg gitu, sakit makin kerap, mama jln kehulu kehilir, sakit tu ilang. Lps tu mama cek ada darah, mama decide nak terus ke spital. G hntr anak seme, sampai spital dlm kul 6.30 pg, bukaan dah 5cm, terus nurse bg sedut gas. Mama sempat tengok jam kul 7.30 pg rasanya, sblm teran. Alhamdulillah, keluarlah seorg baby boy pd pukul 7.43 pg. Mama pun dah tak ingat sakit bersalin kali ni mcm mana, mungkin sbb hepi dah slmt bersalin. Abah kata push nye skjp je banding masa Athirah dulu, keadaan mama alhamdulillah lebih kurang masa Athirah dulu. Mama dan Abah sgt hepi, mama kata ni hadiah sempena anniversary ke-5. Abah kata bolehlah 2 org lg boy, awalnye dia order. Mama dan baby dpt keluar wad lebih kurang kul 10 mlm.
12 Mei, spt dlm entry sblm ni lah, mama masih lg sebak nak bercerita saat menyedihkan itu. Anniversary mama n abah, mama berendam air mata kat spital, tunggu baby.
Kakak2 dan baby - Wardah suka sgt ngan baby Imam, slalu dia nak nyelit tido atas katil baby. Athirah pun so far mcm ok ngan baby, dia pegang2 baby nampak kasar skit tp pd pengamatan mama, dia takde niat nak berkasar pun.
2 minggu ni kakak2 berdua ni duk kat rumah, sama2 cuti ngan mama. Sblm ni hntr diorg lwt, kalau ikut abah awal sgt la plak. Mama rasa mama boleh je nak drive hntr diorg tp takpelah, kang terkejut org tengok ibu berpantang drive kete.
Kakak2 berdua ni biasalah bila ada mama, nak bermanja ngan mama lah, syukur sbb mama sihat nk melayan diorg. Kdg2 rasa mcm ok kalau balik pantang kat kampung lak, mesti diorang suka main ngan pakcik2 dia. Tp satu je, pengalaman mama masa Wardah dulu, tak tahan kepanasan, segan nk sebut alasan itu, sbb rasa bunyi ngade2 je, huu. Nasib baik tok ok je duk sini lama2. Tok kata nak duk sini sampai akhir bln 6. Kalau jd, bolehlah mama hntr kakak2 kat skolah, pastu ajak tok n baby Imam g shopping, hehe. Harapnye tok hepi duk sini.
2011-05-24
2011-05-18
Baby Imam 8 hari
Baby Imam dah boleh keluar spital. Baby Imam muntah darah dan berak darah, hari Ahad baru betul2 habis darah tu. Selama tu baby puasa, mama pun tak berani nak pegang sbb ada wayar2 kat bdn dia. Jaundice tak teruk, skjp2 je dia duk bwh lampu. Hari Isnin baru mama dpt peluk baby. Apa kena sbnrnya baby Imam ni? Doktor kata dia masih investigate apakah itu memandangkan both mama n baby sehat je, taktau mcm mana boleh ada darah tu dlm perut baby. Nak kata darah ketuban, mcm fresh blood, ke ketuban mama ni special n fresh? Dia panggil hemo_ disease, mama tak ingat kat blkg hemo tu apa. Ikut family history, takde yg berpenyakit darah, mama hb rendah skit masa pregnant. Smlm ada lg sorang baby umur 5hari muntah n berak darah, tp baby tu 1hari je dah abis darah tu. Mama harap takde apa2 penyakit susulan kena kat baby.
2011-05-14
Baby Imam
Baby dah dinamakan sbg Muhammad Al Imam. Mama dan baby Imam dah discharge dr spital hari Rabu kul 10 mlm. Sampai rumah, baby muntah darah dlm kul 2pg hari Khamis, tak byk la. Mama expect tu mungkin darah ketuban, baby tertelan. Dlm kul 5pg gitu, lagi sekali dia muntah darah, kali ni byk. Tak mampu rasa nak citer. Pastu berak pulak berdarah. Lepas subuh kitorang bwk baby pegi spital, baby kena masuk wad. Keadaan baby semua ok, suhu bdn, tekanan darah, scan bahagian perut takde nampak apa2 masalah. Petang Khamis tu, baby dipuasakan, doktor kata kena tambah darah sbb darah dia dah kurang, pucat je dia, lega bila doktor kata bahagian pembedahan dah discharge baby, tak perlu bedah. Smlm dah merah balik muka dia lps dah tambah darah, darah yg keluar dr mulut dah takde, beraknye masih lg darah, baby Imam masih puasa lg. Hari ni tak pegi jenguk lg, abah pegi hntr tokki naik bas kat sri putri, mama tgh tunggu abah balik ni. Doktor takde call, harapnye ok lah tu. Kenapalah dgn baby ni, ada yg kata itu kenan. Harap baby cepat sembuh.
Subscribe to:
Posts (Atom)