2011-06-10

31 hari dah

Cuti skolah baru ni, tokki dtg bawak budak2 skolah yg ditinggalkan oleh tok. Kdg2 mama rasa bersalah jugak sbb mengimpot tok dtg sini, kesian budak2 skolah yg dah tak beringus tu. Ayat penyedap hati mama: Kak ipar depa ada, boleh je urus mkn minum insan2 yg ditinggalkan tu, hehe. Bukan slalu pun dpt kelebihan mengimport tok lama2 gini. Lega jugak mama bila tok kata tak penat pun duk sini sbb masing2 basuh pinggan cawan sendiri kecuali yg di bwh umur, kalo kat kg duk sekejap je penuh gelas cwn tak berbasuh. Lg point yg melegakan mama, tok kata dia leh rehat lelap mata kat sini, kt kg slalu ada jiran bertandang lama2. Yea, lain kali leh impot lg la.

Tok dah balik smlm, pd hari ke-30, skali ngan tokki n the budak2. Sepanjang 29 hari lps, mama rasa mcm ok je pe'el Wardah n Athirah. Cuma kena rajin pujuk je diorg ni, keje berat mcm berdukung takde pun. Alih2 bila tok balik smlm, Athirah nak dukung lak pastu nak duk atas riba mama n tak bg mama ambik baby. Hari ni semakin better perangai dia, cuma dia byk nak menempel ngan mama, tak berapa sihat kot nye ... cirit. Harap2 tak lama perangai dia tu. Tolak sabtu ahad, tinggal 5 hari lg mama kena bertahan sblm cukup 40 hari. Baru2 ni abah dpt berita yg dah lama ditunggu2. Abah dpt pergi umrah 31 Julai ni, company sponsor. Mama beria2 nak ikut, tp smlm dpt berita mama takleh join sbb dah penuh. Ada lah hikmahnye tu mama takleh join, sekurang2nya mama tak berjauhan ngan baby. Penat mama meleleh airmata aritu, pikir nak bawak baby ke tak. Mama pun kena tinggal rupanya.

Ni baby Imam pada hari ke-31, dah bulat skit.

Ni lah yg membawa baby Imam ke spital aritu:

2011-05-28

Petua Hari Ini

Akak yg mengurut saya jenis byk ckp, saya jenis byk mendengar je, selain urm, ooo, eh, sesekali ada la menyampuk bila ada modal. Hari kedua saya berurut, mak saya join skali masa bertungku, nak bljr cara betul bertungku katanya. Mak saya pun jenis byk ckp, bila bertemu dua insan peramah ni, byk la citer yg keluar, byk juga ilmu dan petua yg saya dpt dlm sesi berurut kali ni.


1) Petua mudah bersalin: bykkan buat exercise sujud masa menunggu hari bersalin. Dlm keadaan bersujud, kepala baby akan mudah tertolak ke bawah.


2) Kalau nak buat sendiri air mandian herba lepas bersalin, boleh cuba rebus campuran bahan2 ni: daun sireh, daun pandan, serai wangi/serai biasa, ketumbar, jintan manis, lada hitam.


3) Amalkan minum air rebusan daun sireh, bagus utk kesihatan dan boleh menyerikan muka.


4) Air rebusan daun inai pun bagus diamalkan utk serikan wajah. Juga bagus utk kesihatan.


5) Ni petua dr mak saya, kalau suatu hari ditakdirkan suami dah tak ingat rumah boleh lah amalkan ayat Nabi Ibrahim ketika dibakar api ni utk bg hati suami lembut skit

Qul na yaa narukunni, bardan wassalaman 'ala ibrahim

Mak saya dpt sebiji tungku besar yg best dan satu sesi urutan percuma dek keramahannye itu, murah rezeki omak.

Pantang - hari 18

Talipusat bb Imam dah tanggal 2 hari lepas, hari ke-16. Hari bday saya jugak, dlm pantang, abah wat balik kek je sebijik:


Sama dgn kek masa bday saya yg ke-25. Kesimpulan yg saya buat sendiri, saya masih lg spt 5 thn yg lps, ehehe.

Berpantang kali ni saya lebih rajin bertungku, berurut pun arini akan complete 3 kali. Tgh mood berpantang ni, saya request benda alah spa, silap.. sauna yg psg kat rumah tu sbg hadiah bday. Tak ditunaikan pun, dpt bende lain. Alasannya: bila panas merungut sgt, duk dlm spa sauna yg panas tu nak pulak, huhu takpelah.

Dah 2minggu lebih berpantang ni, saya dapati menggayakan stokin yg comel2 adalah satu kepuasan bg seorg ibu yg sdg berpantang. So next time perlu masukkan stokin yg comel2 dlm checklist keperluan bersalin.

Cuti skolah dah mula. Plan nak buat kenduri aqiqah kat sini, tp tak ramai adik beradik yg dpt dtg, so cancel plan, buat kat rumah tokki lah mungkin bln pose atau raya nanti, ke nak tunggu raya korban? Tengoklah keadaan mcm mana.


Doa memberi nama anak (mama baru nak baca):
Allahummaj 'alna haadzal ismi mubaarakal lahu fiiman khafaka wattaqaka, waj 'allahu bil waalidaini ihssaana.
 
Ya Allah! Jadikanlah nama ini memberi berkah baginya, menjadi anak yang taqwa kepada Allah dan berbakti kepada ibu bapanya.


Allahumma thawwil 'umurahu fii thaa 'atika shahhih ajsaadahu, Allahummaj 'Alahu za 'iiman fi kabirihi, wa tsabbit imaanahu 'alaa balaa ik.


Ya Allah! Panjangkanlah umurnya dalam mentaati agama Engkau, sehatkanlah tubuhnya.  Jadikanlah dia sebagai pimpinan setelah dewasa, dan tetapkanlah imannya menghadapi cobban dunia dan akhirat.


 Doa sembelihan aqiqah:

Bismillâhi wa billâhi, Allâhumma `aqîqatun `an fulan bin fulan, lahmuhâ bilahmihi wa `azhmuhâ bi`azhmihi. Allâhummaj`alhâ wiqâan liâli Muhammadin `alayhi wa âlihis salâm.

Dengan nama Allah dan dengan Allah, aqiqah ini dari fulan bin fulan, dagingnya dengan dagingnya, tulangnya dengan tulangnya. Ya Allah, jadikan aqiqah ini sebagai tanda kesetiaan kepada keluarga Muhammad saw.

Innii u’iidzuka bikalimaatillaahit taammati min kulli syaythaanin wa haammatin wamin kulli ‘aynin laammatin.

Aku berlindung untuk anak ini dengan kalimat Allah Yang Sempurna dari segala gangguan syaitan dan gangguan binatang serta gangguan sorotan mata yang dapat membawa akibat buruk bagi apa yang dilihatnya. (HR. Bukhari)