2012-05-22

Ketupat sotong

Ini ketupat sotong.


Cerita pasal sotong:

Dulu saya masak sotong tak buang kulit luar dia. Pastu mak mertua dtg, saya tengok dia buang kulit luar. Baru lg dpt ilmu kena buang kulit sotong thn lps, adik ipar kata kalau tak buang rasa gatal.


Baru2 ni tanya mak saya pulak, mAk kata dulu dia buang jugak pastu ada jiran kata kulit sotong tu memaniskan kuah, so si omak dah tak buang kulit luar sotong. Saya pulak, sesuaikan dgn keadaan, kalau masak utk family sblh suami atau tetamu lain, kena la buang. Kalau utk sendiri makan, bergantung pada tahap kerajinan.


Byk lg perlu belajar bab2 ni. Bab ikan contohnya, selalu ikan dah siang siap2 kat pasar. Saya tahu basuh, kelar atau belah belakang je sebelum di masak. Pernah abahnye tegur, 'ekor dop kerat sket.' Baru jugak tahun lepas mendapat teguran ini. Oo kena kerat ke, saya duk hidang je dgn ekor ikan yg ori selama ni. Mungkin jugak lain org lain caranya. Itula dia persoalan2 remeh org yg suka duk ceruk dapur ni. Tu lee, zaman muda tak berapa duk dapur.


Published with Blogger-droid v2.0.4

2012-05-21

Bersukan

Main ping pong di meja makan.


Tak reti nak guna blogger kat hp baru, guna blogdroid ni cam ok. Testing testing.


Published with Blogger-droid v2.0.4

2012-05-14

Ikan Lemon

Athirah dpt kluar spital Khamis baru ni. Pegi makan2 sempena Athirah sehat, bday Imam n anniversary mama&abah kat sizzling stonegrill. Alhamdulillah Athirah dah kembali berselera
Alamak terbalik, alamak serabai


Sabtu is our 6th anniversary, dah celebate, tak ke mana lah. Masakla skit, seminggu dah tak masak. Menu ikan lemon, kerabu mangga, jus durian belanda. Kegemaran terbaru, ikan lemon, diubahsuai dr resepi lemon chicken















Imam pada usia 1 tahun 1 hari



















My parents dan 2 sisters baru balik dr Brunei, datang sini semalam sbb kesiankan saya pasal nursery tutup, masak lg skali ikan lemon, sempena hari ibu kononnye, tp abah g beli sate babat on the way pegi ambik diorang, kacau betul, dah tau kita masak padahal, eh membebel lak. So sesampainya diorang, makan sate dulu, hasilnya ikan ku dah tak rangup masa dimakan, takpela yg penting saya enjoy sos lemon itu