2012-05-26

Bertambah Umurku

Rasa semacam je sebenarnya bila sampai tarikh bday bila dah 30 an ni. Terpaksalah tengok pertambahan angka2 ni, syukur jugak diberi penghidupan. Sempena bday ku ni, mari hayati bait2 lagu Opick ni 'Jauh melangkah berharap meniti waktu berlalu Jauh berjalan lewati berjuta warna kehidupan Tanpa sedari dalam cermin wajah ini Bertambah umurku dlm hidup yg semakin merapuh Allah bukalah hatiku Bimbing di jalan terangMu Selamatkanlah jiwa yg gelap dlm cahaya rahmatMu Allah Kau maha cahaya beri petunjuk sang jiwa Ampuni diri yg lelah kadang sesat ku melangkah'

2012-05-25

Chicken Wrap

My homemade chicken wrap with coleslaw. Mama wrap je ayam goreng seketul, semua dah tau bezakan tulang dan isi kan, hehe.


Published with Blogger-droid v2.0.4

2012-05-24

Keperluan memberi

Petua nak murah rezeki, banyakkan memberi, Prof Muhaya selalu sebut mcm ni. Memberi tu mcm2 bentuk; harta, tenaga, idea dll.


Harta tak berkurang kerana memberi sedekah, rezeki yg kita ada tu adalah dariNya, ada hak org lain juga padanya, kita adalah perantara.


Sedekah 1 ringgit semasa kita ada duit 2 ringgit adalah lebih tinggi nilainya berbanding sedekah 1 ringgit semasa kita ada 5 ringgit. Sbb 1/2=0.5 kan lebih besar dari 1/5=0.2. So jgn risau utk memberi dlm situasi kita yg kesempitan, tinggi nilainya tu.


Dalam mengurus kewangan, kita selalu sebut kehendak dan keperluan. Selalunya pelaburan kita tak katakan ia sebagai kehendak, mungkin lebih kpd keperluan, sbg jaminan masa hadapan. Sedekah juga adalah suatu pelaburan, keperluan diri kita yg dpt memenuhi keperluan org yg memerlukan. Pulangannya terbaik dan adakalanya tak disangka2 dari Ar-Razzaq.


~ Semoga diri ini bersemangat memberi dlm apa jua keadaan ~


Published with Blogger-droid v2.0.4