2009-08-28

7 Ramadhan 1430

Alhamdulillah, syukur kupanjatkan kehadrat Illahi. Aku dah lulus viva, Alhamdulillah. "Tiada kekuatan dan daya melainkan dari ALLAH yang maha tinggi lagi maha mulia". 2jam jugakla perjalanan viva ku tadi. Hilang dah satu bebanan berat kat kepala. Punyala suka hatiku ni, keluar kete td pun tersilap pakai kasut sebelah, selipar sebelah, huhu. Hajat hati nak pegi berpoya2 bila dah selesai, tp terpaksa ditangguhkan dulu. Aku kena siapkan correction dlm masa sebulan ni. The degree will not be awarded if the candidate fails to submit within this period. "Ya Allah, permudahkanlah juga urusan ku ini".

2009-08-27

Budak2 main bedak


Athirah tdo kat r.tamu. Aku g solat. Suami lak main game kat bilik. Wardah b'main bebas. Sudah solat, kutengok separuh muka Athirah kena bedak. Angkara Wardah la ni. Bahaya betul tinggal diorang tanpa pantauan. Tp t'hibur gak skit hatiku yg gundah gulana ni tengok gelagat anak2. Anak2 pengubat duka...

2009-08-24

Si Puteri Bunga


Amira Al Wardah = Puteri Bunga

Ku ingat minggu ni malas meng update, tapi ada pulak perkara berbangkit yg ingin ditulis. Hehe, ni isu lama dah sebenarnya, pasal maksud nama Amira. Dah daftar nama baru aku perasan bila abang ipar aku sebut kat anak dia, ni puteri bunga ros. Masa tu dia datang melawat Amira masa baru lahir. Jumaat baru ni, aku jumpa Ketua Jabatan, KJ. Dia tanya nama anak2, maksud nama pun dia tanya. Pasal nama Amira ni, dia kata "takkan Puteri Bunga kot". Aku kata "hehe, saya beri nama ikut sedap dengar je". Huwaaa dapat komen pasal Puteri Bunga lagi. Memang betul pun Puteri Bunga, so aku tak ambik hati lah. Sebenarnya masa kupilih nama Amira Al Wardah tu, aku tak terpikir maksud keseluruhanya. Aku hanya ambik 2 perkataan yang membawa maksud yang baik. Kupilih Amira yg bermaksud pemimpin/puteri memandangkan dia anak sulung, besarlah harapanku supaya dia dapat menjadi pemimpin utk adik2nya nanti. Nak pilih nama bukan senang, maklumlah kena ada persetujuan dari suami pulak, yg kita berkenan dia tak kenan dan sebaliknya lah. Akhirnya dapatlah jugak nama Wardah yang dipersetujui kedua2 pihak. Jadilah Amira Al Wardah. Bagi aku bunga tu melambangkan wanita, jadi secara simboliknya Puteri/pemimpin Wanita la gitu maksud nama Amira. Jgn jadi Ketua Puteri UMNO sudah le, takmola politik2 ni. Abahnya kata, Amira nampak macam ada ciri2 pemimpin yg diktator, sbb selalu dia nak suruh org ikut cakap dia je. Nak try tukar panggil Wardah la pulak, tengok jadi bunga2 tak.