2011-11-11

Imam buntal

Imam dgn rambutnya...

Pakcik Makcik nye di Dungun tgh sakan pelihara ikan, diorang kata Imam macam ikan buntal.

Makin terserlah kebuntalannya setelah dibotakkan...

2011-10-15

Me n kids

Imam
Umur Imam dah masuk 5 bulan, bln dpn kena fikir menu utk Imam lak, sekejap je rasa. Imam dah berjaya meniarap baru2 ni, lama dah dia mengiring tp slalu sangkut kat siku, berjaya juga akhirnya. Imam yg soleh, air liurnya meleleh. Selalu aje baju dia basah tang dada. Abah nyer kata mama ada mengidam tak dapat, abah nyer nak try petua sapu mknn kat mulut baby tu. Mama fikir2 apa yg mama mengidam, masa ujung2 pregnant ritu mama rasa nak mkn pulut durian, tp takdela beria2 sgt nk mkn, so mama tak cakap pun la nak mkn. Lama dah takde org jual durian on d way ke rumah. Baru2 ni, ada la durian kat pasar malam, semangat abah nyer suh mama masak pulut durian. Maka, makanan pertama yg Imam rasa ialah pengat durian, huhu. Tp sampai hari ni meleleh gak lg air liur dia, cari kat google, ramai ibu2 kata normal je tu, tak pasal2 Imam mkn pengat.

Athirah
 Time kat opis mama slalu teringat Athirah. Mama rindu gaya dia sebut mama dan abah 'Mammaaa', 'Abbbaaah', dgn suara manja dia, pastu mulut dia suka buka luas2, lg dia suka wat muka nakal2 yg comel.

Wardah
Dah dekat setahun Wardah duk Tadika. Masalah mama, pg2 susah juga nak siapkan dia, mama selalu dtg lambat, paling awal mama boleh berada kat opis kul 9. Balik lak awal, kul 5 mama kena ambik dia dah except Jumaat. Berat kepala mama pikir tang keje2 tak berkesudahan ni, sempat terisi dgn hal2 pengajaran je. Berat2 pun, lena je tido kat rumah, huhu. Tadika yg skrg bg mama ok dah, dia dpt serba sedikit pun alhamdulillah, budak2 ni potensi nya berbeza. Setakat ni Wardah kenal la jugak huruf2, boleh dah tulis huruf2 (tak semua la), bacaan alfatihah, 3kul ada la dgr bunyi2 nye tp still ada silap, english word adala skit2, speaking takde lg. Hmm thn dpn nak tukar tadika kat rumah lak, rege lebih mahal 20inggit je dr yg skrg, lewat skit baliknye, dpt le mama manfaatkan masa lepas solat asar kat ofis, semoga lega la kepala mama ni nanti.

Life mama skrg, ofis-rumah-femili, uhuk, best je eheh.

2011-09-25

Melaram? Duit raya?

Smlm ada majlis hari raya ofis abah, thn ni wat kat satu rumah kat tmn nong chik. Ada award psl pakaian, alahai mama takde baju melaram, baju raya mama baju kurung je, hari2 pun pakai baju kurung pegi keje, takde spesel dah. Mama rasa selebet, bulan pose ritu, diorg wat majlis berbuka kat pan pac, mmg selebet mama pakai tshirt je, tak sempat nak iron baju tekpon.

Majlis raya thn ni ada award pakaian sedondon, glamer, kids, hmm satu pun tak menang. Kategori sedondon tu mcm ada harapan nk mng, yg mng thn ni tu sbb femili diorg pakai baju dr 1 kayu, hmm. Tp abah antara yg dpt cabutan bertuah duit raya besar, tak sampai 200inggit pun tp. Hmm anak2 ada duit raya, abah pun ada, mama sorg je takde, rasa tak aci. Akhirnya dgn ayat kesian, mama dpt duit raya jugak dr abah. Teringat lak aritu mama tazkiroh Wardah, jgn mengharap duit raya, skrg mama lak yg teringin nk dpt duit raya, kuikui.