
Amira Al Wardah = Puteri Bunga
Ku ingat minggu ni malas meng update, tapi ada pulak perkara berbangkit yg ingin ditulis. Hehe, ni isu lama dah sebenarnya, pasal maksud nama Amira. Dah daftar nama baru aku perasan bila abang ipar aku sebut kat anak dia, ni puteri bunga ros. Masa tu dia datang melawat Amira masa baru lahir. Jumaat baru ni, aku jumpa Ketua Jabatan, KJ. Dia tanya nama anak2, maksud nama pun dia tanya. Pasal nama Amira ni, dia kata "takkan Puteri Bunga kot". Aku kata "hehe, saya beri nama ikut sedap dengar je". Huwaaa dapat komen pasal Puteri Bunga lagi. Memang betul pun Puteri Bunga, so aku tak ambik hati lah. Sebenarnya masa kupilih nama Amira Al Wardah tu, aku tak terpikir maksud keseluruhanya. Aku hanya ambik 2 perkataan yang membawa maksud yang baik. Kupilih Amira yg bermaksud pemimpin/puteri memandangkan dia anak sulung, besarlah harapanku supaya dia dapat menjadi pemimpin utk adik2nya nanti. Nak pilih nama bukan senang, maklumlah kena ada persetujuan dari suami pulak, yg kita berkenan dia tak kenan dan sebaliknya lah. Akhirnya dapatlah jugak nama Wardah yang dipersetujui kedua2 pihak. Jadilah Amira Al Wardah. Bagi aku bunga tu melambangkan wanita, jadi secara simboliknya Puteri/pemimpin Wanita la gitu maksud nama Amira. Jgn jadi Ketua Puteri UMNO sudah le, takmola politik2 ni. Abahnya kata, Amira nampak macam ada ciri2 pemimpin yg diktator, sbb selalu dia nak suruh org ikut cakap dia je. Nak try tukar panggil Wardah la pulak, tengok jadi bunga2 tak.
4 comments:
comeynyer wardah (tibe2 pggil wardah terus..)
athirah al husna plak maksud apa atie? besar dh wardah kan..
Athirah = yg utama/mulia, Husna = Yg baik. Kalau Amira Al Husna baru mcm kena skit maksudnya, Puteri yg baik. Anak Lah VE namanya Amira Zaharah, kalau Zahra maksudnya bunga jugak, hehe sama.
blur bace entry yg sblm ni, ingat ade no3 name wardah plak.. hehe
Post a Comment