Keadaan di fakulti pagi ini amatlah lengang. Aku masuk opis dekat kul 10, tempat parking vip2 fakulti semuanya kosong, dah bercuti lah tu. Aku merupakan orang kedua yg key in no. staf kat jabatan. Hari ni aku pegi sekadar nak key in je sebenarnye, hehe. Cikgu2 kat nursery dah bgtau aritu, hari ni separuh hari je nursery bukak, kena ambik anak2 kul 12. Arggh... kami belum shopping raya! Sebelum ni mmg plan hari2 terakhir ni nak shopping time anak2 kat nursery. Tp smlm dan kelmarin dah dihabiskan utk hal2 rumah baru. Tinggallah pagi ni saje utk shopping berlenggang tanpa perlu bawa anak2 sekali. Suami lak ada hal pagi ini. Maka keseoranganlah aku pegi shopping last minit dari 10pg-12noon. Pegi pun takleh jauh le, setakat Jusco tmn u je. Shopping pun laju je, main ambik mana berkenan, berpatutan dan muat badan. Dapatla jugak beli sepasang sorang baju kebangsaan berwarna coklat kecuali Athirah. Takde saiz lak kurung utk Athirah, jd kubeli baju baby biasa aje tp ada sikit2 rona coklat. Handbag ngan sandal sempat kujeling saja td. Sepasang baju ni lah yg akan diulang pakai sepanjang majlis2 di bulan syawal thn ini. Bermula dgn kenduri aqiqah Athirah + majlis tunang adik ipar pd raya ke-4 ni, pastu majlis hari raya kat tempat keje dan juga rumah2 terbuka nanti. Kuih raya, aku hanya sempat beli mana yg di offer oleh kawan2 saje. Duit raya lak, aku tak menyempat nak g bank, cuma bahagian suami je lah yg ada + duit raya lebihan tahun lepas. Thn ni pun tak dpt bonus, paham2la kot kalo dpt sikit, hehe. Gitula sedikit sebanyak persiapan raya kami thn ni, mmg tak berapa ingat nak raya. Lepas ni nak kena pikir juadah pagi raya lak, hmm nak mkn ape ye.
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.
1 comment:
Selamat hari raya mcnut, che din, wardah and athirah..jgn sedih2 xleh blk raya pertama..ekeke..
Post a Comment