Sejak balik dari raya, banyak betul aku mengular di waktu kerja utk urusan2 rumah bernombor 8. Saya ada laporannya:
1. Cari lampu dan kipas - settle, siap dah pasang. Lampu pilih yg paling murah je di antara yg berkenan kat kedai. Kipas kat living hall, dining ngan family hall kdk remote je, dlm bilik semua kipas biasa kdk je. Simple lah sangat2 aku rasa rumahku itu, huhu tak reti nak deco2.
2. Urusan dgn mr lee contractor akan selesai jumaat ni. Kabinet dapur lepas tu lah baru suh Kenny dan konco2nya dr Fortune Passage buat. Bln dpn gakla boleh masuk.
3. Perabot dah booking, dptla semua yg aku nak: set bilik king + tilam, sofa l-shape material kain + coffee table, kabinet tv + display cabinet, meja mkn, divider kecik.
4. Langsir ready made kat jusco n giant semuanya singkat (tak sama saiz ngan tingkap umah), so aku decide nak jahit sendiri yg simple2. Status: belum siap pun.
5. hud n hob nak g order lps ni. Yg fortune passage provide mahal, brand fotile. So kami cari sendiri la yg agak murah skit.
6. dekat nk masuk nnt kena cari rod langsir lak. Lg kena cari jugak drill dan tangga, sng nak pasang apa2 nanti.
Dah selesai semua ni bolehla sumbat perabot dan pindah brg2. Oohh belum habis lg urusannya:
1. Beli peti ais. Thermal pot pun dah rosak, kena ganti baru. Lepas tu kena panggil org pasang air cond rumah lama di master bedroom umah baru.
Hmm mcm dah selesai urusan takat tu. Dah kot. Byk kan urusan? Kebetulan sem ni aku takde kelas, sbb aku cuti bersalin awal sem. Kerja2 biasa je la ada, research, ajk, secretary ... Dah byk mengular ni, rasa bersalah lak. Aku terfikir dek krn mencuri waktu kerja utk urusan rumah, nanti Tuhan timpakan musibah kat umah aku ke sbg balasan, nauzubillah. Jd aku amik cuti 5 hari minggu ni. Tp dtg opis pun kejap2 jugak, dan masih lg mengular. Kena tambah cuti lg ler ni.
3 comments:
tggu la aku dlu klu nk buat warming house tu..aku nk join jgk. huhu..
InsyaAllah bln 12 ye kawan2, kenduri naik rumah + kenduri kesyukuran tamat bljr. Tarikh yg tepat blum ada, mebi first week bln 12 kot. Balik raya haji nanti mau ku import family kat kampung mai skali, biar happening dan pening gitu.
Nota kaki: Dah masuk rumah belum habis urusan rupanya, kena planning utk house warming lak maa.
waaa..bestnye atie...mesti sonot nk deco rmh bile otak dh clear dgn masalah study..tak sabo nk lawat kwn2 yg dh ade rmh sendiri ni..hehehe
Post a Comment