Gambo ni aku ambik masa aku g hntr susu tmbh Athirah suatu pg tu. Tengok tu, Wardah main sensorang je, tak campur ngan kwn2. Tp Wardah kenal kawan2 dia, nama2 yg aku tulis tu Wardah yg bgtau. Kbykn nama tu nmpk mcm betul kecuali Doli ngan Asih, mcm pelik je kan. Wardah tak reti sebut ni, Norli dan Nasih kot. Aritu ada cikgu dia bgtau "Wardah tak ceria mcm dulu sejak ada adik ni, main pun sorang2, mak nya ada marah2 ke?". Ooops mmg ada jugak aku marahkan dia, huhu. Selalu aku tengok dia ceria je kat umah, cuma bila diajak g skolah (aku bahasakan skolah utk nursery dia tu), dia selalu cakap taknak akhir2 ni.
Kat umah dia suka main games kat komputer, huhu kami dah menanamkan hobi main games kat Wardah. Asal2 nya masa aku berenti nyusukan Wardah dulu, dia jd susah nak tidur, asyik nak kena ngulik(dodoi) je. Tak terdaya aku di kala si suami takde di rumah, masa tu aku ngandungkan Athirah. Aku pun mulalah download sleeping lullaby kat youtube, kdg2 membantu gak. Lps tu kami mula download bhn2 lain utk dia; nursery rhymes, lagu alifBaTa, doa, abc dll. Di situ lah bermulanya pendedahan komputer kpd Wardah. Pastu tak ingat lak aku mcm mana dia mula didedahkan ngan games, abahnya kot, hehe abahnya mmg kaki games, mamanya skdr mengisi masa terluang je.
Bila Wardah duk kata taknak bila diajak ke skolah, aku agak dia dah boring ngan aktvt kat skolah tu. Kat umah ok je, agaknya dia nk duk kat tmpt yg lebih advance dan mhl kot, huhu. Tp alhamdulillah cikgunya kata dia dah ok semula, cuma dia masih main sorang. Dia marah sangat kalau ada budak kacau dia. Tp Wardah ada wat balik perangai baru lak kat umah. Kalau dia marahkan aku, dia suka nak jelir lidah yg berbunyi tu (paham tak?) tp nasib baik lidah dia tak terjelir, skdr bunyi bbbuuu je.
Bila Wardah main komputer, dia mcm tak ingat nak tidur. Pastu bila dia ngantuk sangat mulala cari pasal nak nangis, kdg2 kami tak berjaya nak pujuk. Bila tak berjaya nk pujuk ni la, kami naik marah. Tp selalunya kalau abahnya marah, automatik lak aku rasa kesian dan sebaliknya lah. Mujur gak camtu, kalau tak mesti kesian kan. Kdg2 dia nangis sampaila tertidur. Dia tidur dlm keadaan sedih, sbb tu agaknya dia tak ceria di keesokan harinya. Agaknya dia teringat2 lg kesedihan smlm. Skang ni aku cuba tukar aktiviti dia lak. Bila dah agak2 mlm tu, aku ajak Wardah masuk bilik baca buku sambil baring2. Cara tu mmg menjadi, bila dah boring baca buku, dia duk golek2 pastu tertidur sendiri je skrg ni. Tp mungkinkah bila bsr nnt dia mudah tertidur bila study??? Huhu.
Sempatla aku rakam skit video dia tp takleh lama, bila dia perasan mulala dia berminat nak main hp lak. Aku lah yg kena mengalah, kang nangis lak dia.
Wardah baca buku gini je,
mengenal objek, warna dan huruf dululah ye.
Nanti kita belajar mengeja lak.
Yg ni bkn baca pun,
dia kata "Ada bahaya, di sana".
Lagu wonderpets, hehe.
Patutla, ada gambar itik kat page yg dia buka tu,
dia guna perkataan derpet (wonderpet) utk itik.
Asyik Wardah je. Athirah? Athirah skang ni suka tonggekkan punggung dia bila meniarap. Dgn cara tu, dia akan bergerak sikit demi sedikit ke depan. Maka bbrp kali berlaku aksi hampir terjunam dr katil, nasib baik sempat diselamatkan. Lenkali lah psl Athirah ye.
2 comments:
mungkinkah bila bsr nnt dia mudah tertidur bila study???
macam tau je baka sape tu..ehekeke..
ehehe. Mamanya le tu.
Post a Comment