Semalam saya dah serahkan kunci rumah lama ke pejabat kolej. Inilah dia saat2 terakhir meninggalkan kolej.
Sayu jugak rasa masa saat2 terakhir tu. Sudah lama saya menginap di kolej ni, dr saya berdua je ngan suami sampailah kami beranak dua. Dari sewanya hanyalah rm350 sampailah dinaikkan rm450. Sem lps lak kena byr bil letrik sendiri. Skang ni diorg dlm proses psg meter air lak, nnt2 penghuni kat situ kena byr bil air jugakla.
Hmm byk juga kngn2 sedih kat sini. Dgn menjaga anak sendiriannya, si anak lak jenis byk karenah; takmo hisap susu dr botol la, meragam di mlm hari la. Adusss, kepalaku pulak berserabut ngan projek phd yg smcm tak dpt diselesaikan je masa tu, buntu. Rasa nk give up pun ada tau. Sampai saya pun duk baca buku 'Jangan bersedih' lps tu, terubatlah jugak kesedihan tu.
Apa yg saya dpt dr buku tu, selalunya kita byk duk sedih2 dan berdukacita psl urusan2 dunia. Kehidupan dunia ni mmg takleh lari dr masalah pun. Kat mana kita akan tenang dan gembira tanpa sikit pun masalah? Jawapannya di syurga spt yg dijanjikan-Nya. Jd di samping kita berusaha dlm mencapai matlamat kita di dunia, jgn dilupa pula matlamat kita di akhirat sana.
Ohh saya bknlah yg selayaknya utk beri tazkirah di sini, sila betulkan kalau ada mana2 yg silap. Lg satu kalau ada apa2 matlamat kita yg seolah2 gagal dicapai walaupun dah usaha bagai nk rak, jgnlah terlalu berdukacita. Redha saja lah, semua itu adalah ujian dan ketentuan-Nya yg terbaik utk kita.
Ujian2 yg saya hadapi sbnrnya menjadikan saya lebih ingat pada-Nya. Namun saya insan biasa yg sering lupa. Byk lg kelemahan2 yg perlu diperbaiki. Jadi, saya perlu cuba dan terus cuba utk berubah kpd yg lebih baik.
1 comment:
thx atie atas ingatan :)
Post a Comment