2010-06-22

Athirah Setahun

Bulan ni umur Athirah setahun lah, Athirah lahir 22 Jun 2009 = 28 Jamadil Akhir 1430H. Ujung minggu baru ni, abahnya beria2 suh mamanya belanja sempena father's day, so mama belanja utk bday Athirah jugaklah skali harung. Acilah ye Athirah, gigi Athirah baru dua batang, apa sgtlah yg Athirah boleh makan... mak pak nye je yg beria2 nak makan itu ini.

Balik kg baru ni, sepupu Athirah yg muda 3minggu dr dia dah nak boleh jln 2-3 langkah. Athirah belum lg, dia baru berani lepas kedua2 tgn dia bila ada benda kat blkg dia yg boleh dia wat bersandar. Mak sedara Athirah ni kata anaknya cepat skit boleh jln agaknya sbb naik walker. Benarkah? Athirah mmg tak pernah naik walker, saya seorang yg anti-walker, haha. Take your time lah Athirah... kuatkan sendi2 tu dulu, raya nanti mama yakin Athirah mesti dah boleh terkedek2 dgn baju kurung ni.

Sebulan dua ni saya rasa sangat teruja nak pregnant lg, kenapa ntah, semangat nak baby boy lak kot. Tp atas sbb2 kerja rasanya belum sesuai nak pregnant skang. Kadang2 fikir jugak, kecik lg rasanya Athirah ni. Dahla selalu dia kena berkongsi kasih ngan kakaknya, skang nak tambah lak rakan kongsi dia. Tp kasih ibu bapa kat anak2 ni mmg sama rata la. Itulah yg dpt saya rasakan skrg, mcm mana saya sayang Wardah, mcm tulah saya sayang Athirah. Isunya mungkin dr segi perhatian la, anak sulong memang aa sempat merasa dpt sepenuh perhatian. Anak2 seterusnya memang sah kena berebut2 nak dpt perhatian. Takleh imagine gak sebenarnya camne nak handle 3 org anak plak ni, nak nak time abahnye takde. Dlm kesian2 pun, buat masa ni 99.99% naluriku berkata... nak pregnant! Hihi semangat tak? Tunggulah sebulan dua lg kot.

Selamat Hari Bapa buat kaum bapa, Selamat Hari Lahir buat Athirah.

2 comments:

mimi said...

wah wah..happy besday athirah!!..sarah pye besday x celebrate lg..skrg die pun dh bertatih..dh 7 steps rekod terkini..haha..btw dh smpi seru kot utk pregnant lg ;)

ati said...

waah.. tahniah Sarah, dah 7 steps!