2010-09-01

Ramadhan 1431

Hari ni dah 22 Ramadhan. Tinggal seminggu lebih je lg Ramadhan nak berakhir. Ramadhan kali ni, saya byk masak sendiri utk juadah berbuka. Time takde stok lauk baru le abahnye beli lauk siap kat pasar Ramadhan, boleh kira ngan jari berapa kali. Saya sendiri tak pernah jejak pasar Ramadhan thn ni, tak sempat, kena ambik anak2 sblm 5.30 sbb akak2 nursery nak balik masak. Berbuka kat luar sekali dua je stakat ni. Bagus tak? Abahnye kata bagusnyeee kalau tiap2 bln mcm ni.

Bab tarawikh, boleh kira ngan jari berapa kali saya buat. Selalu saya tertido dulu sblm anak2 tido, bangun2 dah nak sahur. En. Din lak boleh kira ngan jari berapa kali dia tak buat, tp dia solat kat rumah je. Liat benar dia nak pergi surau, beza benar ngan zaman dia duk rumah bujang dulu. Adakah saya dan anak2 yg melalaikan dia? Huhu.

Minggu depan student dah cuti, saya pun tgh mood nak cuti je ni. Kelas harini ngan esok saya dah cancelkan. Mulala saya kena basuh ngan En. Din, "Bakpe duk cancel2 kelas, kang dok berkat rezeki x ngajo secukup2 jam." Huhu, tp normal practice nya asal abis syllabus, kira dah la kan. Kedua2 subjek saya tu rasa mcm sempat je abis. Lain kali saya kena try perbaiki lah etika saya tu. Kelas budak part time ada lg weekend ni, yg tu mmg tak cancel la, sbb mmg idup2 claim ikut jam.

Hmm dah nak abih Ramadhan ni, plan kami nak ajak kwn2 berbuka pun tertangguh jugak. Dapat pahala niat je la kot, kuikui. Thn ni 1 Syawal di rumah family saya. Khamis depan bertolak balik, tp Rabu saya dah kena cuti sbb taska bebudak ni dah start cuti. En. Din dah book nak singgah berbuka kat rumah dia dulu on d way balik rumah parents saya, tak dpt saya berbuka ngan family saya thn ni.

Athirah baru boleh jalan tanggal 17 Ramadhan aritu, pd umurnya 14 bulan. Dia jln slow2 je lg, tak sabar nak tengok dia jln pakai baju kurung nanti. Kpd family di kampung, nantikan kepulangan kami!

No comments: