Baby saya dah nampak dia punye dua tgn dan dua kakinya, alhamdulillah syukurr. Saya masih lg mabuk2, kat rumah mmg selalu tidoo je. Kat opis ok lak, masih ada kekuatan utk buat keje.
Umur Wardah masuk 4 thn la thn depan, boleh masuk tadika dah. Dah nak ujung thn ni, kenala fikir2 tadika utk Wardah, saya prefer tempat yg lebih Islamic. Yg berdekatan ngan rumah saya ni ada 3 bijik, satu tu tak tanya pun sbb baru lg, mcm tak confident lak nak hntr situ. Tempat yg kedua; memenuhi aspek2 keagamaan yg saya nak. Budak 6 tahun situ memang lancar baca Quran. Penekanan dia, membentuk sahsiah, mengaji, praktikal solat, doa2 dan hafazan pun ada. Subjek2 bm, bi, math ada jugak. Tp mcm aktiviti belajar semata2 je dr 8-11, kalau budak yg stay sampai petang, petangnye siapkan kerja sekolah. Aktiviti lain, senaman di pagi Isnin je. Takde aktiviti menarik lain mcm lukis2 ke, aktiviti bercerita ke. Saya rasa budak 4 thn tak puas lg main. Tempat yg ketiga, mula2 masuk pagar je saya rasa mcm takde feel nak hntr situ, pulak tu pagi je, petang kena hantar kat taska lain lak.
Last2 pegi ke Tadika UTM. Yg ni bawah pengurusan sama ngan Wardah nye taska skrg, under Pusat Islam UTM. Senangla sikit urusan transit ke taska kalau saya sibuk2 nanti, cikgu dia boleh hantar. Yg ni english medium, aspek2 keagamaan lebih kurang ngan tempat kedua td. Adab dan sahsiah, ada praktikal wudhuk dan solat tiap2 ari, mengaji, doa dan hafazan. Subjek2 asas lain ada jugakla dan ada aktiviti2 lain, lukis2, mainan utk learning masih ada, barula seimbang skit kan. So stakat ni confirm la nak daftarkan Wardah kat sini.
Hmm tadika2 yg saya cari ni bukan yg mahal2, kata org, cheap thing no good, camne tu, huhu. Ada sape2 yg ada cadangan lain? Kalau takde, buat permulaan ni saya cuba dulu kat sini lah. Pernah dgr pasal program little caliph, tp kat Jb ni takde pun. Kalau boleh saya nak anak2 saya seimbang SQ, EQ dan IQ nye. Saya harap Wardah akan pandai solat dan ngaji seawal usianya, kalau nak harapkan saya atau abahnya ajar kat rumah mmg tak terbuat lg, setakat dia ikut2 gitu ada la. Kalau hasilnya nanti Wardah jd anak yg menyejukkan hati dan perut saya, dah cukup syukur.
No comments:
Post a Comment