Sejak saya tulis transformasi dlm entry thn baru aritu, saya jd semakin tekun plak rasanya. Ketekunan saya di tempat keje sbnrnya byk dihabiskan utk satu subjek baru yg saya dpt utk sem ni. Saya dpt dua subjek yg namanya sama, satu utk budak engineering dan satu lg utk budak math. Yg budak engineering ok skit la, pernah ajar sblm ni, tp ada juga topik tambahan nak kena ajar lps cuti raya cina nanti. Yg budak math ni mmg sem ni baru mula, dgn nak kena mendalami lebih teori nye, nak ajar bakal mathenamticians kan. Nota pun saya kena prepare sendiri. Ketekunan saya byk disebabkan menyiapkan nota, keje2 lain byk lg yg terbengkalai, huhu.
Pasal abah pulak, aritu dah tangguh 2 sem study dia. Sem lepas dah register, tp takde progress pun, oops sorry abah kalau entry ni mengaibkan abah plak. Saya pun rasa bersalah sebenarnya, mungkin saya byk mengganggu masa abah jugak. Hari keje mmg abah takde masa, abah kena stay up la kalo nak jenguk projek dia tu. Harap hujung minggu je la kalau boleh fokus pun. Masa mula2 saya ambik space dulu, saya plan nak tinggal anak2 ngan K.Ani nursery, so abah ada masa nak betul2 fokus kat projek di ujung minggu at least 2 minggu skali. Tp susah jugak, saya mintak K.Ani tu tetapkan berapa upah jaga anak, tp dia kata ikut yg ikhlas. Saya pun jd tak reti, kdg2 rasa sikit sgt, kdg2 rasa byk sgt. Masa tu Athirah mkn bubur lg lak tu, kalut jugak nak siap2 sempurna semua.
Sem seterusnya, hajat takmo ambek space, tp kena jugak, so abah le yg jaga anak2. Time takde space nak ke situ ke sini pulak, aktiviti berkeluarga lah katakan. Sem ni rasa sayang pulak kalo tak ambik, poket pun makin kempis ni. Pikir punye pikir, hmm kali ni mmg saya ada can nak tolak kelas space ni, yes kwn seopis saya naik cuti bersalin lps cuti raya cina. Alhamdulillah, dia setuju ambik alih kelas2 saya yg seterusnya. So start ujung minggu baru ni berlaku transformasi jugaklah dlm aktiviti kekeluargaan saya. Weekend baru2 ni saya tak keluar rumah langsung, abah kena keluar jugaklah sekejap2, beli lauk, brg itu ini. Huhu, saya berazam takmo ganggu waktu abah buat sementara waktu kecuali perlu sangat2. Semoga abah berjaya secepat mungkin. Agak2 glamer tak nama abah masa meeting org2 sps yer? Dahle yuran dia ada lg yg belum bayor tu, huhu.
2 comments:
hahaha. sibaik abah bkn staff. klu x harus glemer..:)
Skali diorg tengok alamat: D/A Anati ..Jab. Mat. Huhu, akula yg glemer.
Post a Comment