Seminggu lebih je lg nak bertemu Ramadhan. Smlm berjaya juga saya habiskan hutang puasa. Puasa yg paling penat pulak kali ni, tak sahur. Biasanya takdelah beria2 sgt sahur, tp bangun la jugak minum air. Kali ni, tgh hari lg dah rasa penat, mula lah saya praktikkan sunnah tidur tgh hari, tp berjam2 pulak tertido. Agak terkesan dgn puasa kali ni, perah susu pun dpt dlm 3oz je.
Balik keje mcm biasa lps solat Asar, sgt tak larat, Wardah duk tanya itu ini pun rasa mls nak layan. Sampai rumah, duk baring je nak save tenaga. Rasanya level tenaga dah thp kuning. Dah 6.30, bangun pegi dapur nak masak nasi, lauk masih on d way, abahnye tapau kat Payung. Level tenaga dah kelip2 merah rasanya. Tak jd nak masak nasi, pegi baring kat bilik pulak. Wardah mintak air, mama kata tunggu abah je, minum air masak dulu. Mujur anak2 taat je ptg smlm.
Hmm penatnyee puasa smlm, minggu dpn rasa nak puasa lg Isnin & Khamis. Saya rasa bila dah bergelar ibu ni, ibadah sunat yg mudah nak di buat ialah puasa sbb tak terganggu dgn anak2, bila keadaan kesihatan mengizinkan. Tp kdg2 terganggu jugak sbb kdg2 Athirah suka suap2 mknn kat mulut mama, boleh ngamuk dia bila mama taknak mkn. Wardah mcm dah paham, mama kata mama puasa, kena tunggu maghrib baru boleh makan. Wardah kata 'oo mama kuasa'.
Puasa... masa di mana kita menahan diri dr pelbagai kenikmatan hidup. Syukurlah akan segala nikmat yg diperolehi. Semoga masih diberikan kesempatan utk menghayati Ramadhan kali ni, dan diberi nikmat kesihatan utk menjalankan ibadah di Ramadhan ini. Ahlan Wasahlan ya Ramadhan.
No comments:
Post a Comment