2012-01-13

Rutin thn ni

Pejam celik pejam celik, dah masuk pertengahan bulan dah di tahun baru ni. Rutin saya masih tak berubah berbanding thn lepas. Apa yg saya jangkakan di awal thn aritu berlainan sama sekali.

Si Abah, masih lg bekerja mengikut normal hour, belum ketahuan bila kena shift, atau mungkin masih perlu meneruskan kerja mengikut office hour.

Si Kakak sulung, hari pertama dia sesi petang. Pastu ptg tu Cikgu Siti bgtau nama Wardah sbnrnya kat sesi pg. Cikgu kata kesian kat Wardah, dia senyap je dlm kelas sbb sesi ptg tu semua budak2 baru. So mama rasa elok jugakla dia sesi pg, dpt dia bljr iqra' ptg, bolehla mama berdikit2 train dia bangun awal siap2 sblm dia skolah darjah satu nanti.

Si Mama, rutin tak banyak berubah. Takde chance nak g keje berlenggang, berderetla mama ngan anak2 di pagi hari. Ongkos penjagaan anak pun masih sama ler. Kalau thn lepas rasa stress je sbb rasa sayalah ibu yg paling lewat hntr anak kat tadika tu setiap hari. Kali ni rasa ok sket, takpela lewat pun, tp jadual sem dpn mcm mana agaknye yer? InsyaAllah mintak2 ada improvement la utk kedatangan harian tu. Wardah pun dah ok sket, dulu mama stop luar pagar, pastu kena hntr dia sampai pintu tadika. Skrg mama stop kat luar pagar, Wardah pegi sendiri je masuk dlm, mama perhati dr kereta je.

Si Athirah, pg2 dia nak mandi jugak, nak mandi sendiri lak tu sambil main2, mana tak lmbt pg2, huhu. Tp skrg Pok Eri selalu ada pg2, dptla saya mintak bantuan sket2. Pok Eri ni suka berjaga mlm, siang hari dia tido, ish.

Si Imam, dah boleh wat kekuda utk merangkak 2-3 minggu lepas tp dia masih statik tak bergerak dgn kekuda nye itu. Sama mcm kakak2nye dulu, sblm merangkak dia meniti2 dulu kat kerusi dan apa2 saje yg boleh dipanjat. Perkataan pertama dia 'mama', dgr dia sebut minggu lepas. Smlm dgr dia sebut 'ba' 'ba' 'ba' lak. Hmm sedapnye cium budak kecik tu walaupun dlm keadaan baunya yg masam.

No comments: