2012-03-01

Ujian

Byk betul dgr berita kwn2 yg diuji dgn masalah samaada diri sendiri mahupun keluarga. Ujian ni ada mcm2 bentuk, kesihatan, hubungan, musibah, kensenangan pun ujian juga. Teringat masa kursus induksi dulu, fasi suruh lukis graf hidup kita mengikut tahun. Tahun ada masalah misalnya, letak titik kat level rendah, tahun yg hepi je, titik kat level tinggi, kalau hepi memanjang dpt graf malar je la. Graf saya, titik bwh mungkin masa mula jd ibu pjj, nak habiskan study dan kes Imam masuk spital. Ujian paling berat rasanya masa Imam lahir aritu, tp itu tak sehebat ujian2 yg org lain terima. Dlm kalangan adik beradik saya pun ada yg diuji lebih besar, anak sakit, gangguan jin, menganggur. Skrg dah settle kecuali my eldest sis yg masih lg ada gangguan jin.

Pernah dgr kata2 ni kan, 'Tidak sempurna iman seseorg sblm dia diuji' atau 'Seseorang itu tak diuji melainkan sesuai dgn kemampuannya'.

Ujian... Org yg berjaya dlm SPM lebih tinggi kelayakannya banding yg berjaya dlm PMR. Nak dpt black belt dlm taekwando perlu diuji dulu. Majikan hntr staf ambik ujian IELTS, CCNA, ACCA dll, it's all about quality and qualification. Dlm konteks ujian Allah, kualiti iman, sijilnye je belum dpt. Kalau berjaya hadapi ujian Allah dgn redha dan kekal dlm iman malah makin bertambah, kalau boleh dikeluarkan sijil... You are qualified to be ... Orang Beriman yg Sebenar... dgn Gred sekian2... gitula pd pandangan saya.

Pernah guna lastik? Saya pun tak pernah, tp rasanya semakin ke belakang batu lastik ditarik, semakin jauh batu tu boleh dilontarkan. Nak melompat tinggi pun seseorang perlu rendahkan badannya. Input dan output yg berlawanan. Yakinlah, setelah kesusahan, kan ada yg lebih baik menanti di hadapan.

Pelbagai ujian Allah, kesenangan pun boleh jd ujian juga. Masa susah misalnya, org tak kisah pun kalau kita tak tegur org, bila senang ada yg rasa kita sombong pulak kalau tak tegur. Timbul fitnah, dengki dan mcm2. Kesenangan material kdgkala mengundang ketaksenangan hati pulak, org ambik kesempatan dan sbgnya.

Diri ini sangat takut memikirkan apa lg ujian yg perlu ditempuhi slps ni. Semua sakit ada penawar, semua masalah ada penyelesaian, dgn izinNya.

No comments: