2009-12-30

010110

Hari ni hari pertama thn baru 2010. Johor tak cuti, tp saya kena cuti lah hari ni. Athirah demam, tak berapa nak tido pun smlm. Baru je ingat nk shopping lunch our nnt. Ada lg ke saki baki YES tu? huhu. Hari ni jd suri rumah lah, menjaga si anak dua org ni sambil kemas2 rumah. Hmm terlaksanakah?

Semalam saya dah serahkan kunci rumah lama ke pejabat kolej. Inilah dia saat2 terakhir meninggalkan kolej.



Sayu jugak rasa masa saat2 terakhir tu. Sudah lama saya menginap di kolej ni, dr saya berdua je ngan suami sampailah kami beranak dua. Dari sewanya hanyalah rm350 sampailah dinaikkan rm450. Sem lps lak kena byr bil letrik sendiri. Skang ni diorg dlm proses psg meter air lak, nnt2 penghuni kat situ kena byr bil air jugakla.

Hmm byk juga kngn2 sedih kat sini. Dgn menjaga anak sendiriannya, si anak lak jenis byk karenah; takmo hisap susu dr botol la, meragam di mlm hari la. Adusss, kepalaku pulak berserabut ngan projek phd yg smcm tak dpt diselesaikan je masa tu, buntu. Rasa nk give up pun ada tau. Sampai saya pun duk baca buku 'Jangan bersedih' lps tu, terubatlah jugak kesedihan tu.

Apa yg saya dpt dr buku tu, selalunya kita byk duk sedih2 dan berdukacita psl urusan2 dunia. Kehidupan dunia ni mmg takleh lari dr masalah pun. Kat mana kita akan tenang dan gembira tanpa sikit pun masalah? Jawapannya di syurga spt yg dijanjikan-Nya. Jd di samping kita berusaha dlm mencapai matlamat kita di dunia, jgn dilupa pula matlamat kita di akhirat sana.

Ohh saya bknlah yg selayaknya utk beri tazkirah di sini, sila betulkan kalau ada mana2 yg silap. Lg satu kalau ada apa2 matlamat kita yg seolah2 gagal dicapai walaupun dah usaha bagai nk rak, jgnlah terlalu berdukacita. Redha saja lah, semua itu adalah ujian dan ketentuan-Nya yg terbaik utk kita.

Ujian2 yg saya hadapi sbnrnya menjadikan saya lebih ingat pada-Nya. Namun saya insan biasa yg sering lupa. Byk lg kelemahan2 yg perlu diperbaiki. Jadi, saya perlu cuba dan terus cuba utk berubah kpd yg lebih baik.

2009-12-17

Tahun baru 1431H

Kalo ikut kalendar Islam, hari barunya masuk time maghrib kan. Maksudnya skang ni dah pun thn baru 1431H. Lupa aku nk baca doa awal dan akhir thn tu. Ada pendapat kata fadhilat2 doanya tu bidaah. Aku rasa tak salah kalau baca doa tu sbb maksud doa tu pun baik2 aje, cuma tak perlulah baca doa tu semata2 mengharapkan fadhilatnya saja. Alhamdulillah, berkesempatan lg aku dan keluarga berada di bumi Nya ini. Tak reti aku nk ulas psl hijrah ni, meh nyanyi lagu ni la skit;

Satu Muharam detik permulaan
Perkiraan thn Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dr kota Mekah ke kota Madinah
Atas keyakinan dan iman yg teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
.
.
.

Semoga thn ini kita semua dpt berhijrah ke arah yg lebih baik dr thn lepas dlm apa jua hal. Berjayalah hendaknya kita semua bkn saja di dunia tp juga di akhirat.

2009-12-13

Apo nak dikato


Rasa nak merajuk dan berkurung di sini je, huhu. Lupa lak aku, padahalnya "Paku dulang paku serpih, hujung minggu ni aku lak yg kerja mengajor Space." Sgt lah tak patut aku merajuk2 sbnrnya, suamiku itu pergi opis sbb mmg byk keje, esok deadline nye. Tp aku mai rumah ni bkn sbb lari merajuk pun, nk angkut brg sket2 dulu mana yg boleh je. Tp ade gak skit2 bibit2 rajuk yg tak diundang menikam2 jiwa, huhu.



Di luar rumah tu adik aku, Eri. Eri ni duk serumah je ngan aku. Tp nama je duk serumah, tp sgtlah jarang dia berada di rumah. Asyik kat lab dia je. Kali ni aku paksa jugak dia tolong aku, hehe. Anak2 lak mintak Mak Ani yg jaga. Smlm org hntr perabot ke rumah baru. Masa tu si Eri ada hal ke lab skjp, ada student nk jumpa. Jiran sebelah masa tu pun takde. Cuak jugak aku sementara dua org apek tu pasang perabot dlm rumah. Aku nunggu di luar, lembik lutut rasa bila pikir kemungkinan2 yg tak diingini. Sangat lega rasanya bila Suria (jiran sebelah) dah balik, tak lama lps tu Eri pun sampai, fuhh. Haa berani ke nk merajuk sorang2 kat sini???

Gambo td tu aku nk tengok sesuai ke tak sbnrnya langsir ngan sofa tu? Kain langsir dah beli warna tu, tak pk lak nk matching ngan sofa ke apa. Sofa lak beli warna dark brown. Camne nk matching2 colour ruang tamu ni yer? Matching warna langsir ngan karpet or table runner or kusyen ok ker gitu? Ohh aku sgt buta bab2 ni. Tiba2 rasa cam tak elegan je warna langsir tu. Tgh berkira2 nk beli satu lg set langsir. Warna apa sesuai yer? Gold, krim la kot. Any idea?

Nk sibuk2 psl langsir la plak, brg2 pun belum abis pindah lg. Si Suria tanya bila nak duk sini, aku kata Rabu ni. Eh ye ke, sbnrnya En. Din kata nk cuti Rabu ngan Khamis ni. So aku rasa dpt lah settle semua time tu. Tak dapek nk dikate, slalu aje plan2 tak jd, huhu.