Minggu depan birthday of our prophet, Nabi Muhammad S.A.W. Jom perbanyakkan selawat ke atas baginda. Smlm mama teringat, Wardah lahir bulan Rabiul Awal jugak, beberapa hari sebelum Maulidur Rasul tp mama tak ingat tarikh. Mama ada tulis dlm notebook abah, tp tak tertengok pulak. Pagi ni mama jenguk dlm kalendar thn lepas, ada mama tanda 6 Rabiul Awal. Ooo dua hari lepas dah ulangtahun Wardah yg ke-4 mengikut kalendar Hijrah. Takde mende pun utk Wardah, tunggu kalendar masihi lah hadiahnye.
Sblm mama jenguk kalendar thn lepas, mama google converter tarikh ni, nak kira semula. Mama jumpa pasal perilaku mengikut tarikh lahir Islam. Both Wardah and abah lahir bulan Rabiul Awal. Meh tengok bulan Rabiul Awal punye:
1. Perwatakannya baik.
Mama kata: Alhamdulillah, semoga Wardah benar2 jadi org baik2. Abahnye alhamdulillah, setakat ni baik2 aje setakat yg mama tahu/nampak.
2. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga.
Mama kata: Wow abah bakal jd Dato' K ke, mama jd Datin le nanti, kuikui, tp mama harap Wardah/abah tak lupa tuhan, tak lupa family, etc dan diri kalau benar2 mempunyai ciri2 spt di atas. Apa2 saja yg kita dpt semuanya pinjaman Allah, dlm sekelip mata je Dia boleh ambik semula.
3. Dalam pekerjaan ramai yang suka.
Mama kata: Semoga Wardah berjaya dlm hidup, akhirat dan dunia. Abah, alhamdulillah, semoga terus berjaya dlm career, kena la lebih berusaha, baru la ada can nak dpt ciri ke-2 tu.
4. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.
Mama kata: Sifat yg ni mama tak sure lg utk Wardah, tp sifat kedua tu mcm betul, tp mama lebih suka sebut tegas utk sifat itu. Tang abah, takde pun sifat negatif ni. Abah jauh lebih sabar dr mama, takdelah tegas sgt kot, marah pun hanya bila benar2 perlu marah.
Bagi mama, perilaku mengikut tarikh lahir tak semestinya betul. Peribadi seseorang ni byk dipengaruhi oleh cara dia dibesarkan dan jugak persekitaran dia. Kan anak2 yg baru lahir tu bagaikan kain putih yg akan dicorak2kan ibubapanya. Tp kalau baca yg baik2 dlm ramalan2 ni, kdg2 boleh meningkatkan motivasi kita jugak kan. Yg penting, ada usaha utk merealisasikan ciri2 yg baik2 itu.
Salam Rabiul Awal!