2011-07-27

Cuti panjang...

Inilah keadaan kami while on d go, hehe
Masa on d way balik kg Sabtu ritu la ni. Athirah slalu dpt conquer riba mama. Kaki dia suka hati je tindih pinggang kakak. Kakak selalu nak tengok baby, nak pegang2 baby. Baby Imam suka tido bila kete gerak, beberapa kali je dia nyusu.

Athirah dpt kecederaan la pulak
Dia lari sana sini, terlanggar meja dlm bilik, nasib baik kena kat kelopak mata je. Tok dia kata, 'Maroh doh aboh die, baru tinggal 1hari bertanda doh kat mate.' Hmm biasalah tu, budak tgh membuas. Abah dia, hmm sesampai jb, dan2 g tengok transformer ngan pok eri, suka la tu kot.

Baby Imam, dah 5 kg lebih dah

Mama...mama sibuk ngan anak2, tak menang tgn kdg2. Athirah byk bertempek je ngan mama, owh susah mama mcm ni. Harap hari2 esok lebih baik.

2011-07-22

Ahlan Wasahlan ya Ramadhan

Seminggu lebih je lg nak bertemu Ramadhan. Smlm berjaya juga saya habiskan hutang puasa. Puasa yg paling penat pulak kali ni, tak sahur. Biasanya takdelah beria2 sgt sahur, tp bangun la jugak minum air. Kali ni, tgh hari lg dah rasa penat, mula lah saya praktikkan sunnah tidur tgh hari, tp berjam2 pulak tertido. Agak terkesan dgn puasa kali ni, perah susu pun dpt dlm 3oz je.

Balik keje mcm biasa lps solat Asar, sgt tak larat, Wardah duk tanya itu ini pun rasa mls nak layan. Sampai rumah, duk baring je nak save tenaga. Rasanya level tenaga dah thp kuning. Dah 6.30, bangun pegi dapur nak masak nasi, lauk masih on d way, abahnye tapau kat Payung. Level tenaga dah kelip2 merah rasanya. Tak jd nak masak nasi, pegi baring kat bilik pulak. Wardah mintak air, mama kata tunggu abah je, minum air masak dulu. Mujur anak2 taat je ptg smlm.

Hmm penatnyee puasa smlm, minggu dpn rasa nak puasa lg Isnin & Khamis. Saya rasa bila dah bergelar ibu ni, ibadah sunat yg mudah nak di buat ialah puasa sbb tak terganggu dgn anak2, bila keadaan kesihatan mengizinkan. Tp kdg2 terganggu jugak sbb kdg2 Athirah suka suap2 mknn kat mulut mama, boleh ngamuk dia bila mama taknak mkn. Wardah mcm dah paham, mama kata mama puasa, kena tunggu maghrib baru boleh makan. Wardah kata 'oo mama kuasa'.

Puasa... masa di mana kita menahan diri dr pelbagai kenikmatan hidup. Syukurlah akan segala nikmat yg diperolehi. Semoga masih diberikan kesempatan utk menghayati Ramadhan kali ni, dan diberi nikmat kesihatan utk menjalankan ibadah di Ramadhan ini. Ahlan Wasahlan ya Ramadhan.

2011-07-12

Kembali di opis

Hehe, entry lepas "kembali" dah, kembali wat keje sket, kena menilai semula artikel yg sudah kubereskan sblm cuti ritu. Artikel2 itu kuhantar kpd big boss sbb rasanya kualiti penilaian drpd my big boss sgt diperlukan, masa boss calling2 psl keje ritu, big boss masih baru jugak kehilangan suami, takpelah, saya faham, tak wajar diganggu. Keje2 lain, email2 follow up ngan org2 berkenaan je. Minggu lepas, wat keje2 dr rumah je, tak rela masuk opis. Lps hntr anak2, lg rela ku perabih minyak kete balik rumah, petangnye drive pulak ambik anak2, hehe.

Semalam sepatutnya saya masuk opis, tp nampaknya hasrat saya utk sambung cuti tertunai smlm, tp tertunai krn perkara tak best, Athirah demam. Smlm call pembantu boss, bgtau nak amek EL, dia pun tak tau saya dah start keje semula. Dlm hati 'Agaknya boss pun taktau aku dah kena naik keje ni'. Arini masuk opis, first org yg dijumpai, staf yg handle jurnal jabatan tu kat bilik aktiviti. Lega bila dia bgtau dah cukup dah artikel utk keluaran terbaru ni. Saya suka 'rasa bersalah' sbb kelam kabut aritu tak cukup artikel, saya kata sorry ye Dr, kelam kabut kali ni. Takde riak 'you yg bersalah' pun di wajahnya, suka2, belakang taktau la kan.

Then pegi pejabat am nak mohon cuti, singgah di bilik big boss ucap takziah. Masih ada riak sebak pd wajahnya. Saya pun naik sebak bila dgr dia cakap ngan somebody kat tepon, 'Tidur rumah mak ngah smlm'... 'Susahla, skrg semua I kena buat'...Hmm itu dr mulut the iron lady tuh.

Pastu hntr surat cuti kat kerani, saya mintak cuti 14 hari. Akak tu tanya 14 hari? Susah skit ni, nak pegi mana ni? Saya kata, balik kampung, ada masalah skit. Tanpa menyatakan padanya alasan saya yg cengeng, "Suami saya nak pegi Mekah nanti, 10 hari, saya rasa tak mampu handle semua sendiri, saya masih menyesuaikan diri dgn keadaan baru (3 anak). Nak import mak, bulan pose kesian budak2 kat rumah nu. Mak mertua jaga cucu". Betul lah, kategori masalah peribadi la tu. Dia suh tanya boss dulu, kena la jumpa boss jugak.

Jumpa boss pulak. Tau tak, boss terkejut saya dah naik keje. Dia pun taktau saya cuti 2 bulan je, hahaha. Dlm hati "Kalau tau mcm ni, aku duk senyap2 je kat rumah, suh sape2 key in, buat keje bila dipanggil aje, haha". Eh.. tak baik.. Cuti saya diluluskan tanpa perlu saya menyatakan apa2 alasan, yeay. Tp katanya "Kalau ada apepe saya call ye". Tidak lupa berkenaan jurnal jabatan, dikhabarkannye, ada sorang lg yg dilantik membantu keje2 ku itu. Bila ingat bab tu, rasa bersalah lg, mintak maap lg, maap maap maap. Bos membuat gaya yg maksudnya kufahami sbg 'Ahh takde ape, perkara kecik je...' Hehhee, hilanglah rasa bersalah saya. Again, belakang taktau la kan. Saya cakap terima kasih sbb luluskan cuti. Boss kata "Aaa rehat lah betul2".

Yeay, sukanya dpt cuti lama cenggini, 25/7 - 12/8. Syok lak rasa dpt balik kg lama2 (dlm situasi sihat, bebas turun naik, kesana kemari). Paling best, dpt puasa kat kg lebih kurang 2 minggu! Owh, mcm zaman bujang dulu lah. Tak payah balik rumah MIL kot, sbb MIL jaga cucu kat KT. Yeyeay, jgn ditarik balik sudah cutiku itu.