2012-01-30

Satu Rindu

CNY holiday, balik kg! Hari Sabtu, settle keje2 basuh baju dulu, kemas umah skit2, lunch kat umah perabih lauk smlm punye, lps zohor baru bertolak. Destinasi pertama, rumah my parent, Wardah excited nk jumpa sepupu perempuan dia, K.Alia n K.Syifa, tp Alia sampai pg esoknye, Syifa tak balik.

Perjalanan Jb-Dungun, mama tak tidur, satu rekod yg membanggakan. Kami laki bini skang tgh suka layan lagu2 Opick. Spnjg jln layan mp3 Opick. Perjlnn yg pjg, Wardah byk perhati alam sekeliling. Dia tengok awan bergerak, ada putih, ada yg gelap, skjp ada matahari, skjp takde. Byk soalan yg dia tanya, kenapa itu, kenapa ini. Mama cuba jwb soalan2 dia setakat yg mampu dan bersesuaian dgn kefahaman dia sambil2 selitkan ttg kebesaran Illahi. Mama suka prjlnn kali ni, mama rasa ada pengisiannya scr tak langsung. Jauh perjalanan, luas pemandangan.

Apa yg special balik kampung?

Masakan tok... Nasi dagang, laksam, keropok lekor tok tanpa msg. Kegemaran abah, sayur keladi, hasil tanaman tokki blkg rumah.

Ikan segar. Mmg sdp mkn ikan kat kg yg dkt ngan sumber ikan ni, sgt fresh rasa dia.

Air kelapa muda, fresh dr blkg rumah.






































Pegi kenduri naik rumah mak sedara, jumpa saudara mara kat kg kelahiran mama, Kg Batin. Semoga semakin baik silaturrahim mama dgn sedara mara.

Santai di pantai, makan udang dan sotong celup tepung.



Tok bekalkan keropok lekor, ikan aya kukus ngan tumis lada, lauk segera la mama 2-3 hari ni, segera bukan sebarang segera, segera air tgn omak.

Selasa jenguk family abah lak.. plan nak wat gathering femili kat Bukit Tinggi hari Jumaat, tp tak jd sbb ada sorang ahli demam.

Hari Rabu pegi carikan notebook utk adik ipar kat Kemaman, alang2 tu pegi makan satar, otak2 n pulut panggang.

Khamis, mkn gulai ayam kampung.

Pg Jumaat dpt berita makcik abah masuk wad, ketumbuhan dlm rahim, balik kg abah lak melawat makcik. Lps asar gerak balik rumah opah, abah berkobar2 nak mkn char kue tiow dkt rumah dia, sdp katanya, 2 hari dah pegi cari, tak sempat beli dah habis. Mama rasa nak mkn roti tempayan, tp mama pendam je la rasa nk mkn roti tempayan sbb abah nk kejar c.k.tiau. Alih2 sampai kedai c.k.tiow tu, tak buat pulak, jd bhn gelak siri2 abah mencari cktiau.

Abah nk mkn nasi himpit ngan sambal hitam opah buat. Tak lupa dia suh mama bljr buat, complicated betul mknn org dulu2 ni. Mama pun baru setahun dua ni je mengenali sambal ni. Goreng kelapa parut, tumbuk bawang, halia, ikan, tumbuk kelapa, bhn2 lain gula melaka, garam.

Hmm byk aktiviti mkn je balik kg ni. Paling special, jumpa our parents. Kasihilah org tua krn mereka adalah masa hdpn kita. Suatu hari nanti kita pun akan jd spt mereka, sgt mendambakan kasih sayang dan perhatian anak2, menantu2 dan cucu2.

Lagu tema, Satu Rindu, Opick ft Amanda, ditujukan utk ayah juga, ibu=emak+ayah.

2012-01-15

Weekend yg melepek

Weekend minggu ni dihabiskan dgn melepek. Bangun pg Sabtu, muntah2. 2-3 kali muntah sampai tgh hari. Badan pun menggelitik tak bermaya, seram sejuk, perut memulas. Byk berhibernasi je spnjg hari. Abah kata, ke mama ngandung ni, mama rasa tak. Badan masuk angin je ni, tido tak selimut.

Pg ahad, perut sakit lg, makin sakit kalau berdiri. Solution nya, melepek lg. Abah ajak pegi klinik, mama rasa tak perlu kot, angin je ni. Skrg masih melepek, Wardah dtg 'Mama, kakak picit mama eh'. Pastu dia tanya 'Knp mama tak pegi doktor, doktor tak cucuk pun.' Terharu mama dpt perhatian si anak. Cepatla pergi wahai sakit, bosan dah duk melepek gini.

2012-01-13

Rutin thn ni

Pejam celik pejam celik, dah masuk pertengahan bulan dah di tahun baru ni. Rutin saya masih tak berubah berbanding thn lepas. Apa yg saya jangkakan di awal thn aritu berlainan sama sekali.

Si Abah, masih lg bekerja mengikut normal hour, belum ketahuan bila kena shift, atau mungkin masih perlu meneruskan kerja mengikut office hour.

Si Kakak sulung, hari pertama dia sesi petang. Pastu ptg tu Cikgu Siti bgtau nama Wardah sbnrnya kat sesi pg. Cikgu kata kesian kat Wardah, dia senyap je dlm kelas sbb sesi ptg tu semua budak2 baru. So mama rasa elok jugakla dia sesi pg, dpt dia bljr iqra' ptg, bolehla mama berdikit2 train dia bangun awal siap2 sblm dia skolah darjah satu nanti.

Si Mama, rutin tak banyak berubah. Takde chance nak g keje berlenggang, berderetla mama ngan anak2 di pagi hari. Ongkos penjagaan anak pun masih sama ler. Kalau thn lepas rasa stress je sbb rasa sayalah ibu yg paling lewat hntr anak kat tadika tu setiap hari. Kali ni rasa ok sket, takpela lewat pun, tp jadual sem dpn mcm mana agaknye yer? InsyaAllah mintak2 ada improvement la utk kedatangan harian tu. Wardah pun dah ok sket, dulu mama stop luar pagar, pastu kena hntr dia sampai pintu tadika. Skrg mama stop kat luar pagar, Wardah pegi sendiri je masuk dlm, mama perhati dr kereta je.

Si Athirah, pg2 dia nak mandi jugak, nak mandi sendiri lak tu sambil main2, mana tak lmbt pg2, huhu. Tp skrg Pok Eri selalu ada pg2, dptla saya mintak bantuan sket2. Pok Eri ni suka berjaga mlm, siang hari dia tido, ish.

Si Imam, dah boleh wat kekuda utk merangkak 2-3 minggu lepas tp dia masih statik tak bergerak dgn kekuda nye itu. Sama mcm kakak2nye dulu, sblm merangkak dia meniti2 dulu kat kerusi dan apa2 saje yg boleh dipanjat. Perkataan pertama dia 'mama', dgr dia sebut minggu lepas. Smlm dgr dia sebut 'ba' 'ba' 'ba' lak. Hmm sedapnye cium budak kecik tu walaupun dlm keadaan baunya yg masam.