2009-09-27

Ohoho Balik Kampung...

Kami sekeluarga pulang ke kampung halaman pada hari raya ketiga, lepas zuhur baru bertolak, kul 10 mlm baru sampai ke my hometown, Dungun. Athirah ok je sepanjang perjalanan, diam je duk dlm car seat, sekali sekala merengek2 nak susu. Wardah lak, bila dia tak tidur sibuklah dia sekejap nak ke depan, sekejap nak duk blkg. Pagi raya keempat kami bertolak ke rumah belah suami lak di Ketengah Jaya, Dungun; nak buat kenduri aqiqah utk Athirah + aqiqah Nurul Hawani (sepupu Athirah) + majlis tunang Ja (adik ipar). Raya keenam pergi jalan ke rumah Kak Ni (my sis) di Besut. Pergi pagi, balik malam. Tengahari raya ketujuh bertolak balik ke JB. Taktau nak citer ape, layan gambar je la.

Athirah bertolak pulang:



Kediaman tempatku membesar. Owh lamanya aku tak pulang:



Mengerjakan kepala kambing??:



Mengerjakan daging kambing:



Gunting jambul Athirah:



Wardah dan bunga telur:



Aku sibuk layan anak2, tak sempat pandang kamera, hehe:



Ja dan tunangnya Mahadi, org Pasir Mas. Thn dpn ada can jln2 kat Kelate:



Athirah dan Nurul dibotakkan pada hari raya kelima. Ramai org ingat Athirah baby boy, huhu. Mak ku tanya, "teringin anak lelaki ke masa ngandung?" Memang pun, tp tak kesah kalau dapat girl pun. Jangan jd tomboy dah le anakku ini:



Santai2 sambil hirup udara petang di "lambo" (bahasa buku nya anjung kot) rumah K. Ni. Tak ambik lak gambo umahnya, meke buat umah atas tanah sendiri, baru masuk umah thn ni juga. Bestnya, ada laman yg besar, bolehle wat landskap2 byk sket nanti:

2009-09-20

1 Syawal 1430

Raya thn ni tak banyak beza ngan hari2 biasa cumanya aku masak special skit. Suami nak makan sate, jadi aku wat la sate. Special la tu bg aku, sbb tak pernah wat sendiri. Sblh malamnya aku tanak nasi lembik utk dibuat nasi himpit. Hajatnya lepas anak2 tidur, aku nak mulakan projek buat sate ku itu, paling kurang siapkan nasi himpit ngan perap ayam. Tapi bila anak2 dah tidur, aku pun ikut sama tidur. Dekat nak subuh baru bangun, jd lepas subuh la baru kumulakan projek sate ku. Teringat kat mak aku, kalau esok raya, tak tidur malam la nak siapkan juadah raya (ke mak aku tidur tp aku yg tak sedar sbb aku mmg lena tidur, hehe), maklumlah buat utk anak2 yg ramai. Buat pun kena lebih juga utk berbalas2 ngan jiran. Aku setakat buat utk makan di mulut 2-3 beranak ni je. Berjaya la juga kusiapkan sate sblm suami pulang dr solat raya.



Nasi himpit ku kurang menjadi, nasi tak cukup lembik, lerai2 jadinya. Kuah sate nya banyak, tp sate nya setakat 14 cucuk je kot. Licin lah sate ku itu sekali hadap saje. Raya kali ni aku dapat duit raya, dari suami. Walaupun takdelah mencecah ratusan ringgit, rasa seronok bukan kepalang sebab dah lama tak dapat duit raya. Sejak berpendapatan sendiri, aku mmg tak merasa duit raya. Lepas kawen pun takde lak suami ku bg duit raya. Alih2 thn ni dapat, penangan sate ku itu agaknya, hehe. Bila dapat duit raya, aku mula berfikir, aku pun takde bg duit raya kat anakku sendiri selama ni. Hanya buat tabungan biasa je setiap bulan, hmm wajarkah aku bg duit raya kat diorang? Tp aku rasa nak ambik peluang taknak bg duit raya kat diorang lg, hehe. Diorang pun belum mengerti apa itu duit raya, malah tak boleh menilai apa itu duit. Bila diorang dah pandai bab2 duit ni, aku kena bg lah. Kang kesian pulak bila kawan2 kat sekolah bercerita... ayah saya bg banyak ni, mak saya bg byk ni. Gambar berbaju raya sekeluarga di 1 Syawal 1430 takde, tak pakai pun baju baru, aku baru nak potong bajuku yg kelabuhan itu di hari raya. Tunggu balik kampung baru melaram ngan baju baru.

2009-09-18

Menjelang Hari Raya

Keadaan di fakulti pagi ini amatlah lengang. Aku masuk opis dekat kul 10, tempat parking vip2 fakulti semuanya kosong, dah bercuti lah tu. Aku merupakan orang kedua yg key in no. staf kat jabatan. Hari ni aku pegi sekadar nak key in je sebenarnye, hehe. Cikgu2 kat nursery dah bgtau aritu, hari ni separuh hari je nursery bukak, kena ambik anak2 kul 12. Arggh... kami belum shopping raya! Sebelum ni mmg plan hari2 terakhir ni nak shopping time anak2 kat nursery. Tp smlm dan kelmarin dah dihabiskan utk hal2 rumah baru. Tinggallah pagi ni saje utk shopping berlenggang tanpa perlu bawa anak2 sekali. Suami lak ada hal pagi ini. Maka keseoranganlah aku pegi shopping last minit dari 10pg-12noon. Pegi pun takleh jauh le, setakat Jusco tmn u je. Shopping pun laju je, main ambik mana berkenan, berpatutan dan muat badan. Dapatla jugak beli sepasang sorang baju kebangsaan berwarna coklat kecuali Athirah. Takde saiz lak kurung utk Athirah, jd kubeli baju baby biasa aje tp ada sikit2 rona coklat. Handbag ngan sandal sempat kujeling saja td. Sepasang baju ni lah yg akan diulang pakai sepanjang majlis2 di bulan syawal thn ini. Bermula dgn kenduri aqiqah Athirah + majlis tunang adik ipar pd raya ke-4 ni, pastu majlis hari raya kat tempat keje dan juga rumah2 terbuka nanti. Kuih raya, aku hanya sempat beli mana yg di offer oleh kawan2 saje. Duit raya lak, aku tak menyempat nak g bank, cuma bahagian suami je lah yg ada + duit raya lebihan tahun lepas. Thn ni pun tak dpt bonus, paham2la kot kalo dpt sikit, hehe. Gitula sedikit sebanyak persiapan raya kami thn ni, mmg tak berapa ingat nak raya. Lepas ni nak kena pikir juadah pagi raya lak, hmm nak mkn ape ye.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.